Jangan Dibiarkan Jika Ketagihan Seks, Ini Akibatnya Pada Anda & Pasangan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tidak dinafikan, semua manusia normal akan lahir dengan nafsu syahwat yang mendambakan perilaku seksual terhadap pasangan berlainan jantina.

Ya, ia memang merupakan perkara yang normal ada dalam diri namun akan jadi masalah apabila seseorang itu mempunyai ketagihan seks.

Gejala yang dikenali sebagai hiperseksual ini akan memberi impak yang besar terutamanya buat pasangan yang sudah berkahwin! Apakah kesan yang diperkatakan ini?

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Definisi ketagihan seks (hiperseksual)

Ketagihan seksual atau turut dikenali sebagai hiperseksual ini merupakan gangguan kelakuan seksual kompulsif yang agak berbahaya.

Ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang berlebihan sehingga ia sangat sukar untuk dikawal oleh diri sendiri.

Mereka yang mengalami masalah ini akan sering berfantasi seks selain sangat gemar melakukan perilaku seksual sama ada dengan pasangan atau solo.

Akibatnya, pelbagai kesan negatif yang akan menimpa termasuklah memusnahkan rumah tangga kalian! Tapi apa tanda ia berlaku?

seks ganas

Apa tanda anda ketagihan seks?

Kadangkala, anda mungkin akan berasa normal untuk mempunyai nafsu syahwat yang tinggi dan berasakan diri adalah ‘kuat’ dan ‘hebat’ angkaranya.

Sebenarnya, ia bukanlah begitu kerana ketagihan seks hanya akan membinasakan diri dan juga pasangan yang terpaksa melayan keinginan melampau anda itu.

Berikut adalah tanda anda mengalami gangguan ini:

  • Terlalu kerap berfantasi tentang seks yang liar dan di luar kawalan minda anda sendiri
  • Terdorong untuk melakukan sesuatu perilaku seks dan akan berasa lega atau kesal selepas melakukannya
  • Pernah mencuba untuk mengurangkan keinginan terhadap seks namun tidak pernah berjaya
  • Menggunakan seks sebagai satu cara untuk melarikan diri daripada masalah peribadi
  • Berterusan melakukan perilaku seks sedangkan tahu bahawa ia akan mendatangkan mudarat
  • Sukar untuk mencipta atau bertahan dalam sesuatu hubungan bersama pasangan

Sekiranya anda menghadapi salah satu atau kesemua tanda hiperseksual ini, segera berjumpa pakar psikologi untuk mendapatkan rundingan atau rawatan berkaitan.

Apa punca anda ketagihan seks?

Ramai akan kata bahawa masalah ini sebenarnya datang daripada diri sendiri yang tidak berupaya mengawal nafsu syahwat.

Ya, ia mungkin benar namun kalian juga perlu tahu bahawa ada beberapa penyebab saintifik yang menyebabkan gangguan ini berlaku.

menonton pornografi

Untuk pengetahuan anda, ia mungkin didasari oleh kondisi yang berlaku dalam otak penderita!

Antara punca utamanya adalah ketidakseimbangan neurotransmitter dalam otak seperti serotonin, dopamine dan norepinephrine yang terlalu tinggi.

Selain itu, ia juga mungkin didasari oleh faktor kondisi kesihatan seperti epilepsi dan demensia yang boleh mempengaruhi lantas menjejaskan fungsi otak.

Ditambah pula dengan faktor risiko berikut, ketagihan seks mungkin akan menjadi lebih tidak terkawal:

Untuk mengelakkan gangguan ini berterusan, sila elak daripada punca dan faktor risiko yang dinyatakan di atas ini tadi ya?

Malangnya, ini akibat yang akan berlaku!

kesalahan seks

Mungkin anda boleh kata bahawa ia adalah satu masalah yang berkaitan dengan kondisi kesihatan dan ia wajar dimaafkan.

Pun begitu, ketahuilah bahawa gangguan ini bukan sahaja akan merosakkan diri malahan juga menjejaskan hubungan bersama pasangan.

Berikut adalah komplikasi yang mungkin akan berlaku akibat gangguan kelakuan seksual kompulsif:

  • Berisiko menghidapi gangguan mental lain – contohnya seperti stres kemurungan, kegelisahan atau membunuh diri
  • Bergelut dengan perasaan negatif – penderita akan kerap rasa serba salah, malu, kesal serta kurang keyakinan diri
  • Institusi hubungan bersama pasangan terjejas – pasangan mungkin akan berasa anda menggunakan mereka hanya untuk seks
  • Hilang fokus dalam sesuatu perhubungan atau pekerjaan – disebabkan oleh terlalu sibuk melayari laman sesawang lucah di internet
  • Kewangan merosot dan terjejas – akibat pembelian pornografi atau peralatan seks yang banyak dijual di atas talian
  • Mula terjebak dengan tabiat tidak baik – penderita mungkin akan mula mencuba untuk mengambil rokok, alkohol atau dadah
  • Menghidap penyakit berbahaya – akibat hubungan seks bebas yang diamalkan, penderita mungkin akan menghidapi penyakit jangkitan seksual (STD)
  • Dibawa ke muka pengadilan – ketidakmampuan untuk menahan nafsu syawat boleh mengakibatkan penderita mencabul serta merogol sebelum ditangkap pihak berkuasa

Jadi, sila berjumpa doktor segera sekiranya anda mengesyaki ada tanda hiperseksual dalam diri atau pasangan!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Tahukah anda di negara maju sudah wujud patung seks atau robot seks yang dicipta bagi tujuan memuaskan nafsu syahwat? Jom klik untuk tahu mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Seks sepatutnya menjadi momen menggembirakan, bukan menyakitkan. Ternyata, cedera ketika seks sebenarnya lebih kerap berlaku daripada yang difikirkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Lelaki Saja, Kaum Hawa Pun Ada UBAT KUAT Tau! Jom Kenali Ubat Perangsang Seks Wanita

Pengambilan ubat kuat sinonim dengan lelaki, terutamanya yang mengalami masalah mati pucuk. Tapi ternyata, para wanita juga mempunyai 'Viagra' tersendiri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

Ketagihan seks adalah masalah yang boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun kaum wanita. Ini perbezaan signifikan yang perlu diketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 16/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
cincin zakar

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
seks ghairah

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan