Alami Burnout Sewaktu Bertugas? Ikuti 7 Tip Ini Untuk Bantu Anda Kurangkannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Petugas barisan hadapan bukan sahaja perlu berdepan dengan risiko jangkitan COVID-19 yang lebih tinggi, tetapi juga perlu melalui keletihan dan juga tekanan sehingga boleh menyebabkan gejala burnout.

Sindrom burnout juga boleh memberi kesan negatif kepada mereka yang bekerja dari rumah atau yang kerja lebih masa.

Namun apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan burnout ini?

Apakah itu sindrom burnout?

Pada 11th Revision of the International Classification of Diseases (ICD-11), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan burnout sebagai satu fenomena pekerjaan dan bukannya satu keadaan kesihatan.

Menurut ICD-11, burnout adalah sindrom yang dikonsepkan sebagai akibat daripada tekanan kerja kronik yang belum berjaya diuruskan.

Ciri-ciri burnout ada tiga iaitu:

  • Rasa hilang tenaga atau keletihan
  • Peningkatan jarak mental antara seseorang dengan pekerjaannya, atau perasaan negatif terhadap pekerjaan yang dilakukan
  • Kerja yang dilakukan semakin kurang efektif

Namun, sindrom burnout ini hanya merujuk kepada konteks pekerjaan sahaja, bukannya kepada aspek atau konteks kehidupan yang lain.

7 tip untuk kembalikan semula mood anda daripada sindrom burnout

barisan hadapan

#1. Kenal pasti tanda-tanda burnout

Tanda utama jika anda sedang alami burnout seperti berikut:

#2. Cari puncanya

Kenal pasti punca tekanan yang berlaku dalam kerja anda seperti beban kerja yang meningkat, mempunyai masalah dalam perhubungan atau menjaga seseorang yang mempunyai keadaan kesihatan yang kronik.

#3. Perubahan segera yang boleh dilakukan

Anda mungkin perlu mengurangkan beban kerja anda sedikit demi sedikit.

Menurut Barrie Sueskind, seorang ahli terapi di Los Angeles, mereka yang mempunyai impian yang tinggi untuk berjaya dalam karier lebih cenderung melakukan semua perkara dan kerja lebih masa.

Namun cara sebegini boleh menyerang anda semula jika tidak mempunyai sebarang tenaga atau kehilangan tenaga untuk melakukannya kelak.

Cuba untuk terima yang anda sememangnya tidak mampu untuk melakukan kesemuanya sendiri.

Sekiranya anda tahu tugas sedia ada yang anda pikul sekarang sudah banyak, jangan sesekali menambahkan tugasan lain kerana ia hanya akan membuatkan anda lebih stres dan tertekan

Artikel berkaitan:

#4. Luahkan kepada individu yang anda percaya

kerja lebih masa

Maklumkan kepada individu yang anda percaya atau sayangi supaya anda rasa sokongan dan tidak berseorangan.

Libatkan rakan rapat, ahli keluarga dan pasangan anda dalam mencari solusi burnout yang sedang anda alami. Ini juga pasti buat anda rasa lega.

#5. Lihat kepada pilihan yang ada

Mungkin sukar untuk mengenal pasti jalan termudah untuk kembali pulih. Namun, anda perlu mencari jalan. Atau, mungkin juga sudah tiba masa untuk anda mencari peluang pekerjaan baru yang benar-benar menghargai kebolehan anda. 

Artikel berkaitan:

#6. Kawal kembali diri anda

Apabila anda mengalami burnout, ada masanya anda akan berasa seperti tidak berdaya.

Ingat, anda masih mempunyai peluang untuk kembali memperbaiki keadaan yang sedang anda alami. Kawal diri anda semula dan mulakan langkah pengawalan semula.

Anda boleh mulakan dengan buat kerja mengikut prioriti, bahagikan tugas kepada individu lain, jangan bawa pulang kerja ke rumah dan nyatakan dengan jelas apakah keperluan anda dalam pekerjaan. 

#7. Tetapkan batasan tertentu

barisan hadapan

Jika anda dapat terlalu banyak komitmen kerja atau disuruh membantu kawan sekerja anda melakukan tugasan, pastikan anda melakukan perkara-perkara berikut terlebih dahulu:

  • Berhenti sebentar sebelum menerima tugas tersebut
  • Lihat kesemua perkara yang mungkin perlu anda lakukan sekiranya anda bersetuju
  • Tanya diri anda, adakah anda benar-benar mempunyai masa dan tenaga untuk melakukannya?
  • Pertimbangkan jika ia akan memberikan sebarang impak yang baik kepada anda

Ingat, anda bukanlah seorang yang malas atau mementingkan diri sendiri jika anda menolak pelawaan untuk melaksanakan tugas lain.

Penolakan tersebut bertujuan untuk melindungi kesejahteraan mental anda selain mengelakkan burnout.

Selain itu, ada beberapa langkah mudah yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi burnout semasa bertugas. Antaranya ialah:

Kesimpulan

Langkah-langkah atau strategi yang dinyatakan seperti di atas ini mampu membantu mengurangkan sindrom burnout ketika bertugas seperti petugas barisan hadapan dan mereka yang kerja lebih masa.

Ingatlah, walaupun kerja lebih masa menjanjikan habuan pangkat atau ganjaran kenaikan upah atau gaji, anda juga perlu memastikan kesihatan mental anda turut terjaga.

Cuba elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan sindrom burnout. Anda pasti boleh lakukannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Demensia adalah satu penyakit gangguan mental. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga penghidap penyakit demensia, cuba ajak mereka lakukan 5 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Individu Yang Kekurangan Vitamin B12 Berisiko Alami Masalah MENTAL? Bahaya Ini!

    Adakah benar kurang vitamin B12 dalam badan boleh menjadi punca kepada wujudnya masalah kesihatan mental? Artikel ini akan menjawab persoalan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    stres pasca trauma

    Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan personaliti

    Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan