backup og meta

Anak Gadis, JANGAN 'Korek' Vagina Sebelum Kahwin! Ini Cara Jaga Miss V Untuk Si Dara

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/07/2022

    Anak Gadis, JANGAN 'Korek' Vagina Sebelum Kahwin! Ini Cara Jaga Miss V Untuk Si Dara

    Penjagaan vagina atau dan faraj sihat merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan oleh setiap wanita.

    Tidak kiralah apa status anda, sama ada anda masih lagi berstatus dara pingitan ataupun sudah menjadi isteri orang, penjagaan vagina atau miss V anda sepatutnya bermula sejak anda masih muda.

    Penting untuk anda tahu cara yang terbaik untuk menjaga kebersihan vagina anda. Alat sulit yang tidak dijaga dengan rapi boleh mengundang penyakit dan bau-bauan yang tidak menyenangkan!

    Malulah jika alat sulit boleh dihidu sampai ke luar seluar!

    Penjagaan vagina yang sihat bermula dari dalam

    Kepada gadis-gadis di luar sana, anda perlu tahu bahawa faraj sihat datangnya daripada pemakanan yang sihat.

    Selain itu, individu yang selalu bersenam dan mengamalkan diet yang sihat juga mempunyai kesihatan vagina yang lebih baik berbanding wanita yang tidak bersenam dan tidak menjaga diet mereka.

    Penjagaan alat sulit bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Malah, untuk yang belum berkahwin, anda tidak perlu takut untuk menjaga kawasan intim anda.

    Sebenarnya, anda tidak perlu lakukan perkara seperti meruang atau douching untuk pastikan alat sulit anda sentiasa bersih!

    Untuk pengetahuan anda, doktor tidak menggalakkan anda meruang kerana ia boleh menyebabkan anda terkena jangkitan kelamin atau STI!

    Jika anda ingin tahu langkah yang paling selamat untuk menjaga kawasan kelamin anda agar sentiasa sihat, jom baca tip yang kami berikan di bawah!

    1. Penjagaan vagina tidak sukar. Cuma basuh dengan air!

    penjagaan vagina

    Ramai kaum Hawa yang gunakan pembersih intim wanita kerana percaya akan keupayaan produk tersebut untuk membersihkan alat sulit dengan lebih baik.

    Sebenarnya, anda tidak perlu pakai apa-apa produk untuk cuci miss V anda! Cukuplah sekadar gunakan air paip.

    Kawasan intim kita mempunyai pH yang unik dan berbeza-beza mengikut individu.

    Mereka yang sering basuh kawasan intim dengan air sabun ataupun feminine wash kadangkala tidak sedar mereka sedang membuatkan alat sulit jadi makin kering.

    Akibatnya, kekeringan tersebut akan menyebabkan vagina jadi berbau dan mudah terdedah kepada jangkitan!

    Vagina merupakan organ yang boleh membersihkan dirinya sendiri. Jika anda masih mahu menggunakan sabun, anda boleh gunakan sabun yang lembut dan bebas pewangi.

    Selain itu, hanya basuh bahagian luar alat sulit anda. 

    Cukuplah jika anda basuh alat sulit dua kali sewaktu mandi sebagai langkah penjagaan vagina anda. Jika anda datang bulan, anda mungkin perlu basuh dengan lebih kerap.

    Setiap wanita adalah berbeza. Ada wanita yang tidak akan mengalami apa-apa reaksi walaupun menggunakan sabun untuk mencuci kawasan faraj.

    Ada juga wanita yang amat sensitif terhadap apa-apa jenis produk yang mengandungi pewangi.

    2. Pastikan anda lakukan ujian saringan!

    Jika anda benar-benar inginkan alat sulit yang sihat, anda perlu lakukan ujian saringan secara berkala!

    Jangan lupa lakukan vaksinasi untuk HPV! Vaksinasi ini akan pastikan anda selamat dan boleh memberikan perlindungan kepada anda terhadap virus HPV yang menyebabkan kanser serviks.

    Ujian Pap ataupun Pap Smear merupakan sejenis ujian yang penting untuk mengesan kanser serviks dalam kalangan wanita. Jika anda telah berumur 21 tahun, inilah masa yang paling sesuai untuk anda lakukan ujian ini.

    Jangan risau jika anda masih lagi seorang dara. Ujian ini tidak akan membuatkan anda kehilangan dara anda.

    Walaupun anda tidak pernah mengalami sebarang hubungan seksual, anda masih mempunyai risiko untuk menghidap kanser serviks.

    3. Gunakan seluar dalam kapas

    penjagaan vagina

    Pernahkah anda terfikir bahawa anda mungkin memakai seluar dalam yang salah? 

    Mungkin bau yang tidak enak pada miss V anda adalah disebabkan oleh material seluar dalam anda yang tidak sesuai!

    Seluar dalam yang terbaik untuk wanita ialah seluar dalam yang diperbuat daripada kapas. Kapas merupakan sejenis bahan yang lembut dan boleh bernafas.

    Material kapas atau cotton juga bersifat mudah menyerap. 

    Oleh itu, sebarang wap air yang terperangkap di kawasan intim anda mudah diserap oleh seluar dalam anda. Hasilnya, kawasan intim anda akan sentiasa kering dan bebas jangkitan.

    Material sintetik seperti nilon akan memerangkap wap air dan tidak mudah bernafas. Akibatnya, anda akan lebih mudah gatal-gatal dan dijangkiti yis!

    Selain itu, pastikan anda pakai seluar dalam mengikut saiz yang sesuai! 

    Janganlah pakai seluar dalam yang terlalu ketat pula. Selain tidak selesa, ia juga akan sebabkan celah kelangkang anda melecet.

    Luka ini mungkin akan menyebabkan anda gatal-gatal atau terkena jangkitan lain pula nanti!

    Penjagaan vagina itu penting

    Jika anda mengalami masalah penjagaan vagina anda, jangan malu untuk berjumpa dengan doktor!

    Miss V yang berbau bukanlah satu perkara yang abnormal. 

    Semua wanita mempunyai bau vagina yang tersendiri. Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu cara untuk membezakan bau yang tidak normal dan yang normal!

    Tidak sukar untuk anda menjaga kawasan intim dan pastikan faraj anda sentiasa sihat. Malah, jika anda masih dara, anda masih boleh lakukan perkara yang sama untuk menjaga miss V hinggalah anda berkahwin nanti!

    Cubalah tip yang kami berikan, pasti berkesan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan