Jangan Ambil Mudah Isu Gangguan Seksual, Ia Mungkin Akan Sebabkan Perkara Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap kali berbicara mengenai hal gangguan seksual, kita sering kali akan mengaitkannya dengan kecederaan pada aspek fizikal sahaja bukan?

Namun kita juga tidak boleh mengabaikan hakikat yang gangguan seksual turut mengakibatkan kecelaruan pada aspek mental mangsa!

Tanpa perlu ulasan yang lebih panjang, sudah pasti kita semua tahu bahawa ia akan membawa kesan yang negatif kepada mangsa.

Ingin tahu apa kesannya terhadap mangsa dari sudut kesihatan? Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Definisi gangguan seksual

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua faham definisinya terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu jenayah yang menjadikan seks sebagai senjata dan didorong oleh satu kemahuan untuk menguasai seseorang dengan sepenuhnya.

Ini termasuklah jenayah berat seperti rogol, liwat, cabul atau seks bawah umur meskipun atas dasar suka sama suka.

Kesannya, ia sudah pasti akan menjejaskan fizikal dan mental mangsa dan lebih teruk lagi mengakibatkan kematian.

Menurut satu anggaran yang pernah dibuat, kira-kira 1 per 4 wanita dan 1 per 10 lelaki pernah atau sedang mengalami gangguan seksual seumur hidup mereka.

Namun jangan pula kalian sangka yang ia hanya melibatkan paksaan sentuhan kulit ke kulit sahaja, terdapat beberapa jenis yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual:

  • Sentuhan terhadap bahagian sulit secara paksa
  • Renungan terhadap bahagian sulit secara sembunyi
  • Ungkapan yang berbaur atau berunsur lucah
  • Hantaran foto atau video lucah
  • Hantaran mesej atau suara lucah
  • Ajakan untuk melakukan aktiviti seksual
  • Mendedahkan alat sulit sama ada secara langsung atau atas talian (flasher)
  • Mengekori anda sama ada secara terang atau sembunyi (stalker)

gangguan seksual

Ia boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana

Gangguan seksual tidak pernah mengenal mangsanya, ia boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana sahaja.

Sama ada di rumah, sekolah, tempat awam ataupun tempat kerja juga wujud pemangsa seksual yang memang gila akan seks dan menunggu untuk mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Setiap golongan tanpa mengira jantina juga tidak terselamat; orang dewasa, warga emas, kanak-kanak atau ibu hamil berisiko untuk mengalaminya.

Ini kerana wujud macam-macam perangai manusia dengan pelbagai fantasi seks yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu mereka.

Antara isu yang paling biasa kita dapat lihat atau dengar adalah gangguan seksual di tempat kerja. Setuju?

Sekiranya majikan, pekerja atau rakan sekerja anda ada melakukan sebarang gangguan yang tidak menyelesakan anda, segera laporkan kepada pihak berkuasa di talian 999 atau balai polis berdekatan.

Kesan bahaya gangguan seksual terhadap mangsa

Tidak, jangan bersikap terlalu jumud dan hanya fikir kesannya terhadap fizikal sahaja malahan aspek mental juga perlu dititikberatkan.

Mangsa yang terlibat dengan gangguan turut akan mengalami gangguan jiwa.

seks

Fizikal

  • Masalah seksual
  • Serangan panik
  • Gangguan gastrousus
  • Gangguan tidur
  • Mimpi ngeri
  • Reaksi dermatologi
  • Berat badan tidak menentu
  • Sakit kepala yang meneruk
  • Lesu tubuh badan

Mental

  • Fobia
  • Depresi
  • Kemurungan
  • Kegelisahan
  • Kekeliruan
  • Ketakutan
  • Kemarahan
  • Hilang keyakinan diri
  • Penafian terhadap realiti
  • Pengasingan dari masyarakat

Di sini kita dapat lihat pelbagai kesan negatif yang boleh berlaku kepada tubuh badan seorang mangsa secara keseluruhannya.

Dapat disimpulkan bahawa kedua-dua aspek fizikal dan mental adalah lebih kurang sama berat dan akan menjejaskan kehidupan.

gangguan seksual

Jika digabungkan kesemua kesan ini, maka akan berlaku kerosakan yang teruk pada tubuh badan lantas menyebabkan kesan yang lebih dahsyat seperti bunuh diri.

Apa yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa?

Jika anda merupakan salah seorang mangsa atau saksi kepada gangguan seksual, jangan berdiam diri dan laporkan kepada pihak berkuasa segera!

Apa yang perlu dilakukan adalah:

Sekiranya anda takut, keliru atau diugut oleh pelaku, jangan hanya mendiamkan dan membenarkan perkara tersebut berterusan.

Sebaliknya, cuba beritahu orang yang rapat dengan anda seperti ahli keluarga atau sahabat karib untuk mendapatkan bantuan.

Gangguan seksual bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah oleh masyarakat kerana ia boleh berlaku pada sesiapa dan di mana-mana sahaja.

Akhir kata, jangan biasakan gangguan seksual ini berlaku dalam persekitaran anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat permainan seks

Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah kesuburan wanita

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan