Hilangkan Berat Badan Tanpa Mengembalikannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penurunan dan pertambahan semula berat badan (kitaran berat) adalah sangat biasa. Disebabkan oleh kurang berjaya dalam menjaga berat badan pada masa lalu, ia boleh menjadi idea yang baik untuk menggunakan pendekatan yang berbeza.

Mengapa berat badan bertambah semula selepas kehilangannya?

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang yang mengalami pertambahan semula berat badan yang dihilangkannya, sama ada cepat atau perlahan. Dan ini boleh mempengaruhi psikologi seseorang.

Kehilangan dan pengembalian berat badan adalah kitaran semula jadi berat badan melalui pemakanan, jelas Alexis Conason, ahli psikologi di Manhattan yang pakar dalam makan berlebihan dan imej badan. Tambahnya, apabila seseorang mendapat semula berat badan, mereka berdepan dengan rasa malu, kegagalan, harga diri yang rendah dan rasa bersalah. Mereka fikir bahawa mereka mempunyai motivasi yang rendah atau tidak mengawal diri yang secukupnya.

Seseorang yang mengikuti program tertentu yang memaksa mereka untuk sentiasa mengehadkan apa yang mereka makan. Ini jenis diet yang ketat yang sering membuatkan seseorang berasa kurang dihargai. Oleh itu, keinginan dan kelaparan yang melampau adalah masalah umum bagi pengamal diet. Apabila tabiat diet negatif dan ketat, ia mungkin bersifat sementara. Akhirnya, seseorang berasa mereka tidak dapat meneruskannya lagi, jadi mereka meninggalkan usaha dan sering mendapat kembali berat badan mereka yang telah hilang.

Daripada menjalani diet yang ketat, mengamalkan perubahan gaya hidup yang sihat akan menjadi cara yang lebih berkesan untuk menurunkan berat badan, meningkatkan kesihatan dan mengekalkan penurunan berat badan dalam jangka panjang.

Bagaimana menurunkan berat badan tanpa mendapatnya kembali

Berbeza dengan apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang, kitaran kehilangan dan pengembalian berat badan ini tidak meningkatkan risiko seseorang untuk masalah kesihatan. Di samping itu, kitaran berat tidak menjadikannya lebih sukar untuk menurunkan berat badan semula. Sekiranya anda ingin mengelakkan daripada kitaran berat, terdapat pendekaan yang lebih berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Pertama, salah satu langkah yang paling penting untuk penurunan berat badan yang berjaya adalah perancangan. Sebelum anda membuat sebarang perubahan, tetapkan matlamat. Mencapai matlamat tersebut mungkin cukup memotivasi anda untuk membantu mengekalkan perubahan anda. Sebaik sahaja anda menetapkan matlamat, fikirkan tentang perubahan gaya hidup yang boleh membantu anda mencapai matlamatnya. Anda sepatutnya dapat memasukkan perubahan ini ke dalam kehidupan harian anda, sehingga ia menjadi kebiasaan jangka panjang.

Kedua, sebaik sahaja anda berasa tergelincir, segera mengambil tindakan. Mencegah pertambahan semula yang sedikit daripada yang lebih besar kelihatan kritikal untuk pemulihan dalam kalangan mereka yang berjaya menurunkan berat badan.

Akhir sekali, menyesuaikan gaya hidup anda menjadi lebih sihat dengan melakukan senaman. Senaman adalah penting untuk menjaga berat badan, tetapi adakah anda tahu ia lebih daripada sekadar membakar kalori? Sesetengah bukti menunjukkan bahawa sesi berpeluh yang kerap mungkin membantu anda mengawal selera makan dan membantu anda berasa lebih puas selepas makan. Ini mungkin amat penting untuk penyelenggaraan berat badan.

Apabila anda mencapai perubahan tersebut, teruskan membinanya. Adalah mungkin untuk mengurangkan kalori, ikuti corak pemakanan yang praktikal dan lazat, dan dalam masa yang sama anda berasa baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hari Obesiti Sedunia 2019: Mungkinkah BMI Anda Tersilap?

    Bersempena Hari Obesiti Sedunia 2019, kepentingan gaya hidup sihat perlu ditekankan bagi mengurangkan beban penyakit kronik berkaitan obesiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Obesiti 03/10/2019 . 4 minit bacaan

    Apakah Di Sebalik Teh Detoks?

    Tiada kajian klinikal membuktikan bahawa ia adalah alat yang baik untuk penurunan berat badan dan ia biasanya mempunyai bahan bersifat diuretik atau julap.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/04/2019 . 2 minit bacaan

    Makanan Diet: Apakah Pilihan yang Anda Ada?

    Makanan diet merujuk kepada makanan atau minuman yang resepinya diubah untuk menjadikannya sebahagian daripada program diet.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 15/04/2019 . 8 minit bacaan

    ‘Sugar Rush’: Tiada Istilah Tenaga Segera, Lebih Memburukkan Keadaan

    Tiada bukti wujudnya keadaan seperti 'sugar rush'. Gula boleh membuat individu menjadi kurang berwaspada dan keletihan setelah penggunaannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/04/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kebaikan bersenam

    Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    wang simpanan

    Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
    Kesihatan rakyat Malaysia

    Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    tahun baru cina

    Apa Lagi Yang Boleh Anda Lakukan Semasa Cuti Tahun Baru Cina?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/01/2020 . 3 minit bacaan