Bolehkah Menggunakan Julap untuk Turunkan Berat Badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Mengurangkan berat badan dapat dilakukan dengan pelbagai cara, terutamanya dengan diet sihat dan senaman. Namun, ada juga yang memilih jalan pintas dengan mengambil ubat pelawas atau julap yang sepatutnya digunakan untuk meredakan sembelit. Ramai yang mengatakan ubat ini dapat mengurangkan berat badan. Namun, selamatkah jika dilakukan?

Kenapa julap digunakan untuk menurunkan berat badan?

Ubat pelawas atau julap digunakan untuk merawat sembelit dengan melembutkan najis dan membantu mendorongnya keluar daripada tubuh. Namun, berdasarkan kajian yang diterbitkan pada jurnal Pediatrics, didapati 10.5% wanita berusia 23 hingga 25 tahun menggunakan ubat ini untuk menurunkan berat badan mereka.

Mengapa ubat ini menjadi trend untuk mengurangkan berat badan? Menurut kajian, terdapat beberapa jenis ubat pelawas yang berfungsi dengan menarik air daripada tubuh ke usus. Ini membolehkan lebih banyak air diserap ke dalam tinja sehingga proses membuang air besar lebih lancar. Pengurangan air dalam tubuh inilah yang menyebabkan berat badan berkurang secara relatif.

Julap menurunkan berat badan, tetapi…

Meskipun demikian, belum ada satu pun kajian yang bersetuju dengan penggunaanya untuk mengurangkan berat badan. Sebaliknya, pakar menegaskan bahawa menurunkan berat badan dengan pengambilan julap bukan cara yang efektif. Kenapa? Berikut beberapa alasannya.

1. Dapat menyebabkan dehidrasi

Fungsinya untuk melembutkan tinja yang keras memerlukan banyak cairan di dalam tubuh. Setelah tinja lunak, cairan tersebut akan dibuang sekali. Jika anda tidak mempunyai cairan badan yang mencukupi, maka anda berisiko mengalami dehidrasi. Keadaan ini biasanya dikesan dengan sakit kepala, air kencing berubah warna dan kurang kuantiti, berasa sangat haus, tubuh lemah, kulit kering, dan pening kepala.

2. Julap tidak menghilangkan lemak tubuh

Turunnya berat badan sepatutnya menandakan lemak tubuh berkurang jumlahnya. Ini berbeza dengan kesan pelawas yang anda minum. Meskipun berat badan menurun, lemak dalam tubuh tetap ada. Hanya kadar air sahaja yang berkurang.

Berat badan yang berkurang bukan dari lemak, melainkan dari kadar air. Jadi, berat badan yang turun hanya bersifat sementara. Jika keperluan cecair anda kembali dipenuhi, berat badan akan kembali kepada angka asal.

3. Elektrolit dalam tubuh tidak seimbang

Elektrolit adalah zat mineral yang larut dalam air dan berfungsi untuk membantu sel dan sistem badan bekerja secara normal. Contoh elektrolit tubuh ialah klorida, natrium, kalium, magnesium, kalsium, dan fosfat.

Ubat pelawas boleh menyebabkan beberapa elektrolit dalam tubuh hilang sehingga jumlahnya tidak seimbang. Keadaan tersebut dapat menyebabkan kejang, kebingungan, dan koma. Semua keadaan tersebut adalah kesan sampingan berbahaya daripada penyalahgunaan ubat pelawas.

4. Menyebabkan kesan sampingan berbahaya jika digunakan jangka masa panjang

Penggunaan julap untuk mengurangkan berat badan memang kedengaran praktikal. Namun, terdapat banyak kesan sampingan negatif pada kesihatan tubuh, antaranya:

  • Kerosakan sistem pencernaan. Fungsi pencernaan dan pankreas boleh terganggu jika ubat pelawas terus diambil ketika sedang tidak sembelit.
  • Kerosakan hati dan ginjal. Sama seperti ubat lain, jika tidak digunakan cengan tepat, kemungkinan fungsi hati dan ginjal akan menjadi terjejas. Lama-kelamaan hati dan ginjal akan rosak dan akan lebih sukar untuk dirawat.
  • Rhabdomyolysis. Ubat pelawas boleh menyebabkan rhabdomyolysis iaitu kerosakan jaringan otot dan pelepasan protein berbahaya ke dalam aliran darah.

Oleh itu, jangan memudaratkan kesihatan anda semata-mata untuk menurunkan berat badan dengan kaedah yang salah. Pengamalan diet yang sihat dan aktiviti senaman bukan sahaja membantu menangani masalah berat badan, bahkan menjadikan mood dan kesihatan mental anda lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

    Kulit adalah pengukur hebat keadaan dalam badan anda. Namun adakah masalah kulit boleh menjadi petanda keadaan usus kotor? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 05/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Bukan wanita sahaja yang suka ‘melepak’ lama di dalam bilik air ketika buang air besar, lelaki juga begitu. Kajian menunjukkan perbezaan ini....

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Boleh ke rawat buasir dengan memecahkan bonjolan bagi menghilangkan rasa sakit? Bagaimana dengan risiko jangkitan, adakah ia berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Sembelit? Nak Cepat Pulih Cuba 5 Posisi Yoga Ini, Badan Pun Sihat

    Sakit sembelit merupakan sesuatu yang biasa bagi rakyat Malaysia. Jika anda sakit perut, cuba 5 posisi yoga ini untuk kelegaan segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit perut

    Perut Selalu Rasa Tak Sedap Setiap Kali Datang Bulan, Sering Cirit-Birit Atau Sembelit? Ini Solusinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    buasir ketika hamil

    Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    usus tersumbat

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan