Tip Nak Mengandung- Kena Tahu Cara Periksa Serviks Sendiri, Ada Petuanya Kena Patuhi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Ibu, kita akan keĀ labour room ya untuk memeriksa bukaan serviks anda!” Selalunya, doktor atau jururawat akan mula melontarkan ukuran – 4 cm, 6 cm, 8 cm dan kami pasti anda tidak faham mengenainya.

Cara memeriksa serviks sebenarnya senang untuk dipelajari sendir. Ia juga penting untuk anda mengetahui perubahan posisi serviks sekitar kitaran haid.

Ini boleh membantu anda di masa depan jika merancang untuk hamil.

Kenali serviks anda

Serviks, atau dikenali sebagai pangkal rahim ialah saluran kelahiran yang menghubungkan rahim dan faraj anda. Ia terletak di hujung rahim, sebelum faraj dan terdiri daripada otot yang kuat.

Oleh sebab ia berada di hujung rahim dan faraj anda, serviks boleh senang dirasai dengan menggunakan jari.

Struktur serviks anda boleh berubah sepanjang kitaran haid, di awal kehamilan dan juga semasa beranak.

Cara memeriksa serviks penting kerana ia dapat membantu anda mengetahui tempoh ovulasi dan tempoh kesuburan maksimum.

Petua memeriksa serviks

Sebelum bermula, ingatlah bahawa cara memeriksa serviks memerlukan kemahiran tinggi dan pengalaman yang banyak.

Jikalau anda tidak berupaya untuk merasai serviks pada kali pertama atau kali kesepuluh sekalipun, janganlah berputus asa.

Selepas mengenal tanda-tanda, struktur dan posisi serviks percayalah ia menjadi lebih mudah untuk anda.

Sebelum memeriksa serviks, ingatlah beberapa petua seperti:

  1. Elakkan memeriksa serviks semasa atau selepas bersenggama. Kedudukan serviks anda berbeza dengan tahap rangsangan tanpa mengira masa kitaran haid anda.
  2. Dalam proses pembelajaran, keraplah memeriksa serviks anda setiap hari walaupun anda belum dalam tempoh ovulasi. Hal ini akan membantu anda membezakan rasa dan struktur serviks semasa ovulasi atau bukan ovulasi. Selain itu, serviks lebih senang untuk dirasai ketika bukan ovulasi.
  3. Periksa serviks anda pada masa yang sama tiap hari. Masukkanlah ia ke dalam rutin harian anda seperti selepas mandi.

Cara memeriksa serviks

Semasa anda memeriksa serviks, ingatlah bagaimana rasa serviks setiap kali dan catatkan dalam buku atau telefon bimbit anda untuk rekod sendiri.

Janganlah risau untuk melakukannya sendiri kerana anda tidak akan mencederakan diri anda.

cara memeriksa serviks

1. Basuhlah tangan anda

Sebelum bermula, pastikan anda mencuci tangan dengan sabun terlebih dahulu. Langkah ini penting supaya anda tidak membawa kuman ke dalam organ pembiakan anda.

Sekiranya anda menghadapi jangkitan kuman di faraj, sila dapatkan rawatan dan tunggu sehingga sembuh sebelum memeriksa serviks anda.

Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.

2. Peka dan sentiasa berwaspada

Jika anda dalam tempoh bersalin dan masih mahu memeriksa serviks anda, ingatlah pemeriksaan yang terlalu kerap boleh menyebabkan jangkitan kuman, terutama sekali jika air ketumban sudah pecah.

Walaupun anda boleh memeriksa serviks, ingatlah untuk membasuh tangan terlebih dahulu, dan kurangkan pemeriksaan sendiri.

3. Berada dalam posisi yang selesa

Posisi badan anda seharusnya membolehkan anda untuk mencapai serviks anda dengan mudah.

Sebagai contoh, posisi yang senang untuk anda lakukan pemeriksaan ialah mencangkung, duduk di mangkuk tandas dan meletakkan sebelah kaki di hujung tab mandi.

Berhati-hati dan cuba elakkan daripada jatuh atau mencederakan diri anda.

4. Masukkan jari ke dalam faraj anda

Jari yang sesuai untuk pemeriksaan ialah jari telunjuk atau jari tengah anda. Masukkan jari perlahan-lahan ke dalam faraj anda, menghala ke atas dan depan sehingga anda dapat merasai serviks.

Serviks anda akan berada di penghujung faraj anda, seakan-akan “pintu” untuk rahim anda.

5. Cuba mengesan serviks anda

Faraj anda mempunyai konsistensi seperti span, dan mudah memberi ruang kepada tekanan.

Berbeza dengan faraj, konsistensi serviks lebih pejal dan berbentuk bulat. Jika bukan ovulasi, konsistensinya sama seperti hujung hidung anda.

Jika anda belum berovulasi, serviks akan mudah dicapai dan dirasai. Ketika ovulasi, serviks anda akan bertukar ke posisi lebih tinggi dan lebih lembut seperti konsistensi bibir anda.

Selain itu, cuba rasai pembukaan serviks anda. Pembukaan serviks sangat kecil seperti belahan sahaja. Ia berlaku sebelum ovulasi, sebelum haid atau semasa haid.

Namun jika anda sudah beranak atau pernah mengalami keguguran, usah risau jika serviks anda terbuka sedikit luas.

cara memeriksa serviks

6. Catat pemeriksaan anda

Rekodkan pemeriksaan anda dalam carta kesuburan.

Cara ini membantu anda untuk lebih memahami perubahan serviks dan mengetahui tempoh kesuburan anda.

Konklusi

Pemeriksaan serviks sendiri mudah jika sering dipraktikkan. Ia dapat membantu para ibu yang merancang untuk hamil di masa hadapan.

Lakukanlah pemeriksaan setiap hari dan rekodkanlah untuk anda lebih mengenali sistem reproduktif anda sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Yang Anda Mesti Tahu

Bagaimana dengan seks anal atau seks melalui dubur, adakah wanita hamil jika melakukannya? Adakah terdapat sebarang kesan lain yang boleh berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan, STDs & STIs 30/04/2020 . 3 minit bacaan

Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pusat Kesihatan, Kanser Serviks 18/02/2020 . 3 minit bacaan

Sudahkah Anda Ambil Vaksin HPV Untuk Cegah Kanser? Bukan HANYA Untuk Wanita, Lelaki Pun!

Adakah wanita berisiko mendapat kanser serviks sekiranya bersama lelaki yang dijangkiti dengan virus HPV? Terdapat beberapa sebab mengapa lelaki perlu...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Serviks, Kanser 28/01/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Selalu Sakit Bawah Perut? AWAS, Ia Mungkin Tanda 4 Masalah Kesihatan Ini!

Pernah anda rasa sakit bawah perut seolah-olah kekejangan? Jangan abaikan sakit perut bahagian bawah tengah ini, ia mungkin 5 masalah kesihatan berikut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/12/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kontraksi

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
radang serviks

Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
prosedur pap smear

Ujian Pap Smear Untuk Kesan Kanser Serviks, Tapi Boleh Juga Ke Wanita Nak Check Kanser Ovari?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
ujian pap smear

Nak Elak Kanser Serviks? Jangan Takut Untuk Buat Ujian Pap Smear! Ini Apa Yang Terjadi Ketika Ujian

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 19/05/2020 . 3 minit bacaan