Oleh sebab itu, anda perlu merancang beberapa jalan keluar yang boleh membantu diri anda saat rasa sedih itu tiba-tiba hadir dan membuatkan anda hiba.
Cuba fikirkan beberapa lokasi yang boleh anda pergi untuk menenangkan diri sekiranya anda tiba-tiba menangis. Sebagai contoh, di tandas atau di laluan tangga kecemasan.
Begitu juga ketika anda sedang bermesyuarat atau sebagainya, cuba untuk meninggalkan mesyuarat tersebut lebih awal jika anda perasan rasa sedih itu tiba-tiba hadir kembali sehingga boleh menyebabkan anda menangis.
3. Maafkan rakan sekerja anda

Saat anda pulang ke pejabat, rakan sekerja anda mungkin akan kurang berbual atau melayan anda dengan ceria seperti sebelum ini. Mereka mungkin kurang datang ke meja kerja anda untuk berbual sebentar seperti biasa.
Namun, kesemua ini bukanlah bermaksud mereka menjauhkan diri daripada anda. Anda tidak perlu berfikir secara berlebihan mengenai hal ini.
Ini kerana, rakan sekerja anda mungkin mahu menolong anda juga, tetapi tidak tahu cara yang paling tepat untuk melakukannya.
Mereka berasa risau jika sebarang tindakan atau kata-kata mereka akan menyinggung perasaan anda.
Mereka juga mungkin mahu memberikan anda ruang dan masa untuk menenangkan diri sehinggalah anda sendiri menegur mereka seperti biasa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen