Manfaat Madu Untuk Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, ia telah digunakan secara meluas, sama ada dalam aspek perubatan mahupun sebagai makanan. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis, adakah mengetahui manfaat madu untuk kesihatan?

Fakta ringkas mengenai madu

  • Fakta yang paling penting, jangan pernah memberikan madu kepada kanak-kanak di bawah usia 12 bulan
  • Madu mempunyai hubung kait dengan fungsi penyembuhan luka dan berperanan sebagai antibakteria
  • Boleh digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan, dan menjadikan ia satu pilihan yang lebih sihat
  • Madu telah digunakan dalam perubatan untuk lebih 5,000 tahun

Apakah Manfaat madu?

Berikut adalah beberapa manfaat madu untuk kesihatan:

  1. Membantu dalam mengurangkan berat

Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat. Terdapat cadangan yang mengatakan, untuk mengurangkan berat, anda boleh mengambil sesudu madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi. Mengambil madu sebagai perkara pertama dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme, yang mana membantu untuk mengurangkan berat dengan lebih pantas.

  1. Mengandungi nutrien

Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu. Secara nutrisi, 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein. Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian. Madu turut mengandungi kandungan kompaun bioaktif dan antioksidan.

  1. Menguatkan sistem imun

Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat. Madu buckwheat (campuran bijian yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan), mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.

  1. Bekalkan tenaga

Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik. Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam. Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.

  1. Baik untuk jantung

Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol. Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).

  1. Menyembuhkan luka, luka terbakar dan masalah kulit

Selain mengandungi antioksidan, madu juga bersifat anti-bakteria dan antiseptik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar dengan memberikan kelembapan dan meningkatkan aliran nutrien pada bahagian yang berkenaan. Madu juga dikatakan berkesan untuk membunuh kuman (patogen) seperti E.coli dan methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), yang boleh menyebabkan jangkitan kulit. Madu juga dipercayai dapat merawat dan mencegah jerawat, kelemumur dan kulit gatal.

  1. Menyuburkan kulit dan muka

Madu asli sangat bermanfaat sebagai pelembap semula jadi terbaik terutama untuk kulit kering. Ia membantu membuka liang pori tersumbat, menyembuhkan bibir kering, menyeimbangkan tona kulit.

  1. Merawat batuk

Turut dikenali sebagai antara ubatan semula jadi yang terbaik untuk merawat batuk. Pengambilan 1 sudu madu dapat mengurangkan kerengsaan pada tekak. Ia turut membantu memberikan tidur yang lebih nyenyak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Ekzema Yang Pedih? 5 Bahan Rawatan Ekzema Di Rumah Ini Boleh Bantu Atasinya!

    Selalu rasa gatal disebabkan masalah keradangan kulit? Ini 5 bahan yang anda perlukan sebagai rawatan rumah untuk ekzema. Selamat mencuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 28/03/2019 . 3 minit bacaan

    Risau Batuk Anak Terlalu Lama, Ini 12 Petua Hilangkan Batuk Anak Yang Boleh Dirawat Dari Rumah!

    Mencari cara untuk merawat batuk yang dialami adakalanya boleh mendatangkan kebingungan. Ada 12 petua hilangkan batuk anak dicuba. Pasti berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/02/2019 . 3 minit bacaan

    Madu Tawar Pelbagai Manfaat Kesihatan

    Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Adakah anda mengetahui manfaat yang ditawarkan madu untuk kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Tips Kesihatan 05/12/2018 . 8 minit bacaan

    Makanan Terbaik Melawan Selesema dan Flu

    Apabila anda mula berasa gatal di kerongkong atau hidung anda mula berair, adakah sudah terlambat untuk mengurangkan risiko mendapat selesema atau flu? Tidak sama sekali! Berikut adalah lima makanan meningkatkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/11/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cacar air

    Anak Kena Chickenpox? Nah, Cuba Rawatan Semula Jadi Ini Di Rumah, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan muka

    MENGEJUTKAN! Madu, Minyak Kelapa- Ini Antara 7 Bahan Yang TIDAK BOLEH Disapu Pada Muka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 8 minit bacaan
    sarang-lebah-turunkan-tekanan-darah

    Sarang Lebah Boleh Bantu Turunkan Tekanan Darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/12/2019 . 4 minit bacaan