Dengan Makan Terung Juga Boleh Menurunkan Berat Badan & Baik Untuk OTAK!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Anda gemarkan makan terung? Tetapi adakah anda tahu apakah kebaikan terung untuk aspek kesihatan? Ikuti perkongsian artikel ini.

Apa itu terung?

Terung atau turut dikenali sebagai eggplant di Barat merupakan tumbuhan yang saiz agak panjang, berbentuk bujur yang mempunyai warna ungu gelap.

Walaupun ia mungkin bukan satu tumbuhan yang popular, namun terung merupakan antara sayuran yang sering menjadi pilihan dalam masakan Melayu.

Dipanggil sebagai terung, mungkin bukan sesuatu yang memelikkan, namun pernah anda terfikir kenapa ia dipanggil eggplant atau terjemahan secara terus dalam bahasa Inggeris, ‘tumbuhan telur’, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan telur?

Sebenarnya, panggilan ini merujuk kepada terung yang ditanam dan tumbuh di Eropah yang berwarna kekuningan atau putih yang menyerupai telur. Dan, nama itu melekat sehinggalah ia mula dibawa masuk ke Barat.

Nama lain bagi sayuran ungu gelap ini adalah Solanum melongena. Ia dikatakan berasal dari keluarga ubi kentang dan tomato dan berkaitan dengan nightshade family Solanaceae

Ia boleh didapati dalam bentuk bujur atau telur besar dengan kulit licin dan berkilat dengan warna ungu gelap. Tetapi, adakah anda mengetahui apakah kebaikan terung daripada aspek kesihatan?

Kebaikan terung untuk aspek kesihatan

Menariknya, walaupun kebanyakkan daripada kita menganggap ia sebagai sayuran. Namun, secara teknikalnya ia adalah sejenis buah-buahan. Ini kerana ia tumbuh daripada tumbuhan berbunga dan mengandungi biji benih. 

Jika di Malaysia, terung yang sering kita lihat adalah berwarna ungu gelap, tetapi ia juga boleh hadir dalam warna merah, hijau atau hitam. 

Selain menawarkan tekstur dan rasa unik kepada pelbagai resepi masakan, terung juga menawarkan pelbagai khasiat dan manfaat yang baik untuk kesihatan.

Berikut adalah antara beberapa kebaikan terung dalam aspek kesihatan:

kebaikan-terung-untuk-kesihatan

  1. Kaya dengan antioksidan

Buah ini mengandungi antioksidan yang membantu melawan bahan yang merosakkan sel-sel di dalam badan iaitu radikal bebas. Kehadiran antioksidan mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser.

Antioksidan utama yang terkandung di dalamnya adalah anthocyanin.

Terung adalah sumber yang kaya dengan sebatian fenolik yang berfungsi sebagai antioksidan. Tumbuhan ini membentuk sebatian yang berperanan melindungi diri daripada tekanan oksidatif daripada pendedahan kepada elemen dan jangkitan bakteria dan kulat

  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kandungan antioksidan adalah  faktor yang menyumbang kepada pengurangan risiko penyakit jantung. Terung juga terbukti membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah bagi kolesterol LDL yang dikatakan sebagai kolesterol ‘tidak baik’ dan trigliserida. Kolesterol adalah faktor risiko utama bagi penyakit jantung.

Kandungan serat, kalium, vitamin C, vitamin B6, dan kandungan phytonutrient (fitonutrien) dalam tumbuhan ini, kesemuanya menyokong kesihatan jantung.

Pengambilan makanan yang mengandungi flavonoid tertentu seperti antosianin (anthocyanin), boleh dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih rendah bagi penyakit jantung. 

  1. Makanan baik untuk otak

Terdapat penyelidikan yang dijalankan ke atas tumbuhan ini memberikan tumpuan kepada kandungan anthocyanin phytonutrient (fitonutrien antosianin) yang terdapat pada kulit terung dipanggil nasunin.

Nasunin adalah sejenis antioksidan yang kuat dan bahan kimia radikal bebas yang terbukti melindungi membran sel daripada kerosakan. 

  1. Mengawal gula dalam darah

Kaya dengan serat, ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dengan melambatkan penghadaman dan penyerapan gula. Proses penyerapan yang lambat mampu mengekalkan gula pada kadar yang stabil dan mengelakkan lonjakan gula secara mendadak.

Sejenis bahan yang terkandung dalam terung iaitu polifenol (polyphenol) didapati mengurangkan penyerapan gula serta merangsang pelepasan insulin.

  1. Fungsi kognitif

Penemuan daripada penyelidikan terhadap haiwan yang dilakukan menunjukkan nasunin, kimia antosianin yang terkandung dalam kulit terung, adalah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi membran sel otak daripada kerosakan radikal bebas.

Ia juga membantu dalam pengangkutan nutrien ke dalam sel. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa antosionin membantu mencegah neuroinflammation dan memudahkan aliran darah ke otak. Ini dapat membantu meningkatkan ingatan dan mencegah gangguan mental yang berkaitan dengan usia. 

  1. Membantu menurunkan berat badan

Terung kaya dengan serat dan mengandungi rendah kalori membuatkan ia sangat sesuai dijadikan diet untuk mengurangkan berat badan. Serat melambatkan proses penghadaman serta membuatkan anda kenyang lebih lama.

Jadi, pengambilan makanan akan dapat dikurangkan. Ditambah dengan jumlah kalorinya yang rendah, buah ini boleh digantikan dengan makanan tinggi kalori yang lain.

aspek kesihatan

  1. Melawan kanser

Terung mengandungi beberapa bahan yang didapati berpotensi melawan sel-sel kanser. Antaranya ialah solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs). Bahan ini boleh menyebabkan sel kanser mati, khususnya bagi kanser kulit. 

Polifenol yang terkandung dalam terung dipercayai mempunyai kesan antikanser. Antosianin dan asid klorogenik melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan kesannya ia akan mencegah pertumbuhan tumor serta pembiakan dan penyebaran sel-sel kanser. 

Walau bagaimanapun, kajian tentangnya adalah agak terbatas dan banyak dijalankan ke atas haiwan. Lebih banyak kajian diperlukan ke atas manusia untuk melihat keberkesanannya dalam melawan kanser.

  1. Membantu pesakit anemia

Individu yang mengalami kekurangan zat besi mungkin dapat melawan beberapa simptom sekiranya memasukkan terung dalam hidangan makanan mereka.

Isi putih daripada tumbuhan berkulit ungu berkilat ini mempunyai banyak mineral penting termasuk zat besi dan tembaga yang membantu meningkatkan kesihatan sel darah merah dalam aliran darah.

Memakan makanan dengan sebatian ini boleh meningkatkan tenaga dan kekuatan, serta membasmi rasa keletihan dan kelesuan. 

  1. Manfaat tulang

Terung juga merupakan tumbuhan yang kaya dengan kandungan tembaga dan vitamin K, bersama fenol yang dipercayai dapat membantu mencegah osteoporosis dan meningkatkan kepadatan mineral tulang.

Selain itu ia menguatkan dan baik untuk kesihatan tulang secara keseluruhan. Ini kerana tembaga membantu mengekalkan pembentukan kolagen tisu yang menjadi penghubung tisu dan tulang.

Asid oksalat yang terdapat dalam makanan ini mungkin akan menghalang penyerapan kalsium, tetapi ia hanya akan berlaku jika tumbuhan ini diambil dalam jumlah yang tinggi.

Namun, anda boleh mengatasi keadaan ini dengan mengambilnya bersama makanan tinggi kalsium yang lain seperti keju.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    kebaikan-jeruk-untuk-kesihatan

    Anda Penggemar Jeruk? Ketahui 11 Kebaikannya Ini! Tapi Jangan Lupa Hadkan Juga Pengambilannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/08/2019 . 6 minit bacaan