Hubungan Gangguan Seksual Terhadap Kesihatan Wanita Pertengahan Umur

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menurut kajian JAMA Internal Medicine yang diterbitkan pada 3 Oktober baru-baru ini, gangguan dan serangan seksual dalam kalangan wanita pertengahan umur dikaitkan dengan keadaan fizikal dan mental yang lebih buruk.

Ketua penulis Dr Thurston yang juga profesor epidemiologi dan psikologi di University Pittburgh berkata, penemuan terbesar kajian tersebut ialah ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.

Satu daripada lima wanita yang telah mengalami serangan seksual adalah dua kali lebih berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi yang konsisten dengan hipertensi dan juga berisiko tinggi untuk trigliserida tinggi, yang dikaitkan dengan penyakit jantung.

Gangguan seksual dan masalah kesihatan

Dr Thurston dan rakan sekerja juga memeriksa hubungan sejarah gangguan seksual dan serangan seksual dengan tekanan darah, mood, kebimbangan, dan tidur dalam kalangan wanita pertengahan umur. Sejumlah 304 wanita tidak merokok yang berusia 40 hingga 60 tahun tanpa penyakit kardiovaskular mengambil bahagian dalam kajian itu dengan menjalani pengukuran fizikal, sejarah perubatan, dan soal selidik psikososial.

Penyelidik mendapati bahawa 19% peserta melaporkan sejarah gangguan seksual di tempat kerja, 22% melaporkan sejarah serangan seksual dan 10% kedua-duanya. Dalam kalangan wanita yang tidak mengambil ubat anti-hipertensi, gangguan seksual dikaitkan dengan kemungkinan meningkatnya tahap hipertensi peringkat 1 atau 2 serta masalah tidur. Terdapat hubungan bagi serangan seksual dengan kemungkinan peningkatan simptom kemurungan, kebimbangan, dan masalah kurang tidur.

Memori dan kesan kesihatan

Pengalaman gangguan dan kesannya terkumpul dari semasa ke semasa. Otak menyimpannya sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kenangan ini mempunyai impak yang nyata.

Kajian mendapati wanita dengan memori gangguan seksual adalah dua hingga tiga kali lebih cenderung untuk mengalami kemurungan, kegelisahan, dan masalah tidur serta peningkatan tekanan darah di kemudian hari.

Menurut kajian, gangguan seksual dikaitkan dengan risiko tekanan darah tinggi tahap 1 atau 2 yang lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak mengambil ubat anti-hipertensi.

Ia juga mendapati bahawa wanita yang mempunyai sejarah serangan seksual mempunyai simptom depresi yang lebih tinggi, kebimbangan, dan kualiti tidur yang lebih buruk berbanding wanita tanpa sejarah serangan seksual.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Beli Mesin Tekanan Darah Tapi Tak Tau Yang Mana OK? Ini 5 Panduan Pilih Dengan Tepat

    Sebelum membeli mesin tekanan darah, anda patut tahu apakah ciri yang perlu diperhatikan sebelum membeli alat tekanan darah tersebut. Ini panduannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 19/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

    Mesti ramai sudah tahu apa itu depresi namun kurang pasti sama ada ia akan jejaskan kehidupan seks. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Hidup ini umpama roda, kadang kita dilambung dengan kebahagiaan dan kadang kita dilanda kesedihan seperti momen kita mengalami patah hati.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya stress ketika mengandung

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri di jepun

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    cuti hujung minggu

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    berat badan wanita hamil

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan