Tanda-Tanda Amaran Penyakit Mental: Jangan Sembunyikannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Penyakit mental masih lagi menjadi stigma dalam kalangan masyarakat. Keadaan yang menjadi antara beban utama di peringkat global ini perlu dikesan awal agar rawatan yang efektif dapat diberikan.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk tidak menyembunyikan apa yang dialami. Jika perasaan dan keadaan tersebut terus disimpan seorang diri, lama-kelamaan ia akan memakan diri sendiri.

Untuk membantu penyakit dikesan awal, kenali tanda-tanda amaran penyakit mental.

1. Rasa sedih dan ingin menyendiri lebih daripada 2 minggu

Ini adalah antara tanda-tanda awal yang perlu dikenal pasti lebih-lebih lagi jika baru menghadapi peristiwa yang besar seperti kematian ahli keluarga atau menerima berita yang mengejutkan. Ia mungkin bukan sekadar ‘permainan perasaan’.

2. Mood tidak stabil sehingga menjejaskan hubungan

Perubahan mood adalah perkara biasa, terutamanya bagi wanita yang mengalami perubahan hormon setiap bulan. Namun, jika perubahan tersebut sampai mejejaskan hubungan, anda perlu lebih berhati-hati dan dapatkan pemeriksaan.

3. Rasa risau atau takut melampau sehingga menghalang aktiviti harian

Perasaan yang berlaku di luar kawalan itu mungkin disebabkan keadaan kesihatan mental tertentu.

4. Perasaan takut datang secara tiba-tiba

Antara petanda kepada gangguan panik adalah rasa takut yang datang secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.

5. Berfikir atau merancang ingin mencederakan atau membunuh diri sendiri

Ini sebenarnya adalah satu keadaan kecemasan kerana ia boleh membahayakan nyawa seseorang.

6. Hilang selera makan atau menggunakan ubat cuci perut untuk kurus

Berbeza dengan pemakanan yang terkawal, ia berlaku secara berlebihan sehingga boleh memudaratkan diri.

7. Hilang atau naik berat badan yang signifikan

Perubahan berat yang berlaku adalah di luar perancangan.

8. Mengambil risiko di luar kawalan diri

Contohnya, membawa kereta dengan laju sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.

9. Pengambilan dadah atau alkohol berlebihan

Salah satu jalan mudah yang diambil untuk melarikan diri daripada dibelenggu masalah dalam hidup. Masalah tersebut mungkin berpunca daripada penyakit mental.

10. Perubahan drastik pada tingkah laku, personaliti atau tabiat tidur

Contohnya, daripada seorang yang selalu ceria menjadi pendiam dan murung, selalu tidur dan megantuk di tempat kerja atau menjadi agresif secara tiba-tiba.

11. Susah memberikan fokus atau duduk diam

Sentiasa resah dan terlalu banyak perkara berlegar di dalam fikiran.

Jika anda sendiri atau mengenal pasti tanda-tanda ini pada ahli keluarga atau kenalan, sila dapatkan bantuan perubatan yang betul. Andai terdapat kekangan untuk terus bertemu doktor, maklumkan terlebih dahulu kepada orang dewasa atau kenalan yang dipercayai.

Lebih 1 daripada 4 rakyat Malaysia mengalami penyakit mental. Jangan simpan, luahkannya!

Video diambil daripada laman YouTube National Alliance of Mental Illness (NAMI)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Artis Tempatan Yang Pernah Alami Gangguan Mental, Nombor 3 Tu Tak Sangka!

    Seperti yang anda tahu, Haqiem Rusli pernah mengaku dalam satu sidang media bahawa dia mengalami kemurungan. Adakah benar dakwaannya itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 28/02/2020 . 4 minit bacaan

    Risau Kesedihan Anda Jadi Kemurungan? 7 Tip Mudah Ini Bantu Melancarkan Hari Anda

    Jika anda mengalami kemurungan atau depresi sejak akhir-akhir ini, cuba lakukan 5 tip mudah ini yang boleh bantu anda jalani kehidupan dengan lebih lancar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 26/02/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Meninggal, Suami Kahwin Lain PUNCA Wanita Ini Alami Kemurungan

    Kemurungan bukanlah satu penyakit mental yang mudah untuk dikenali. Baru-baru ini tular video wanita mengamuk kerana kereta ditunda. Kemurungankah itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Tempatan 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

    Adakah benar udara yang kita hirup ini boleh menjadi antara punca meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit mental kronik, skizofrenia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan personaliti

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    hoarding disorder

    Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bipolar

    Ketahui Bahaya Penyakit Bipolar Mania Terhadap Remaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan