backup og meta

Kerap 'Scaling' Gigi Untuk Dapatkan Senyuman Menawan? Baca Ini Dulu Sebelum Sesi Seterusnya..

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 19/07/2022

    Kerap 'Scaling' Gigi Untuk Dapatkan Senyuman Menawan? Baca Ini Dulu Sebelum Sesi Seterusnya..

    Kini, sudah ramai yang mula mengambil berat akan kesihatan mulut dalam masyarakat kita. Prosedur cuci gigi sudah tidak asing lagi untuk menyingkirkan karang gigi, bahkan banyak ditawarkan di klinik gigi kerajaan dan swasta. Akan tetapi, seberapa kerapkah prosedur ini harus dilakukan oleh anda? Jom ikuti artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu cuci gigi?

    Proses mencuci gigi ataupun scaling merupakan prosedur pembersihan plak gigi yang dilakukan oleh doktor gigi menggunakan alatan ultrasonik.

    Karang gigi ialah pembentukan dan pengumpulan plak yang mengeras pada permukaan gigi. Ia boleh menyebabkan gigi tampak kuning dan tidak bersih.

    Alat ultrasonik scaler akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi menjadi cebisan kecil di antara gigi.

    Selain itu, ia juga boleh membersihkan karang gigi pada garis gusi yang sukar dibersihkan menggunakan berus gigi.

    Semasa prosedur ini dijalankan, gusi boleh kelihatan bengkak, terasa ngilu bahkan berdarah. Hal ini kerana gusi dan gigi yang berkarang sedang menyesuaikan diri dengan proses tersebut.

    Apakah itu karang gigi?

    karang gigi

    Karang gigi atau plak gigi adalah gabungan lapisan nipis bakteria dan zarah makanan yang lembut, melekit dan tidak berwarna yang sentiasa terbentuk pada gigi.

    Bakteria yang terkumpul akan membiak dengan cepat dalam plak gigi dan mengakibatkan jangkitan pada gusi. Secara tidak langsung, gusi akan berasa sakit dan berdarah.

    Sekiranya plak gigi tidak dibersihkan dalam tempoh 10 hingga 14 jam dengan memberus gigi, ia akan berubah menjadi kalkulus atau tartar.

    Setelah dibentuk, kalkulus iaitu karang gigi tidak dapat disingkirkan dengan memberus gigi dan hanya boleh dibuang melalui prosedur scaling.

    Keperluan prosedur mencuci gigi

    cuci gigi

    Pembersihan gigi secara berkala oleh doktor gigi adalah penting untuk menyingkirkan karang gigi yang terus terbentuk walaupun dengan penjagaan gigi yang teliti.

    Pembersihan profesional merangkumi mencuci dan menggilap gigi. Cuci gigi adalah rawatan bukan pembedahan yang biasa dilakukan untuk membuang karang gigi yang telah dijangkiti kuman.

    Jika tidak dibuang, ia boleh membawa kepada penyakit periodontal atau gusi. Poket di antara gusi dan gigi akan menjadi lebih mendalam dan menyediakan persekitaran yang sempurna untuk bakteria tumbuh.

    Bakteria mula membiak dengan cepat dan akan menjangkiti lebih banyak gusi. Hal ini boleh menyebabkan kelarutan tulang yang menyokong gigi dan menjadikan gigi semakin longgar.

    Jika kejadian tersebut berlaku, rawatan akan menjadi lebih rumit untuk menyelamatkan gigi anda. Pembedahan gusi diperlukan untuk memastikan tisu di sekitar gigi sihat.

    Berapa kerapkah prosedur ini dilakukan?

    Pembentukan plak pada gigi adalah proses yang berterusan. Sekiranya ia tidak dibuang dengan memberus gigi, ia boleh membentuk karang gigi dengan lebih pantas.

    Individu yang berada dalam keadaan tersebut mungkin memerlukan pembersihan gigi berkala, setiap 6 bulan atau lebih.

    Namun, adalah lebih baik jikalau pemeriksaan gigi dilakukan secara rutin setiap 6 bulan supaya doktor gigi boleh memeriksa kesihatan mulut anda.

    Ramai yang beranggapan bahawa prosedur pembersihan karang gigi boleh melemahkan dan menghakis gigi tetapi ia salah sama sekali.

    Prosedur pembersihan gigi secara berkala boleh membantu mencegah penyakit gusi dalam jangka masa panjang.

    Baca juga:

    Risiko prosedur pembersihan gigi

    Selalunya, prosedur ini sangat selamat jika dijalankan oleh pakar gigi yang berpengalaman. Risikonya sangat rendah berbanding dengan prosedur yang lain.

    Namun, ia boleh menyebabkan bakteria berbahaya masuk ke dalam aliran darah melalui luka semasa prosedur ini.

    Selain itu, tisu gusi juga berisiko untuk dijangkiti kuman. Anda mungkin perlu mengambil antibiotik sebelum atau selepas prosedur jika mempunyai keadaan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.

    Kumpulan individu yang perlu mengambil antibiotik untuk prosedur ini termasuklah :

    Konklusi

    karang gigi

    Prosedur pembersihan karang gigi mudah untuk dijalankan dan boleh mengelak penyakit gusi daripada berlaku.

    Selepas melakukan prosedur tersebut, anda boleh terus menjaga kesihatan mulut anda dengan melakukan langkah-langkah berikut :

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 19/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan