Ingatkan Senggugut, Rupanya Ini Tanda Kanser Rahim Yang Selalu Wanita Tersalah Pandang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kanser rahim merupakan jenis penyakit kanser yang lazim dialami oleh wanita di seluruh dunia. 

Tanda kanser rahim kadangkala sukar untuk dibezakan dengan gejala penyakit lain. 

Oleh sebab itulah penting bagi setiap wanita untuk lebih peka dan komited melakukan ujian pap smear.

Walaupun pap smear tidak digunakan untuk mendiagnosis kanser rahim, ia boleh menunjukkan keputusan tidak normal.

Artikel ini akan membincangkan perihal 15 tanda kanser rahim yang perlu diberi perhatian.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kanser yang lazim dialami oleh wanita yang sudah menopaus

kanser rahim

Purata usia bagi diagnosis kanser rahim adalah pada sekitar 60 tahun.

Jumlahnya meningkat saban tahun dan pelbagai jenis faktor risiko yang sering dikaitkan dengan kanser rahim.

Antaranya adalah:

  1. Alami haid pada usia awal (seawal 8 tahun).
  2. Menopaus pada usia yang agak lewat.
  3. Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
  4. Pengambilan makanan berlemak.
  5. Tidak pernah melahirkan anak.
  6. Ambil ubat tamoxifen untuk cegah atau rawat kanser payudara
  7. Ambil pil cegah kehamilan berasaskan estrogen.
  8. Mempunyai sejarah keluarga kanser usus besar (mutasi pada maklumat genetik yang sama).

Mereka yang menghidap kanser rahim kebiasaannya didiagnosis pada peringkat awal. 

Beberapa simptom yang timbul lazimnya akan mendorong wanita untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Ini bermakna, peluang untuk seseorang itu sembuh daripada kanser rahim tinggi.

Kanser rahim tidak mempunyai ujian saringan yang rutin seperti pap smear yang digunakan untuk menyaring kanser serviks.

Oleh sebab itulah penting untuk anda tahu berkenaan dengan tanda-tanda kanser rahim.

Pendarahan selepas menopaus

Apabila anda sudah menopaus, secara logiknya, anda tidak akan mengalami pendarahan melainkan jika ia disebabkan oleh punca lain seperti trauma dan kanser.

Pendarahan selepas usia menopaus merupakan tanda kanser rahim yang paling jelas.

Ia juga tanda yang sering mendorong pesakit untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan, justeru, kanser rahim boleh didiagnosis pada peringkat awal.

Artikel lain:

5 Fakta Tentang Menopaus Wanita Dan Lelaki Perlu Tahu

Jika pendarahan tersebut diambil mudah, kanser rahim boleh berkembang dengan cepat sehingga ke tahap 4.

Pada tahap tersebut, rawatan hanya berfokus pada aspek paliatif (rawat simptom untuk keselesaan pesakit).

Kitaran haid tidak normal juga tanda kanser rahim

Bukan semua wanita yang didiagnosis dengan masalah kanser rahim sudah menopaus.

Bagi yang belum dan didiagnosis dengan kanser ini, kitaran haid tidak normal merupakan salah satu gejala yang boleh dialami.

Ia bukanlah salah satu tanda kanser rahim yang mudah dikesan oleh populasi umum.

Perkara ini terutamanya jika anda memang mempunyai haid tidak teratur dalam kitaran pendarahan anda.

Aktiviti ovari terganggu dan ini menyebabkan masalah pada pendarahan yang berlaku ketika haid.

Anda boleh alami pendarahan yang banyak atau pendarahan di antara dua kitaran haid. 

Namun, anda perlu tahu bahawa bukan semua masalah haid tidak normal disebabkan oleh kanser. 

Sakit pada bahagian pinggul, tanda kanser rahim yang jarang berlaku

Selain daripada kanser serviks dan jangkitan kelamin, sakit pada bahagian pinggul semasa hubungan seks juga boleh disebabkan oleh kanser rahim.

Nmaun, ia bukanlah satu simptom yang lazim dialami.

Baca juga:

Ada Masalah Berkaitan Wanita? Ini 75 Doktor Pakar Sakit Puan Terkenal Di Malaysia

Ia tidak spesifik kepada simptom kanser. Pemeriksaan oleh doktor bertauliah penting untuk membezakan tanda kanser rahim dengan gejala masalah lain.

Hilang berat badan berlebihan tanpa diet 

Mereka yang mengalami masalah hilang berat badan walaupun tidak mengamalkan sebarang diet dan senaman, juga boleh didiagnosis dengan masalah kanser.

Cumanya, simptom ini terlalu meluas kepada pelbagai jenis kanser dan penyakit kronik.

Salah satu daripadanya adalah kanser rahim.

Jika anda mengalami simptom ini, jangan membuat anggapan yang bukan-bukan. Dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

Ia mungkin berpunca daripada masalah lain.

Tanda kanser rahim tidak spesifik

kanser rahim

Semakin lama masalah kanser ini berlarutan, semakin banyak simptom tidak spesifik yang akan timbul.

Ia boleh berlaku disebabkan oleh perubahan hormon atau fungsi organ yang terlibat dengan proses kanser rahim.

Sebagai contoh, mereka yang mengalami kanser rahim peringkat 4 boleh alami masalah sesak nafas sekiranya kanser sudah merebak ke peparu.

Gejala kanser rahim lain pada peringkat awal dan lewat kebanyakannya tidak spesifik.

Antaranya adalah:

  1. Kelesuan berpanjangan
  2. Loya
  3. Muntah
  4. Rasa seperti ada benda asing di bahagian pinggul
  5. Sakit di serata tubuh seperti badan, kaki dan belakang
  6. Kurang selera makan
  7. Kerap buang air kecil
  8. Rasa tidak selesa pada bahagian bawah abdomen, seakan senggugut
  9. Keluar cecair pada faraj
  10. Sakit ketika buang air kecil
  11. Keputusan pap smear tidak normal

Konklusi

Jika anda mengalami sebarang tanda yang telah disenaraikan, pastikan anda membuat pemeriksaan dengan kadar segera.

Diagnosis kanser rahim tidak boleh dibuat berdasarkan simptom semata-mata. 

Ia memerlukan pemeriksaan fizikal menggunakan peralatan ultrasound untuk mengimbas ketumbuhan tersebut.

Rawatannya bergantung kepada tahap kanser itu sendiri. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Proses kelahiran bayi adalah perkara normal. Ini yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia membantu berikan ketenangan kepada diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

Kenyataan ini mungkin sukar diterima, tapi para wanita senang terdedah dengan masalah kesihatan faraj atas beberapa faktor, ini termasuklah radang serviks.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Bagaimana Nak Faham Keputusan Ujian Pap Smear, Tak Normal Bermakna Ada Kanser Serviks?

Ujian saringan pap smear penting bagi mengesan kanser serviks. Walau bagaimanapun, keputusan tidak normal tidak bermakna anda mempunyai kanser tersebut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Hanya Ada SATU Tiub Fallopio? Jangan Putus Asa, Peluang Hamil Masih Ada! Ini Caranya

Benarkah wanita yang hanya memiliki satu tiub fallopio mempunyai peluang hamil yang rendah? Untuk mengetahui jawapannya, ikuti perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

barah payudara

Apa Itu Kanser Payudara : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
penyakit kanser

Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan
rahim jatuh

Nak Tahu Rahim Jatuh Atau Tidak, Caranya Hanya Guna Jari, Boleh Lakukan Sendiri?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
barah payudara

Kanser Payudara Sinonim Dengan Wanita, Tapi Remaja Perempuan Berisiko Juga Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan