Ketahui 6 Khasiat Timun Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Timun adalah antara sayur yang paling kerap ditemui di dalam hidangan masyarakat Malaysia.

Ia sangat mudah didapati dan disediakan. Hanya perlu potong untuk dijadikan ulam segera.

Sesetengah orang mungkin menambah cuka untuk digaulkan bersama lobak merah, bawang dan cili sebagai acar.

Apa pun cara hidangan yang anda suka, tahukah anda apa khasiat timun? Baca artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.

Khasiat timun kepada kesihatan tubuh 

timun

1. Sumber air yang baik

96% daripada kandungan timun adalah air.

Kepentingan air untuk badan adalah dimaklumi. Tanpa air yang mencukupi, badan tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

Suhu dan keasidan badan akan terjejas menyebabkan banyak sistem terganggu.

Selain minum air, anda boleh ambil sayur ini untuk kekal terhidrat.

2. Kaya dengan nutrisi

Selain kandungan air yang tinggi, ia juga kaya dengan pelbagai jenis nutrisi. Protein, serat, vitamin C, vitamin K, magnesium, potassium dan manganese.

Berita baiknya adalah sayur ini rendah kalori. Jadi, anda tidak perlu risau tentang berat badan.

Untuk mendapatkan nutrisi sepenuhnya, elakkan daripada mengupas kulitnya kerana ini akan mengurangkan kandungan serat dan beberapa vitamin yang lain.

3. Mengandungi antioksidan

Antioksidan adalah sejenis molekul yang menghalang proses oksidasi yang menghasilkan radikal bebas.

Jika banyak radikal bebas terkumpul di dalam badan, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan meningkat.

Contohnya, kanser, sakit jantung, paru-paru dan penyakit autoimun.

4. Memberikan kesegaran kepada kulit

Kosmetik Tip dan Penjagaannya - timun

Anda tentu biasa melihat orang meletakkan timun di atas mata. Kaedah ini membantu memberikan kulit nutrisi serta membuatkannya lebih segar.

Mineral di dalamnya menyumbang kepada khasiat ini. Anda juga boleh menggunakan krim berasaskan timun untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Jika ingin gabungkan kedua-duanya pun apa salahnya.

5. Mengurangkan berat badan

Bagi yang berniat ingin menurunkan berat badan, timun wajib dimasukkan ke dalam pelan pemakanan anda.

Dengan kalori yang rendah serta kandungan air yang tinggi, sayur ini mampu membuatkan perut kenyang tanpa menambah pengambilan kalori anda.

6. Pergerakan usus anda lebih baik

Pertama, air di dalam timun membantu membuatkan badan kekal terhidrat. Ini adalah sangat penting kerana dehidrasi adalah salah satu faktor menyebabkan sembelit dan membuatkan najis menjadi keras.

Kedua, kandungan serat yang tinggi memudahkan lagi pergerakan usus dan pembuangan najis.

Jadi, anda boleh katakan selamat tinggal kepada sakit perut dan sembelit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 16/07/2020 . 3 minit bacaan

Sediakan Payung Sebelum Hujan! Ini 7 Nutrien PENTING Untuk Wanita Muda!

Anda wanita bekerjaya? Ikuti tips kesihatan kami untuk mengetahui makanan kesihatan wanita yang TERBAIK untuk anda amalkan setiap hari!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 18/06/2020 . 3 minit bacaan

Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

Anda risaukan virus COVID-19 pada permukaan sayur? Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencuci sayuran dengan penggunaan sabun. Ini sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Coronavirus, COVID-19 02/04/2020 . 4 minit bacaan

PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

Anda berasa sangat sedih dan kesunyian? Itu mungkin tanda anda sedang alami kemurungan. Lakukan 6 cara ini untuk perubahan gaya hidup anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 25/03/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

manfaat serat

Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
warna kulit

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
Cara diet

Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
vitamin untuk anak

Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan