backup og meta

Bermain Cinta Atau Gangguan Seksual?

Bermain Cinta Atau Gangguan Seksual?

Sewaktu kebangkitan feminisme, orang ramai mula memberikan perhatian tentang perbezaan gangguan seksual dan bermain cinta (flirtation). Walaupun topik ini kerap muncul, perbezaan antara gangguan seksual dan bermain cinta sangat jelas. Ramai lelaki (mahupun wanita) akan menafikan gangguan seksual dengan menganggapnya sekadar permainan cinta (“Saya hanya memuji!”). Tetapi sebenarnya, anda lebih tahu apa itu gangguan seksual dan bermain cinta.

Apa yang dikira sebagai gangguan seksual?

Sesetengah gambar, imej, jenaka, bahasa dan sentuhan “tidak wajar” atas suatu alasan. Jika tingkah laku atau interaksi yang membuatkan anda tidak selesa atau tertekan, maklumkan kepada orang dewasa yang dipercayai. Ia mungkin dalam kategori gangguan seksual atau buli.

Gangguan seksual dan buli boleh termasuk:

  • Membuat jenaka, komen atau isyarat seksual kepada atau tentang seseorang
  • Menyebarkan khabar angin seksual secara peribadi, melalui teks atau dalam talian
  • Menulis mesej seksual tentang seseorang di bilik mandi atau tempat awam lain
  • Menunjukkan gambar atau video seksual seseorang yang tidak patut
  • Meminta seseorang menghantar gambar lucah/bogel
  • Menyiarkan komen, gambar atau video seksual di rangkaian sosial seperti facebook atau menghantar mesej teks yang berbaur lucah
  • Membuat komen atau tawaran sambil menyamar menjadi orang lain dalam talian
  • Menyentuh, memegang atau mencubit seseorang secara sengaja
  • Menarik pakaian orang lain dan meraba mereka dengan sengaja
  • Mengajak seseorang keluar berkali-kali walaupun dia menolaknya

Mengirim mesej atau imej seksual atau “sexting,” bukanlah idea yang baik atas pelbagai sebab. Sexting boleh mendatangkan masalah kepada anda dan orang yang menerima teks tersebut, walaupun anda dalam hubungan intim dengan orang tersebut. Dalam sesetengah kes, mesej ini boleh dianggap gangguan atau buli dan boleh membawa akibat yang sangat serius. Mesej atau imej peribadi anda boleh sampai ke tangan orang yang salah dan anda mungkin berasa malu dan takut jika orang lain melihatnya.

Memaksa orang lain melakukan perkara-perkara yang dia enggan lakukan seperti bercium, seks oral atau persetubuhan, jelas melampaui kategori gangguan seksual atau buli. Memaksa seseorang melakukan perkara seksual adalah serangan seksual atau rogol, dan dianggap jenayah yang serius.

Kekeliruan antara bermain cinta dan gangguan

Kadang-kadang orang yang membuat jenaka atau komen seksual menganggap perbuatan mereka sekadar bermain cinta, dan anda mungkin pernah terasa untuk membuat benda yang sama. Gangguan seksual mungkin sebenarnya bermula dengan permainan cinta yang kemudian meleret atau bersifat tidak sensitif, jadi bolehkah ia dianggap sekadar tidak disengajakan?

Dalam kebanyakan waktu, bermain cinta adalah untuk mendapatkan perhatian. Ia melibatkan satu sama lain dan menghiburkan. Bermain cinta tidak membuatkan anda berasa teruk. Sesetengah perkara boleh menjadi kekok/janggal, tetapi jika ia tidak membuatkan anda berasa teruk, ia tidak dikira sebagai gangguan. Jika seseorang sengaja melakukan atau mengatakan perkara-perkara seksual yang membuat anda tidak selesa, ia patut dianggap gangguan seksual.

Gangguan seksual adalah perhatian atau tindakan yang tidak diingini dan membuat anda berasa teruk. Sekiranya seseorang cuba bermain cinta dengan anda dan anda tidak mahukannya, minta dia untuk menghentikannya. Jika mereka tidak berhenti, ia adalah gangguan. Perbezaan utama antara bermain cinta dan gangguan seksual adalah gangguan seksual adalah tidak diingini.

Tidak pasti? Tanya diri sendiri, “Adakah ini sesuatu yang saya ingin lakukan atau saya mahu teruskan? Bagaimanakah perasaan saya? “Jika anda tidak berasa selesa, bincang dengan ibu bapa, guru, kaunselor bimbingan, atau orang lain yang anda percayai.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sexual Harassment and Sexual Bullying. http://kidshealth.org/teen/sexual_health/guys/harassment.html. Accessed August 27, 2016.

The blurry line between flirting and harassment. http://www.huffingtonpost.co.uk/liam-deacon/flirting-harassment_b_5134940.html. Accessed August 27, 2016.

Flirtation or sexual harassment? Here’s how to tell the difference. https://www.theguardian.com/lifeandstyle/womens-blog/2014/apr/10/sexual-harassment-flirting-six-differences. Accessed August 27, 2016.

Flirting vs Sexual Harassment. http://www.pamf.org/teen/abc/sex/flirting.html. Accessed August 27, 2016.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Jika Rasa Penat Otak! Ini 5 Cara Efektif Bantu Atasi Keletihan Mental

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan