Memahami Piramid Makanan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apakah kepentingan piramid makanan dalam kehidupan? Ini yang akan dikupas dalam artikel ini berkaitan panduan pemakanan seimbang bagi individu.

Piramid makanan

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan umum bagi orang ramai. Ia menggariskan jenis dan jumlah makanan yang harus diambil secara harian.

Idea piramid makanan ini telah bermula sejak lewat tahun 70-an dan mula popular pada awal tahun 90-an. I

a dikeluarkan oleh US Department of Agriculture (USDA). Dari semasa ke semasa, ia mengalami beberapa perubahan tetapi secara umumnya, tiada perubahan besar yang berlaku pada piramid makanan ini.

Apakah kepentingan piramid makanan?

Pemakanan adalah aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Piramid makanan memberikan panduan umum tentang pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan.

Disebabkan tiada satu pun jenis makanan yang membekalkan semua jenis zat, gabungan makanan yang betul diperlukan.

Malaysia syurga makanan

Negara ini memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Ramai pelancong daripada dalam dan luar negara yang menyifatkan Malaysia sebagai syurga makanan.

Dengan kepelbagaian kaum dan budaya, tidak hairanlah kepelbagaian tersebut tercermin pada jenis makanan di Malaysia.

Namun, di sebalik itu, pengambilan makanan secara berlebihan dan tidak seimbang boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan. Seperti kata Hippocrates, “Semua penyakit bermula daripada usus.”

Memahami kepentingan Piramid Makanan Malaysia

Pada tahun 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Piramid Makanan Malaysia sebagai rujukan rakyat di negara ini.

Secara amnya piramid ini terdiri daripada 5 kumpulan makanan yang diletakkan pada 4 aras. Ia menetapkan jenis serta jumlah makanan yang harus diambil.

Bentuk piramid yang besar di bawah dan kecil di atas menunjukkan jumlah makanan di aras bawah yang perlu diambil lebih berbanding makanan di aras atas.

kepentingan piramid makanan
Piramid Makanan Malaysia

Aras 4 (puncak)

Lemak, minyak, gula dan garam.

Makanan di aras ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit seperti sakit jantung, obesiti dan kencing manis.

Aras 3

1. Ikan, ayam, daging dan kekacang.

Ini adalah sumber protein yang penting untuk badan. Lebihkan pengambilan ikan. Pilih daging dan ayam yang kurang kolesterol seperti membuang kulit ayam.

Jumlah sajian yang disyorkan:

  • ½ – 2 sajian ayam, daging dan telur sehari.
  • 1 sajian ikan sehari.
  • ½ – 1 sajian kacang sehari.

Contoh satu sajian ayam, daging dan telur:

  • 1 ekor ikan kembung saiz sederhana.
  • 2 ketul daging tanpa lemak.
  • 1 ketul peha ayam.
  • ⅔ sudu makan ikan bilis tanpa kepala.
  • 2 biji telur.
  • 2 keping tempeh.

2. Susu dan produk tenusu.

Makanan ini merupakan sumber protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin penting termasuk vitamin A dan B12.

1-3 sajian sehari susu dan produk tenusu adalah disyorkan sehari.

Contoh satu sajian:

  • 1 gelas susu (250 ml).
  • 1 keping keju.
  • 1 cawan yogurt.
  • 4 sudu makan susu tepung.

Aras 2

Sayuran-sayuran dan buah-buahan.

Membekalkan serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu menguatkan ketahanan (imuniti) badan. Ia juga boleh mencegah penyakit kronik serta termasuk dalam makanan anti-kanser. Utamakan buah-buahan yang segar.

Jumlah sajian yang disyorkan:

  • Sayur-sayuran – 3 sajian sehari.
  • Buah-buahan – 2 sajian sehari.

Contoh satu sajian sayur-sayuran:

  • ½ cawan sayur berdaun hijau dimasak.
  • ½ cawan sayuran buah atau berakar dimasak.
  • 1 cawan ulam mentah.

Contoh satu sajian buah-buahan:

  • 1 biji sederhana epal / pear / lai / mangga.
  • 1 potong betik, nenas atau tembikai.
  • 2 biji pisang emas / 1 biji pisang berangan.
  • 8 biji kecil anggur.

Aras 1 (dasar piramid)

Nasi, mee, roti dan sumber biji-bijirin dan ubi-ubian.

Sumber utama karbohidrat yang membantu membekalkan tenaga, iaitu sebanyak 50-55% daripada jumlah tenaga harian. Ia juga membekalkan serat, vitamin dan mineral.

4-8 sajian sehari adalah diysorkan.

Contoh satu sajian:

  • 1 cawan (2 senduk) nasi sederhana.
  • 1 cawan mee kuning.
  • 1 ½ cawan bihun atau laksa.
  • 1 cawan bijirin sarapan.
  • 6 keping biskut krim kraker.
  • 2 keping roti.
  • 2 cawan bubur nasi kosong.
  • 2 biji ubi kentang sederhana.

Jumlah keperluan kalori harian

Selain daripada jumlah dan jenis makanan, jumlah kalori harian juga perlu diambil kira dalam merancang pemakanan. Setiap orang mempunyai keperluan kalori yang berbeza mengikut jantina dan gaya hidup.

panduan pemakanan
Bilangan sajian makanan mengikut keperluan kalori harian. Jadual ihsan daripada portal MyHEALTH

Makanan adalah komponen utama dalam panduan pemakanan yang baik untuk kehidupan manusia.

Sentiasa mengawal pemakanan

Di Malaysia khususnya, setiap pertemuan dan mesyuarat mesti disertai dengan jamuan makan. Oleh itu, kawalan dan perhatian haruskan diberikan agar anda dapat menikmati makanan dalam keadaan yang sihat.

Makan untuk hidup, bukannya hidup untuk makan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Piramid Makanan, Kini Diganti Dengan ‘MyPlate’

Tahukah anda diet piramid makanan bukan merupakan panduan pemakanan yang harus diikuti? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/06/2019 . 8 minit bacaan

Diet: Piramid Makanan Atau #SukuSukuSeparuh?

Nutrisi adalah pengambilan makan yang dianggap berkaitan dengan keperluan diet tubuh. Pemakanan yang baik, diet yang mencukupi, seimbang dengan aktiviti fizikal biasa adalah asas kesihatan yang baik. Nutrisi yang ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/03/2019 . 2 minit bacaan

Pesakit Kanser Perlu Ambil 7 Makanan Ini Setiap Hari, Baru Tenaga Bertambah Baik!

Pemakanan seimbang adalah baik penjagaan kesihatan. Berikut 7 makanan terbaik merawat kanser boleh diamalkan untuk kurangkan risiko perkembangan kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z, Pemakanan 27/03/2019 . 2 minit bacaan

Bolehkah Industri Makanan Membantu Rakyat Memilih Makanan yang Lebih Sihat? Kisah Kejayaan Kempen di Denmark

Dengan hampir separuh populasi mengalami berat badan berlebihan atau obes, Malaysia merupakan negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara, bahkan dapatan kajian tahun 2014 dalam jurnal The Lancet mendapati ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Berita, Berita Antarabangsa 19/03/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

piramid makanan

Piramid Makanan VS Suku Suku Separuh? Yang Mana Lebih Bagus?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/04/2020 . 3 minit bacaan
makanan tradisional cina

Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2020 . 4 minit bacaan
kencing manis boleh sembuh

Anda Penghidap Kencing Manis? Ada 3 Cara Mudah Untuk Bantu Sembuhkan Keadaan Itu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 17/12/2019 . 3 minit bacaan
pantang larang selepas bersalin mengikut Islam

3 Cara Berpantang Lepas Bersalin Mengikut Ajaran Islam, Ia Turut Terbukti Dalam SAINS!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 04/12/2019 . 3 minit bacaan