Adakah Wanita Menopause Masih Boleh Merasai Klimaks?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Wanita yang akan atau sudah memasuki usia menopause pasti mula mengeluh tentang beberapa perubahan tubuh mereka. Selain disebabkan kesihatan fizikal mula merosot, mereka juga mula cemas tentang kehidupan seksual bersama pasangan. Sesetengah wanita berasa takut jika mereka nanti tidak akan mengalami klimaks syahwat atau orgasma jika melakukan hubungan kelamin di usia menopause. Benarkah demikian?

Adakah saya masih boleh mengalami orgasma di usia menopause?

Waktu menopause memang akan membawa pelbagai perubahan pada kehidupan seksual anda dan pasangan. Mulai daripada penurunan libido atau kegairahan seksual, kehilangan minat untuk berhubungan seks, hinggalah kepada kesukaran mencapai klimaks.

Dengan pertambahan usia, kadar hormon estrogen pada wanita akan menurun dengan mendadak. Hal ini menyebabkan aliran darah menuju klitoris dan vagina mejadi berkurangan, sehingga organ reproduksi ini menjadi kurang sensitif berbanding sebelumnya. Penurunan estrogen juga menyebabkan lapisan vagina menjadi tipis (atrofi vagina) dan vagina kering. Ini juga menyebabkan wanita sering berasa sakit jika berhubungan seks di usia menopause.

Jika hubungan seksual sahaja boleh membuatkan anda berasa sakit, maka anda tentu tidak dapat menikmati kegairahan hubungan intim, apatah lagi untuk mencapai orgasma. Bahkan beberapa wanita menopause mengatakan mereka mengalami penyusutan klitoris sehingga membuat mereka semakin sukar mencapai orgasma.

Walaupun begitu, jelasnya tidak semua wanita akan mengalami penurunan kegairahan seks sewaktu menopause. Bahkan, sesetengah wanita boleh menjadi semakin gairah dalam hubungan mereka. Bahkan, peluang terjadinya orgasma boleh meningkat daripada sebelum anda mengalami menopause.

Mengapa wanita menopause masih boleh orgasma?

Semakin tua, bererti anda semakin sering dan bertambah banyak pengalaman dalam hubungan kelamin bersama pasangan. Anda berdua mungkin sudah mencuba pelbagai posisi, teknik dan fantasi yang disukai anda dan pasangan.

Banyaknya pengalaman seksual inilah yang membuat organ intim anda menjadi semakin mudah terangsang. Jadi, bukan suatu hal yang mustahil untuk anda mencapai orgasma dengan mudah, meskipun sudah menopause.

Lebih-lebih lagi, anda tidak perlu risau akan mengalami kehamilan akibat hubungan kelamin. Berbeza dengan sewaktu anda masih subur, hubungan kelamin kadangkala boleh membuatkan anda risau akan risiko kehamilan. Sedangkan selepas menopause, anda boleh menjalani hubungan intim dengan lebih tenang, lalu lebih mudah mencapai orgasma.

Bagaimana caranya mencapai orgasma walau sudah menopause?

Berhubungan intim adalah salah satu cara bagi pasangan suami isteri untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Bukan sekadar untuk kebahagiaan sendiri, hubungan kelamin juga dapat mengukuhkan kepercayaan terhadap satu sama lain.

Walaupun anda sudah menopause, anda masih boleh merasakan nikmatnya hubungan kelamin dan mecapai klimaks. Pun begitu, anda mungkin memerlukan ransangan tambahan untuk mudah mencapai orgasma. Antara cara yang boleh anda lakukan untuk membantu anda mencapai klimaks ialah:

1. Kurangkan kesakitan

Kurangkan kesakitan yang mungkin anda hadapi disebabkan penetrasi dengan cara memilih posisi seks yang selesa untuk anda, memanfaatkan mandian panas sebelum hubungan kelamin untuk membantu anda bertenang dan penggunaan pelincir vagina untuk mengurangkan kesakitan.

2. Tumpukan kepada ransangan dan sentuhan

Sebelum berlakunya penetrasi, anda boleh meminta pasangan anda untuk meneroka bahagian-bahagian yang sensitif pada tubuh anda untuk memudahkan anda mencapai orgasma di samping cumbuan dan ciuman mesra. Urutan seksual dan seks oral juga boleh membantu meransang dan meningkatkan komunikasi antara anda dan pasangan.

3. Alihkan perhatian

Gunakan teknik mengalihkan perhatian untuk meningkatkan keselesaan dan mengurangkan keresahan. Ini termasuklah dengan penggunaan musik, membiarkan televisyen terbuka dan sebagainya.

4. Saling terbuka dengan pasangan

Bicarakan dengan pasangan mengenai teknik foreplay dan posisi seks yang membuat anda berdua selesa. Semakin anda terbuka dengan pasangan, semakin mudah bagi anda berdua mencapai orgasma. Kepuasan anda berdua juga tidak semestinya hanya melalui penetrasi, bahkan boleh juga melalui sentuhan yang menggairahkan.

Jadi, jika anda atau pasangan sudah enggan melakukan hubungan kelamin, anda berdua masih boleh saling berpelukan dan bersentuh secara seksual untuk meningkatkan keintiman.

5. Senaman rutin

Senaman dapat membantu melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh, termasuk aliran darah ke alat kelamin. Semakin lancar aliran darah ke klitoris dan vagina, maka semakin mudah anda mencapai klimaks.

Cuba untuk bersenam secara rutin dengan pasangan anda. Contohnya dengan berjalan kaki, berenang, atau melakukan senaman Kegel. Selain untuk meningkatkan kegairahan seksual, bersenam bersama pasangan juga boleh menambah keharmonian rumah tangga anda berdua.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

    Tahukah anda, bahawa diabetes yang dialami boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah ejakulasi lelaki iaitu ejakulasi retrogred?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah kesuburan wanita

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    libido wanita hamil

    Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa hamil

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    ketiak manusia

    Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan