backup og meta

Normal Ke Jika Sebelah Besar, Sebelah Kecil? Wanita Kena Periksa, Takut Ini Tanda Kanser!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/10/2022

    Normal Ke Jika Sebelah Besar, Sebelah Kecil? Wanita Kena Periksa, Takut Ini Tanda Kanser!

    Ramai yang tahu payudara wanita datang dalam pelbagai saiz dan bentuk. Namun, normalkah jika payudara tidak sama saiz atau besar sebelah? Jika ya, perlukah anda lakukan sesuatu?

    Wanita yang mempunyai payudara yang besar sebelah pasti rasa kurang senang dan tidak yakin dengan penampilan diri. Walau bagaimanapun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan kaum Hawa.

    Menurut pakar, hampir 82% wanita mempunyai buah dada yang tidak sama saiz. Malah, 25% daripada jumlah ini mempunyai buah dada kiri dan kanan yang mempunyai cup yang berlainan saiz!

    Tidak ada seorang pun wanita yang mempunyai payudara sempurna yang berbentuk simetri. Ini adalah perkara semula jadi yang berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.

    Selain masalah kesihatan, payudara tidak sama saiz juga boleh berlaku disebabkan oleh penurunan berat badan ataupun penyusuan anak.

    Walau bagaimanapun, sebagai wanita, anda perlu tahu apa yang normal dan apa yang tidak normal mengenai payudara anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Payudara, sila dapatkannya di sini.

    Payudara tidak sama saiz merupakan sesuatu yang normal

    payudara tidak sama saiz

    Jika anda masih lagi melalui proses akil baligh, normal jika payudara bersaiz sedikit berbeza.

    Namun, jika payudara tidak sama saiz, kemungkinan besar payudara anda akan kekal tidak simetri hingga anda menginjak dewasa.

    Tidak ada rawatan untuk merawat keadaan ini. Malah, saiz buah dada yang tidak sama hanyalah masalah kosmetik dan ia tidak akan menyebabkan anda mempunyai sebarang masalah untuk menyusukan anak.

    Selain itu, anda juga tidak akan mempunyai sebarang peningkatan risiko kanser payudara.

    Perbezaan dari segi saiz buah dada selalunya adalah disebabkan oleh lapisan lemak yang terdapat pada bahagian payudara anda.

    Kadangkala, saiz payudara juga jadi berbeza ketika anda datang bulan. Anda mungkin akan rasa payudara sedikit tegang ketika mengalami ovulasi.

    Malah, menurut kajian, bentuk payudara wanita lebih sama dan simetri ketika sedang mengalami ovulasi. Namun, semasa datang bulan, payudara akan kembali mengendur.

    Tetapi, bukan semua perubahan itu baik!

    payudara tidak sama saiz

    Jika payudara tidak sama saiz berlaku secara semula jadi, maka itu bukanlah masalah yang besar.

    Walau bagaimanapun, jika payudara anda tiba-tiba besar sebelah, anda mungkin perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut!

    Menurut Dr. Haritha Pabbathi, buah dada yang kelihatan besar sebelah mungkin berpunca daripada ketulan pada kawasan payudara anda.

    Jika ini yang terjadi, anda perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut.

    Sama jugalah jika anda terjumpa ketulan di dalam payudara ataupun di bawah lengan. Ketulan yang tidak hilang dalam satu jangka masa yang lama perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin.

    Kanser payudara juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada kawasan puting. Jika puting tiba-tiba termasuk ke dalam, ini merupakan salah satu tanda kanser yang tidak boleh diabaikan.

    Selain itu, anda juga perlu mendapatkan rawatan serta-merta jika puting mengeluarkan darah ataupun cecair lebih-lebih lagi jika tidak mengandung atau melahirkan anak dalam masa terdekat.

    Apabila kanser payudara telah merebak ke nodus limfa di bahagian lengan, selalunya bahagian payudara akan mula membengkak.

    Oleh sebab itu, wanita perlu peka mengenai saiz dan bentuk payudara masing-masing.

    Walau bagaimanapun, gejala yang digariskan di atas mungkin bukan disebabkan oleh kanser payudara semata-mata. Kadangkala, ia boleh terjadi disebabkan penyakit lain.

    Doktor amat menggalakkan agar wanita melakukan pemeriksaan kendiri sebagai salah satu cara pengesanan dan pencegahan awal kanser.

    Selain pemeriksaan kendiri, wanita juga boleh melakukan imbasan mamogram dan ujian saringan, lebih-lebih lagi wanita yang berisiko untuk menghidap kanser payudara.

    Kesimpulan

    payudara tidak sama saiz

    Ramai wanita mempunyai saiz payudara yang tidak sama. Ia merupakan sesuatu yang semula jadi dan normal!

    Jika tidak selesa dengan saiz buah dada anda yang berbeza, anda boleh memakai baju dalam yang mempunyai span tambahan untuk buatkan payudara nampak seimbang dan sama saiz.

    Walaupun hal ini akan membuatkan wanita rasa segan dan malu, anda sebenarnya boleh berjumpa dengan doktor untuk khidmat nasihat dan konsultasi jika rasa masalah ini mengganggu diri.

    Satu-satunya cara untuk membetulkan payudara tidak sama saiz adalah melalui pembedahan.

    Kebanyakan doktor akan mencadangkan supaya hanya wanita yang berumur 20 tahun ke atas sahaja yang boleh melakukan pembedahan plastik.

    Walau bagaimanapun, tidak normal jika perubahan itu berlaku secara tiba-tiba. Pastikan anda sentiasa peka jika berlakunya sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk dan rasa payudara serta bahagian ketiak anda.

    Antara perkara yang  dilihat jika payudara tidak sama saiz ialah:

    1. Muncul ketulan pada kawasan payudara dan ketiak.
    2. Perubahan saiz dan bentuk buah dada.
    3. Kulit jadi berkuping, naik ruam atau kemerah-merahan.
    4. Keluar cecair dari puting untuk wanita yang tidak mengandung atau sedang menyusukan anak.
    5. Puting termasuk ke dalam.

    Jika anda mempunyai simptom di atas, jangan berlengah lagi untuk berjumpa dengan doktor!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 17/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan