Memahami Kitaran Haid Dengan Mudah (2)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kitaran haid melibatkan dua kitaran yang berlaku pada waktu yang sama, iaitu kitaran rahim (endometrium) dan kitaran ovari. Dua kitaran ini saling berhubung untuk menghasilkan kitaran haid yang sempurna selama 28 hari. Sebarang gangguan pada mana-mana fasa di dalam dua kitaran ini akan menjejaskan kitaran haid.

Perbincangan tentang kitaran rahim (endometerium) telah dimuatkan di dalam artikel yang lain. Di dalam artikel ini, perbincangan akan disambung dengan kitaran ovari pula.

Kitaran ovari

Ovari atau juga disebut sebagai kilang telur wanita (ovum pula adalah telur), adalah organ reproduktif yang sangat penting bagi wanita. Di samping mengahasilkan ovum, yang menjadi asas kepada proses kehamilan, ovari juga berperanan menghasilkan beberapa hormon penting termasuk estrogen dan progesterone bagi menjalankan fungsi serta memberikan ciri-ciri wanita.

Berdasarkan namanya, kitaran ini melibatkan proses yang berlaku di dalam ovari semasa kitaran haid. Seperti kitaran rahim, kitaran ovari juga terbahagi kepada 3 fasa:

1. Fasa folikular (hari pertama hingga ke-13)

Dalam fasa ini, kantung berisi cecair di dalam ovari bernama folikel ovarium akan membesar untuk menghasilkan ovum (telur). Hormon utama bagi fasa ini adalah FSH.

Hormon ini bertanggungjawab merangsang pembesaran folikel di dalam ovari. Pada awalnya, saiz folikel tersebut adalah kecil. Ia akan membesar sehingga mencapai saiz matang, iaitu 18-26 mm. Apabila folikel membesar, ovum di dalamnya akan menjadi matang dalam lingkungan sekitar 36 jam sebelum ia dilepaskan.

2. Fasa pengovulan (hari ke-14)

Peningkatan mendadak pada kadar hormon LH menyebabkan folikel pecah dan membebaskan ovum. Seterusnya, ovum ini akan diambil oleh jejari fimbria pada hujung tiub fallopian. Proses pengovulan atau ovulasi berlaku sacara rambang dari ovari sebelah kiri atau kanan.

Sebahagian wanita mengalami rasa sakit atau tidak selesa pada abdomen pada fasa ini. Perubahan hormon yang berlaku mungkin juga menyebabkan sedikit pendarahan.

3. Fasa luteum (hari ke-15 hingga ke-28)

Selepas ovum dibebaskan, folikel tersebut akan membentuk korpus luteum. Ia akan merembeskan hormon progesterone, yang merupakan hormon utama bagi fasa sekretori kitaran rahim (endometrium).

Korpus luteum hanya akan bertahan selama 14 hari. Jika tiada pensenyawaan dan implantasi berlaku, ia akan mengecut dan kadar progesterone akan menurun secara mendadak. Keadaan ini akan menyebabkan pendarahan daripada dinding rahim.

Apabila korpus luteum telah mengecut dan hilang, fasa folikular akan bermula semula.

Namun, jika pensenyawaan dan implantasi berlaku, plasenta (uri) akan terbentuk dan ia akan mengambil alih peranan korpus luteum dalam mengekalkan integriti dinding rahim. Maka, pendarahan tidak berlaku. Oleh sebab itu, haid tidak berlaku semasa hamil. 

Kitaran rahim (endometrium) dan kitaran ovari

Kedua-dua kitaran ini berlaku pada waktu yang sama dan berkaitan antara satu sama lain. Kekacauan pada salah satunya akan menjejaskan kitaran yang lain.

Kaitan antara kitaran rahim (endometrium) dan kitaran ovari serta perubahan hormon

Tempoh kitaran haid yang biasa adalah 28 hari. Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza bagi setiap orang terutamanya jika terdapat masalah kesihatan. Jika kitaran haid anda terganggu, sila dapatkan pemeriksaan doktor. Ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang anda sedang alami.

Baca juga Memahami Kitaran Haid Dengan Mudah (1).

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Sama seperti insan lain, individu dengan penyakit barah juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan lafazkan 9 perkara ini jika anda menziarahi mereka, okay?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser Payudara, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Mungkin ramai yang ada kencing manis jenis 2 namun tidak tahu tip untuk mengawalnya bukan? Jadi jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

    Mungkin ramai yang sudah tahu kafein itu apa bukan? Namun tahukah kalian bahawa akan berlaku sesuatu pada tubuh badan jika berhenti ambil ia? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tangan Asyik Bergetar, Normal Ke? Ini 5 Punca Utamanya, #3 Mungkin Berkait Dengan Anda!

    Ramai yang pernah alami tangan bergetar, sama ada semasa memasukkan benang ke dalam jarum atau selepas hari yang memenatkan. Normal ke keadaan ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pembengkakan prostat

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    rawat buasir

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    turun berat badan

    Ada 6 Jenis Obesiti Yang Berbeza! Kalau Nak Mudah Rawat Masalah Ini, Kena Tahu Setiap Jenis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 4 minit bacaan
    penyakit kulit psoriasis

    Pesakit Psoriasis Nak Elak Luka Pada Kulit Semasa Bercukur? Ini 5 Tip Bercukur Secara Selamat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan