Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah tak anda rasa lesu dan penat walau baru sahaja selesai makan? Tapi, bukankah makanan penambah tenaga?

Ini mungkin terjadi kerana makanan yang diambil cenderung tinggi karbohidrat, terutama dari gula atau kafein.

Makanan-makanan bergula dan berkafein ini mungkin mempunyai kalori yang banyak untuk membekalkan tenaga, namun ia hanyalah bersifat sementara.

Untuk makan makanan penambah tenaga, anda memerlukan nutrien-nutrien yang tertentu. Dengan pengambilan nutrien yang betul, tubuh anda akan menggunakannya untuk menghasilkan tenaga pada tahap sel.

Beberapa nutrien penghasil tenaga ini termasuk:

  • Vitamin B
  • Karnitin
  • CoQ10
  • Creatine
  • Zat besi
  • Magnesium
  • Protein
  • Potasium

Makanan penambah tenaga untuk atasi keletihan

Secara umumnya, makanan yang dapat membantu meningkatkan tahap tenaga adalah makanan segar berbanding yang diproses dan mereka cenderung kaya dengan nutrien penting.

Beberapa contoh makanan tersebut merangkumi:

makan telur

#1 Telur

Sebiji telur mengandungi banyak nutrisi. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), telur mengandungi 7 gram protein.

Ia juga menyediakan 4% pengambilan kalsium harian yang disyorkan dan 6% daripada pengambilan vitamin A yang disyorkan.

Telur juga merupakan sumber lemak. Menurut National Institute on Aging, lemak membekalkan tenaga dan membantu tubuh menyerap vitamin dengan baik.

#2 Pisang

Pisang juga adalah sumber kalium, serat, dan karbohidrat yang baik. Gabungan karbohidrat dan serat ini memberikan sumber tenaga yang tahan lama.

Menurut satu kajian kecil, penunggang basikal terlatih yang makan pisang mempunyai bekalan tenaga yang sama dengan mereka yang minum minuman tenaga semasa percubaan berjarak 47 batu.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa pisang adalah sumber tenaga yang baik, terutama sebelum dan dalam jangka masa latihan yang panjang.

#3 Badam

Tahukah anda, badam kaya dengan nutrien seperti lemak, serat, dan protein? Kedua-dua protein dan lemak akan memberikan rasa kenyang dan dapat membantu meningkatkan tahap tenaga seseorang.

Selain itu, badam juga mengandungi vitamin E dan magnesium serta sesuai dibuat sebagai makanan ringan petang.

#4 Tembikai

Tembikai adalah sumber penghidratan yang hebat. Menurut Agricultural Marketing Resource Center, buah ini terdiri daripada 92% air dan mengandungi vitamin C, vitamin A, dan banyak nutrien lain.

Masalah kekeringan mampu meningkatkan perasaan keletihan. Walau bagaimanapun, tinjauan dari tahun 2010 menunjukkan penghidratan yang betul dapat meningkatkan kewaspadaan mental dan kesejahteraan tubuh badan.

#5 Minuman tanpa kafein

Minuman berkafein yang diambil secara bersederhana adalah bagus, dan terbukti mempunyai beberapa manfaat kesihatan.

Namun, ia hanya bertindak sebagai stimulant kepada tenaga yang diperlukan, dan tidak berkesan dalam jangka masa panjang.

Sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat sepenuhnya, pilih kopi hitam atau teh tanpa gula. Soda dan minuman bertenaga dipenuhi dengan gula halus yang membawa kepada masalah kesihatan lain sekiranya diambil berlebihan.

#6 Air

Seperti yang diketahui oleh orang ramai, minum air adalah sangat penting untuk tubuh berfungsi pada tahap yang optimum.

Walaupun air tidak memberikan tenaga dalam bentuk kalori, ia dapat membantu memudahkan proses pengaliran dalam badan.

Cuba banyakkan minum air kosong sepanjang hari, dengan menggantikan pengambilan air bergula seperti soda, kopi, dan lain-lain.

Perubahan sederhana ini dapat memberikan perbezaan besar, dan badan anda pasti akan menghargainya!

#7 Biji chia

Biji chia juga kaya dengan serat dan nutrien-nutrien penting. Sebagai contoh, 1 auns biji chia mengandungi 4 gram protein, 11 gram serat, dan 9 gram lemak.

Selain itu, serat berguna untuk mencegah daripada berlakunya lonjakan gula darah sekitar waktu makan.

Ini kerana perubahan kadar gula darah yang cepat adalah kemungkinan yang menyumbang kepada keletihan.

#8 Oat

Oat juga bersifat tinggi serat dan mempunyai karbohidrat kompleks.

Tubuh dengan mudah akan menguraikan karbohidrat halus dan menggunakannya untuk memberi peningkatan tenaga jangka pendek. Gula adalah salah satu contoh karbohidrat halus.

Walau bagaimanapun, karbohidrat kompleks lebih sukar bagi tubuh untuk dipecah. Ini menjadikan mereka sumber tenaga yang lebih tahan lama.

Makanan dan minuman yang harus dielakkan

Sebilangan makanan serta minuman terutamanya jenis yang diproses boleh meningkatkan perasaan letih dan lesu.

Sebagai contoh, makanan yang tinggi gula hanya dapat membekalkan tenaga buat sementara waktu, tetapi energy boost ini sering menyebabkan penurunan tenaga secara mendadak kemudiannya.

Contoh makanan dan minuman yang boleh meningkatkan keletihan sepanjang hari termasuk:

  • Makanan bergula, seperti pencuci mulut
  • Roti putih
  • Minuman berkafein tinggi
  • Makanan yang banyak diproses, seperti kerepek kentang

Petua-petua diet untuk mengekalkan tenaga

Terdapat juga beberapa strategi berkaitan diet yang boleh dicuba untuk membantu mengekalkan tahap tenaga terutamanya pada siang hari. Ia termasuklah:

  • Elak daripada skip makanan
  • Makan makanan ringan petang atau pagi, seperti badam, jika tahap tenaga merosot
  • Berpegang pada pengambilan kalori harian yang disyorkan
  • Kekal hidrat dengan air atau minuman berkhasiat lain

Walau bagaimanapun, lain orang, lain cara badan bertindak balas terhadap strategi di atas, dan sesuatu perkara yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya baik untuk orang lain.

Kaedah-kaedah semula jadi untuk mengatasi keletihan

Melakukan perubahan gaya hidup juga dapat membantu mengatasi masalah keletihan sepanjang hari.

Contohnya seperti bersenam, ini kerana melakukan aktiviti senaman secara berkala mampu meningkatkan stamina badan dan mengekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Tambahan itu, National Sleep Foundation turut menjelaskan bahawa tidur malam yang mencukupi membantu tubuh dengan:

  • Mengawal suhu
  • Mengekalkan selera makan yang sihat
  • Menjaga ketahanan badan yang kuat
  • Mengatur tahap hormon

Di samping itu, menguruskan tekanan adalah cara lain untuk mengatasi masalah keletihan. Lama-kelamaan, tekanan yang kronik boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Saja Suka-Suka Lambat Makan, Ini Akibat Yang Terjadi Pada Perut, Antaranya Berat Badan NAIK!

Kita semua pasti pernah alami perut masuk angin sebab 'skip' waktu makan bukan? Bukan itu sahaja, ada 4 lagi kesan negatif. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

Pagi-pagi ketika bangun tidur kita pasti kadangkala akan berasa lesu seperti tidak puas tidur. Namun pernahkah anda melakukan senaman regangan pagi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/07/2020 . 3 minit bacaan

Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

minuman kafein

Kafein Bantu Tingkat Prestasi Ahli Sukan, Tapi Ada Pro & Kontra Jika Atlet Minum Kopi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah pembaziran makanan

Ini Mungkin Sebab Kita Suka Membazir Makanan! Elak Pembaziran Dengan 5 Tip Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
warna kulit

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
makanan yang dilarang untuk pcos

Hati Hati Jika Ada Cyst Pada Ovari, Wanita PCOS Jangan Sentuh Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan