Amalan gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Rokok, alkohol, dadah, dan persekitaran bertoksin boleh mempengaruhi bekalan darah dan pertumbuhan janin. Jika anda merancang untuk hamil, segera berhenti daripada perkara-perkara ini bagi mengelakkan berlakunya keguguran.
Bersenam boleh membantu mengurangkan risiko keguguran dan memastikan bayi dalam kandungan sihat (dengan cara mengurangkan stres, kesakitan, risiko kencing manis semasa hamil, dan juga membina stamina untuk proses kelahiran nanti). Namun, sudah pasti anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat seperti mengangkat benda berat. Ibu hamil hanya digalakkan membuat senaman ringan seperti yoga pranatal bagi membantu meningkatkan kesihatan anda semasa kehamilan.
Ubat
Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran. Cuba elakkan pengambilan ubat misoprostol, retinoids, methotrexate dan ubat anti-radang tanpa steroid (NSAIDs) – seperti ibuprofen. Cara terbaik adalah, periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat.
Bila anda rancang untuk hamil
Pada sesetengah usia, wanita mempunyai lebih risiko keguguran. Umur bakal ibu mempengaruhi keguguran:
- Wanita yang berumur bawah 30 tahun, 1 dalam 10 kehamilan akan mengalami keguguran;
- Wanita yang berumur bawah 35-39 tahun, sehingga 2 dalam 10 kehamilan akan mengalami keguguran;
- Wanita yang berumur lebih 45 tahun, lebih daripada separuh kehamilan akan mengalami keguguran.
Keguguran boleh menjadi peristiwa yang amat dahsyat, dengan memberi kesan berpanjangan pada emosi seseorang wanita, termasuklah kemurungan, marah, takut, dan rasa bersalah. Namun, salah satu aspek paling sukar tentang kehilangan kehamilan adalah kurangnya pengetahuan mengenai keguguran.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen