backup og meta

Stres Bukan Semuanya Tidak Baik, Ada Yang Bagus Jika Rasa Tertekan, Ini Manfaatnya!

Stres Bukan Semuanya Tidak Baik, Ada Yang Bagus Jika Rasa Tertekan, Ini Manfaatnya!

Stres merupakan salah satu daripada masalah yang biasa terjadi kepada kita semua, tetapi ia sukar dikesan. Ini kerana ia bukan sesuatu yang boleh kita lihat pada fizikal.

Seandainya ia berlaku kepada seseorang itu, maka stres akan mengakibatkan mental penderita terganggu dan terjejas lantas membuat jiwa menjadi tidak tenteram.

Namun tahukah anda bahawa kadangkala terdapat juga kebaikan stres? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Rasa stres? usah dibiarkan sahaja!

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi sebenar kondisi ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, stres atau tekanan adalah satu keadaan yang berlaku apabila emosi seseorang itu sedang tertekan.

Dalam pada itu, terdapat 2 jenis stres yang utama iaitu:

  • Akut – Tekanan yang bersifat jangka masa pendek dan akan pergi secara sendiri dengan segera
  • Kronik – Tekanan yang bersifat jangka masa panjang dan sukar untuk hilang secara sendiri

Sama ada kalian mengalami jenis akut atau kronik, kedua-duanya sudah pasti akan membuat kehidupan seharian kalian menjadi kacau-bilau.

rasa stres

Apa sebab anda rasa stres?

Terdapat pelbagai punca stres yang wujud di dalam dunia ini dan tidak mampu ditulis oleh penulis kerana ia boleh berlaku sama ada secara sedar, separa sedar atau tidak sedar.

Antara sebab tekanan itu terjadi adalah pelbagai perkara yang membabitkan perasaan, persekitaran, pekerjaan, perhubungan, pemakanan, kewangan dan juga bahan kimia.

Penting untuk kalian mengenal pasti punca tekanan ini berlaku sebelum mencari kaedah mengurangkan stres yang paling sesuai untuk anda.

Apa kesan jika rasa stres?

Tekanan sememangnya akan memberi kesan yang sangat teruk kepada diri anda sama ada dari aspek mental dan juga fizikal jika dibiarkan begitu sahaja.

Antara istilah yang biasa dikaitkan dengan stres adalah burn out.

Buat anda yang mungkin baru pertama kali membaca atau mendengar istilah ini, ia adalah satu keadaan di mana tubuh badan anda sudah terlalu letih dan penat sehingga tidak mampu meneruskan apa-apa lagi.

Ia biasa terjadi kepada individu yang mengalami tekanan berlebihan dan berlanjutan sama ada secara sedar atau tidak sedar lantas menjejaskan tahap kesihatan mental serta fizikal mereka.

Pendek kata, tekanan memang berbahaya jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan susulan diterima penderita!

Kebaikan stres kepada individu

Tidak, kalian tidak salah membacanya kerana kadangkala kebaikan stres juga wujud tanpa kalian sedar! Berikut merupakan antara contohnya:

#1. Meningkatkan fungsi kognitif

Panik adalah sesuatu yang boleh dikatakan sangat negatif kerana ia akan membuat tubuh badan anda terasa sangat tertekan dengan sesuatu situasi berkaitan.

Namun cuba bayangkan jika tiba-tiba sahaja bos di pejabat anda meminta menyiapkan satu tugasan dan tarikh akhirnya adalah hanya sejam dari waktu itu.

Ini sudah pasti akan membuat kalian sangat tertekan namun apa yang memeranjatkan stres itulah yang akan membantu anda menyiapkan kerja terbabit.

Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Berkeley, stres mungkin boleh menyebabkan sel di dalam otak bekerja lebih pantas ekoran sistem kognitif yang terjana dengan lebih hebat.#

rasa stres

#2. Mengelakkan demam selesema

Percaya atau tidak, tekanan sebenarnya boleh menjadi sebagai salah satu pelindung tubuh badan daripada serangan penyakit yang biasa seperti demam atau selesema.

Ini kerana stres akan menggalakkan penghasilan bahan kimia bernama interleukins dalam tubuh badan yang berfungsi melawan jangkitan penyakit.

Namun ini bukanlah bermakna kalian perlu sengaja mendapatkan stres berlebihan hanya semata-mata kerana ingin mencuba untuk mengelak mendapat sakit ya?

#3. Stres membantu tumbesaran bayi kanak-kanak

Bayi perlu disediakan dengan nutrisi daripada makanan dan minuman agar mereka mampu membesar dengan lebih baik.

Selain itu, stres yang dialami oleh si ibu semasa sedang hamil juga dikatakan akan membuat anak mereka membesar dengan lebih cepat.

Aneh bukan? Menurut kajian John Hopkins pada tahun 2006, 137 ibu yang sedang hamil dan mengalami stres, akan melahirkan anak yang membesar lebih cepat pada usia 2 tahun berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh si ibu yang tidak stres!

Walau bagaimanapun, stres ketika hamil boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan lebih kecil dari biasa. Anak yang dikandung juga berisiko untuk menjadi obes.

#4. Membuat diri anda menjadi lebih kuat

Antara kebaikan stres yang sudah kita dengar adalah ia mampu membuat otak dan tubuh badan menjadi lebih kuat terutamanya dalam situasi yang memerlukan.

Bagaimana pula dengan jati diri kita? Ya, tekanan yang dialami semasa dalam usia muda sudah pasti akan membuat diri anda menjadi lebih kuat dewasa kelak.

Ini kerana anda mungkin akan mencipta satu kebiasaan dalam diri di mana tekanan itu hanya suatu perkara yang biasa dan boleh dihadapi dengan tenang sahaja.

Konklusinya, stres mungkin adalah negatif namun kalian jangan tidak tahu bahawa terdapat juga kebaikan stres ya?

Pun begitu, ini bukanlah bermakna anda semua perlu sengaja mendapatkan stres kerana itu adalah tidak bagus!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://medlineplus.gov/ency/article/003211.htm
  2. https://www.helpguide.org/articles/stress/stress-management.htm
  3. https://www.brainline.org/article/stress-management-how-reduce-prevent-and-cope-stress
  4. https://www.stress.org/the-good-stress-how-eustress-helps-you-grow
  5. http://www.ulifeline.org/articles/450-good-stress-bad-stress
  6. http://stanfordmedicine.org/communitynews/2012fall/stress.html

Versi Terbaru

13/02/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

Muda Lagi Tapi Rambut Dah Tumbuh Uban? Ini Sebab Stress Dan Banyak Berfikir Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan