Sakit Saat Bersetubuh Akibat Endometriosis? Ikut Tip Ini Untuk Pengalaman Seks Yang Lebih Baik!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tiada keraguan lagi, endometriosis adalah antara penyakit wanita yang boleh mempengaruhi kualiti hidup dan ini termasuklah libido (keinginan untuk melakukan aktiviti seksual) pesakit.

Bagaimana? Ini kerana hubungan seks yang menyakitkan dan kekejangan haid yang teruk boleh menjejaskan libido anda.

Menurut Dr. Karli Goldstein, Pakar Bedah Ginekologi di Seckin Endometriosis Center di New York City, endometriosis bukan sekadar rasa sakit ketika haid.

Selain isu kekejangan, ternyata ia juga berpotensi mencetuskan masalah usus dan pencernaan!

Habis, apa yang boleh penderita endometriosis lakukan untuk meningkatkan kualiti hidup, terutamanya kehidupan seks mereka?

Sebelum penulis kupas dengan lebih lanjut, fahami dahulu bagaimana ia pengaruhi libido wanita okay? Jom baca!

Endometriosis boleh mempengaruhi libido? Bagaimana?

penyakit endometriosis

Untuk pengetahuan kalian, endometriosis terjadi apabila tisu seperti endometrium tumbuh pada kawasan di luar rahim, seperti ovari dan tiub fallopio.

Pertumbuhan ini boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak, terutama semasa ovulasi dan haid berlaku.

Ternyata, kesannya terhadap kehidupan seks pesakit boleh jadi sangat terjejas.

Tambah Dr. Goldstein lagi, apabila kawasan di belakang serviks sedang meradang, penetrasi yang dalam semasa bersenggama boleh jadi menyakitkan.

Hidup dengan endometriosis juga mampu menyebabkan pesakit berasa lebih tertekan lantas berisiko mempengaruhi hubungan peribadi, seperti kehidupan seksnya.

Hal ini menjelaskan bagaimana penyakit wanita ini secara tidak langsung mempengaruhi libido pesakit.

Namun usah risau, walaupun terdapat beberapa cabaran terpaksa dihadapi disebabkan endometriosis, masih ada peluang untuk kalian menikmati seks dan merasa yakin dengan tubuh sendiri!

Mahu tingkatkan kualiti seks? Cuba tip-tip ini!

Pertimbangkan strategi berikut untuk meningkatkan kehidupan seks anda, antaranya:

#1 Dapatkan rawatan

Langkah pertama untuk merasa lebih baik adalah mencari rawatan yang berkesan buat anda.

Sekiranya anda mengesyaki mungkin mempunyai endometriosis, segera lakukan konsultasi dan pemeriksaan bersama pakar sakit puan.

Jika anda ternyata mengalaminya, bergantung pada keparahan gejala dan perancangan untuk hamil, rawatan disarankan mungkin termasuk ubat penahan sakit, terapi hormon, atau pembedahan untuk membuang tisu parut endometrium.

#2 Berkomunikasi dengan pasangan anda

komunikasi pasangan

Berkomunikasi dan berbincang secara terbuka dengan pasangan amat penting agar mereka dapat memahami kesengsaraan yang ditanggung.

Apabila isu ini mampu difahami dengan baik, pasangan anda mungkin akan lebih berkompromi dan bertimbang rasa ketika di ranjang.

#3 Cuba posisi yang berbeza!

Bagi penghidap penyakit wanita ini, mereka mungkin mendapati beberapa posisi seks boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk.

Missionary (lelaki di atas wanita) cenderung menjadi posisi yang paling menyakitkan kerana kedudukan rahim dan penetrasi zakar yang dalam.

Justeru, bereksperimen dengan posisi yang berbeza bersama pasangan dapat memberi peluang anda meneroka kedudukan yang paling selesa dan kurang menyakitkan.

Apabila posisi seks yang terbaik berjaya dikenal pasti, anda akan mampu menikmati hubungan intim secara maksimum!

#4 Amalkan guna pelincir

Menurut pakar, pelincir harus menjadi sahabat baik lebih-lebih lagi wanita dengan masalah endometriosis!

Sebilangan pesakit mungkin berasa sakit semasa berhubungan seks akibat kekeringan faraj atau faktor kekurangan pelinciran sama ada secara semula jadi mahupun artificial.

Oleh itu, penggunaan pelincir berasaskan air atau silikon saat bersenggama benar-benar dapat bantu mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang dialami.

Anda harus menggunakan pelincir sebanyak mungkin sehingga faraj menjadi cukup basah untuk penetrasi seks.

Selain itu, pastikan untuk selalu menambahkan cecair tersebut apabila faraj kembali terasa kering.

#5 Rancang urus pendarahan yang berpotensi berlaku

Pendarahan selepas melakukan hubungan seks, juga dikenali sebagai postcoital bleeding, adalah antara gejala endometriosis yang sering berlaku.

Pendarahan postcoital ini boleh terjadi akibat penetrasi yang menyebabkan iritasi dan kesakitan pada tisu rahim.

Pengalaman itu boleh jadi mengecewakan, tetapi terdapat beberapa cara yang boleh kalian lakukan untuk mempersiapkan diri jika berlaku pendarahan.

Antaranya, anda boleh:

Peringatan! Sentiasa mengingatkan pasangan anda terlebih dahulu agar mereka tidak terkejut dan keliru apabila pendarahan ketika berhubungan seks berlaku.

Apa yang dapat disimpulkan?

Walaupun penyakit wanita ini boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan seks anda, namun ia tidak perlu kekal seperti itu!

Seperti yang telah dikupaskan, berkomunikasi dengan pasangan mengenai kondisi ini dan kesannya terhadap keinginan seksual anda, adalah kunci untuk hubungan yang lebih sihat dan jujur.

Moga tip-tip yang dikongsikan dalam artikel ini bermanfaat, terutamanya bagi pembaca yang menderita masalah ini. Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selain ‘Woman On Top,’ 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda! Suami Isteri Harus Tahu

Bertukar-tukar posisi seks boleh menjadi antara cara untuk menghangatkan aktiviti di ranjang anda! Tapi hati-hati, kerana ia juga boleh sebabkan kecederaan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan, bukan menyakitkan. Ternyata, cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang difikirkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Tumbuh Bisul Pada Faraj Wanita? Usah Risau, Ini Cara Mudah Merawat, Hanya Di Rumah!

Bisul di kemaluan adalah benjolan berisi nanah yang terbentuk di luar faraj akibat folikel rambut atau kelenjar minyak yang tersumbat. Ini cara merawatnya..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/12/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

Ketagihan seks adalah masalah yang boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun kaum wanita. Ini perbezaan signifikan yang perlu diketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jangkitan kulat pada kemaluan faraj

Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
miss v gatal wanita

Miss V Terasa Gatal-gatal? Ini 5 Penyebab Utama Faraj Wanita Kerap Alami Kegatalan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan
seks ghairah

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan