backup og meta

7 Petanda Awal Anak Anda Mungkin Menghidapi Gangguan Mental

7 Petanda Awal Anak Anda Mungkin Menghidapi Gangguan Mental

Penyakit mental adalah sangat berbahaya dan ditakuti oleh setiap individu. Gangguan mental ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Selain golongan dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada risiko penyakit mental. Ini mendatangkan kebimbangan kepada golongan individu yang bergelar ibu bapa.

Jika anak anda malangnya merupakan salah seorang daripada penderita penyakit mental, penjagaan yang lebih rapi dan teliti amat diperlukan. Persoalannya, adakah terdapat sebarang petanda awal anak anda mungkin menghidapi gangguan mental? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Apakah jenis gangguan mental yang sering dialami oleh kanak-kanak?

  • Autisme (ASD): Kanak-kanak yang mengalami gangguan ini sukar berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain secara sosial.
  • Kegelisahan: Kanak-kanak yang mengalami gangguan ini mungkin akan mengalami tekanan trauma, fobia atau obsessive complusive disorder (OCD) yang akan menganggu aktiviti seharian mereka.
  • Kemurungan: Kanak-kanak yang mengalami gangguan ini mungkin akan mengalami bipolar yang akan menjejaskan perangai mereka.
  • Pemakanan: kanak-kanak yang mengalami gangguan ini akan mempunyai aneroksia atau bulimia.
  • Perkembangan: Kanak-kanak yang mengalami gangguan ini tidak dapat menumpukan perhatian atau hiperaktif (ADHD).
  • Tingkah Laku – Kanak-kanak yang mengalamigangguan ini mungkin akan mengalami gangguan ingkar (ODD).
  • Schizophrenia: Kanak-kanak yang mengalami gangguan mental paling kronik ini tidak dapat membezakan realiti (psikosis).

Apakah punca gangguan mental berlaku dalam kalangan kanak-kanak?

Punca sebenar kebanyakan gangguan mental adalah tidak diketahui dan mungkin berlainan mengikut individu. Namun begitu, beberapa penyelidik menyimpulkan bahawa punca kondisi ini berlaku adalah berkait rapat dengan interaksi faktor-faktor biologi, psikologi dan persekitaran.

Apakah petanda awal yang dapat dilihat jika anak anda mengalami gangguan mental?

1. Bersikap aneh

Sekiranya anak anda mula bersikap aneh seperti yang tidak pernah anda lihat, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Ia mungkin menunjukkan anak anda mengalami gangguan mental.

2. Perubahan emosi lebih dari 2 minggu

Perubahan yang berlaku terhadap emosi mereka dalam jangka masa lebih dari 2 minggu adalah satu petanda yang utama. Jika anak anda mengalami perubahan emosi secara tidak menentu dan tiba-tiba, ia mungkin menunjukkan petanda awal anak anda mengalami ganguan kemurungan, kegelisahan atau sebagainya.

3. Perubahan fizikal yang ekstrem

Sebenarnya, perubahan fizikal hanya akan berlaku apabila anak mencapai usia akil baligh. Namun begitu, perubahan fizikal yang ekstrem dan tidak disebabkan oleh akil baligh mungkin merujuk kepada pelbagai gangguan mental terutamanya dalam aspek pemakanan. Kajian menunjukkan bahawa 80% daripada pesakit mental pernah mengalami perubahan fizikal seperti terlalu gemuk atau terlalu kurus semasa hayat mereka.

4. Sering risau atau takut

Jika anak anda selalu mengadu mereka bimbang akan sesuatu, ia adalah normal. Namun begitu, sekiranya mereka mula mengadu risau atau takut yang sangat berlebihan, ia mungkin menunjukkan anak anda mengalami gangguan mental kronik seperti schizophrenia.

5. Gemar mengasingkan diri

Kanak-kanak yang mungkin mengalami gangguan mental sangat suka bersendirian. Oleh itu, mereka sangat gemar mengasingkan diri dan mula hilang minat terhadap perkara yang lain. Dapatkan bantuan pakar dengan segera bagi membendung kondisi ini menjadi lebih teruk.

6. Sukar menumpukan perhatian

Kanak-kanak yang sukar menumpukan perhatian juga berpotensi dan lebih berisiko mengalami gangguan mental. Segera bawa anak berjumpa doktor jika mereka mula menunjukkan faktor ini.

7. Kemerosotan luar biasa dalam aspek kehidupan

Ini boleh diukur melalui penelitian terhadap gred sekolah mereka. Perhatikan jika gred pelajaran atau sukan mereka menurun dengan mendadak. Jika di rumah, perhatikan jika mereka mampu atau tidak melakukan tugas yang anda berikan dengan baik. Sekiranya setiap aspek kehidupan menunjukkan kemerosotan, ia mungkin menunjukkan anak anda mengalami gangguan mental.

Namun begitu, ia bukanlah sebuah pengakhiran kehidupan yang sempurna buat anak anda yang mengalami gangguan mental. Ia mungkin hanya sekadar gangguan pada aspek pemikiran mereka. Akan tetapi, mereka tetap anak anda. Sebagai ibu bapa, anda perlu menjadi pelindung, pendorong serta pemangkin semangat dalam kehidupan mereka. Sokonglah mereka dan jadilah tunjang agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna bersama anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental. https://my.theasianparent.com/gangguan-mental-kanak-kanak-gejala. Accessed on March 12, 2019.

Penyakit Mental Remaja: Ketahui Fakta-Faktanya. https://mypositiveparenting.org/ms/2015/02/17/penyakit-mental-remaja-ketahui-fakta-faktanya/. Accessed on March 12, 2019.

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Apa Kesan Selepas Anak Makan Ubat Cacing? Ibu Bapa, Tolong Ambil Perhatian!

Macam Mana Nak 'Apply' Cuti Jaga Anak Kuarantin? 'Parents' Yang Bekerja, Ikut Panduan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan