Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

Barah rahim musuh wanita

Umumnya, kita masih tidak dapat menentukan punca sebenar kanser serviks atau turut dikenali sebagai kanser pangkal rahim dan barah rahim.

Faktor penyebab kanser serviks ini dikatakan daripada jangkitan human papilloma virus (HPV) yang menyumbang kepada perkembangan sel barah di serviks.

Tetapi sebenarnya, tabiat pemakanan harian juga boleh dianggap sebagai faktor penyumbang masalah kanser pangkal rahim ini. Adakah ia benar?

Mengenali punca barah rahim

Selain jangkitan HPV, ada yang mengatakan bahawa makanan dan minuman tertentu juga boleh menjadi faktor penyebab kanser serviks.

Dalam situasi ini, makanan dan minuman yang termasuk dalam kumpulan yang tidak sihat dengan kandungan nutrien yang sedikit boleh mengakibatkan wujudnya kanser pangkal rahim.

Bagi wanita yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi mendapat kanser serviks, pengambilan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat ini akan lebih mendedahkan anda kepada risiko penyakit tersebut.

Tetapi apakah jenis makanan dan minuman yang berpotensi meningkatkan risiko pengembangan barah rahim?

5 faktor penyebab kanser serviks

Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang perlu anda kurangkan atau elakkan pengambilannya, seperti:

  1. Tinggi kandungan lemak jahat

Makanan yang berpotensi menyumbang kepada kanser pangkal rahim adalah lemak. Walau bagaimanapun, bukan semua lemak tidak bagus.

Lemak yang dianggap tidak elok untuk kesihatan adalah jenis lemak trans dan lemak tepu.

Lemak trans adalah jenis lemak yang biasanya terkandung dalam makanan bergoreng seperti deep frying. Ini antara jenis makanan punca barah rahim.

Manakala lemak tepu pula adalah jenis lemak yang terdapat pada daging lembu, ayam, kambing dan yang sewaktu dengannya.

ini-5-makanan-punca-barah-rahim

Seperti lemak trans, makanan yang tinggi kandungan lemak tepu juga boleh mengakibatkan perkembangan sel-sel barah pada pangkal rahim.

Sebagai penyelesaiannya, anda boleh menggantikan pengambilan sumber makanan tinggi lemak tidak sihat ini dengan lemak yang lebih baik.

Ia termasuklah asid lemak tak tepu seperti asid lemak mono tak tepu dan asid lemak poli tak tepu.

Jenis lemak yang baik ini, tidak akan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada risiko peningkatan kanser serviks.

Ia biasanya terkandung dalam makanan seperti:

  • Minyak sawit
  • Minyak zaitun
  • Kacang tanah, gajus
  • Avokado
  1. Daging merah

Siapa yang tidak sukakan hidangan stik bersama lada hitam, tetapi hakikatnya makanan kegemaran ramai itu ada bahayanya.

Daging merah, yang terdiri daripada daging lembu dan kambing turut boleh menjadi antara faktor penyebab kanser serviks.

Lebih memburukkan keadaan apabila makanan ini mempunyai jumlah lemak dan kolesterol yang lebih tinggi berbanding daging putih, seperti ikan dan ayam.

Pengambilan daging merah dalam jumlah yang banyak dan kerap juga boleh meningkatkan risiko kenaikan berat badan dan obesiti.

Jika berat anda semakin naik, ini turut mendedahkan anda kepada barah rahim.

  1. Makanan diproses dan segera

Kalau ingin tahu jenis makanan diproses dan segera ini, paling mudah, junk food dan fast food yang selalu anda makan.

Ia sememangnya antara makanan yang sangat perlu dielakkan kerana menjadi penyumbang kepada kanser serviks.

Jika anda sukar untuk elakkan, mungkin boleh cuba kurangkan kekerapan pengambilannya dalam seminggu.

Sama ada makanan yang diproses atau makanan segera, kedua-duanya mempunyai kandungan lemak yang cukup tinggi.

Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertambahan berat badan yang akhirnya akan cenderung kepada barah rahim.

  1. Alkohol

Tabiat meminum alkohol sememangnya berpotensi menyumbang kepada beberapa jenis kanser

Walaupun minuman ini bukan faktor utama penyebab kanser serviks, tetapi pengambilan dalam jumlah yang berlebihan adalah tidak bagus untuk kesihatan.

Jika anda tidak dapat membuang tabiat minum alkohol, mungkin anda boleh sekurang-kurangnya mencuba untuk mengehadkan pengambilannya.

faktor penyebab kanser serviks

5. Kurang pengambilan sayur dan buah-buahan

Pengambilan sayuran dan buah-buahan yang kurang juga menjadi faktor penyebab kanser serviks.

Ini kerana sayuran dan buah-buahan adalah antara jenis makanan yang terkenal dengan pelbagai faedah untuk kesihatan.

Selain tinggi kandungan vitamin, mineral dan antioksidan, kebanyakan sayuran dan buah-buahan juga rendah kandungan kalori. 

Sudah tentu ia akan menyumbang kepada berat badan dan nilai BMI ideal.

Cegah barah rahim

Sememangnya, tidak terdapat bukti kukuh bahawa sesetengah makanan boleh menjadi faktor penyebab kanser serviks.

Tetapi dengan mengawal diet pemakanan harian anda, pastinya ia akan dapat mengurangkan risiko terdedah kepada masalah kanser serviks. 

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Penyakit kanser atau barah sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ketahui apa itu kanser, simptom, punca dan bila anda perlu berjumpa doktor.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

Anda nampak tahi lalat pelik pada badan anda? Jaga-jaga, itu mungkin tanda kanser kulit. Kesan kanser melanoma melalui 2 kaedah mudah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan pemergian Chadwick Boseman akibat kanser kolon. Jom ikuti artikel ini untuk tahu bahaya kanser jenis ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser Kolorektal, Kanser 02/09/2020 . 3 minit bacaan

MENGEJUTKAN! Kajian Kata Lelaki Yang Gemar Buat Seks Oral Berisiko Dapat Kanser

Tahukah kalian bahawa mungkin terdapat beberapa kesan buruk seks oral antaranya menyebarkan kanser? Ia juga dikatakan lebih berisiko kepada lelaki!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit pada payudara selepas menopaus

Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
hpv adalah

Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
pembengkakan prostat

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
penghidap penyakit barah

9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan