“Jauh Sangat Dengan Tuhan, Sebab Tu Banyak Masalah”-Jangan Katakan Ini Pada Orang Depresi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Mudah sangat koyak”

“Alah, masalah kecik je pun. Tu pun nak tekanan bagai”

“Sikit-sikit nak tekanan, pastu jadi gila”

Biasa dengar ungkapan seperti ini? Atau anda merupakan salah seorang individu yang sering mengungkapkannya terhadap individu lain yang mengadu sedang mengalami masa-masa yang sukar. Kata-kata tersebut timbul daripada sikap mudah menghakimi orang lain dan tidak menganggap masalah yang dialami sebagai sesuatu yang serius. Sikap memerli dan merendah-rendahkan individu yang sedang bermasalah menjadi antara pemicu untuk kita mengatakan ungkapan tidak membina seperti berikut. 

Apa itu depresi?

Tahukah anda, setiap 40 saat akan terdapat seorang individu yang kehilangan nyawanya akibat bunuh diri? Kebanyakan kes bunuh diri ini berpunca daripada depresi atau kemurungan. Kadangkala, ungkapan kata seperti di atas akan membuatkan keadaan semakin teruk, yang pada akhirnya meragut nyawa.

Depresi atau kemurungan adalah satu keadaan kesihatan yang menyebabkan perasaan sedih melampau dan perasaan kehilangan minat terhadap sesuatu perkara. Ia memberi kesan secara negatif terhadap bagaimana seseorang itu rasa, fikir atau bertindak dan boleh menyebabkan pelbagai masalah fizikal atau mental. Ia turut mengurangkan kemampuan seseorang individu itu sama ada di rumah atau di tempat kerja.

Perkara-perkara yang tidak sepatutnya disebutkan kepada mereka yang sedang mengalami depresi

Jika anda berhadapan dengan individu yang mengalami depresi, elakkan daripada mengucapkan kata-kata di bawah:

  • “Sentiasalah positif”

Anda perlu memahami bahawa kesemua perkara yang kelihatan positif pada anda akan menjadi tidak masuk akal pada individu yang sedang mengalami kemurungan. Malah perkara yang kelihatan mengarut pada anda, mungkin itu yang akan dilakukan oleh mereka yang sedang mengalami masalah. Tambahan pula, anda sendiri juga mungkin tidak tahu apakah cara yang perlu dilakukan untuk kekal positif

  • “Janganlah fikir macam tu”

Kata-kata ini seperti menidakkan kebenaran mengenai apa yang mereka fikirkan. Pada anda, ia mungkin salah, tetapi tindakan mengatakan bahawa ia adalah sesuatu yang salah, tidak akan membuatkan mereka berfikir dengan rasional. Mereka mungkin tidak bersependapat dengan idea dan pemikiran anda. Ia seolah-olah menegur mereka bahawa mereka melakukan kesalahan disebabkan berfikir dengan cara yang sedemikian.

  • “Kenapa nak rasa murung bagai”

Ini merupakan antara kesilapan kata-kata yang perlu anda elakkan. Mengapa? Kerana mereka yang kemurungan ini juga tidak mengetahui mengapa mereka menjadi murung. Ia seolah-olah bertanyakan soalan kepada seseorang yang sememangnya tiada jawapan untuk diberikan. Mereka juga tidak mengetahui bagaimana untuk keluar daripada permasalahan yang sedang mereka alami. 

  • “Buatlah sesuatu untuk buatkan kau rasa lebih baik”

Pada kebiasaannya, mereka yang sedang mengalami masalah atau kemurungan akan hilang minat untuk melakukan banyak perkara. Mereka tidak minat untuk diganggu, letih, tiada tenaga dan hanya mahu melakukan sesuatu yang boleh melupakan masalah mereka seperti tidur. Mereka berkemungkinan akan berasa lebih tertekan jika anda sering menyuruh mereka untuk melakukan sesuatu. 

  • “Orang lain pun ada masalah yang lagi berat daripada kau. Bersyukurlah sikit”

Mudahnya berkata-kata seperti itu. Tapi, tidak semudah menanggung beban masalah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Di saat mereka sedang mengalami masa yang beremosi, perbandingan seperti ini hanya akan membuat mereka berasa malu seolah-olah kita mempertikaikan keupayaan mereka dalam menghadapi masalah. Perasaan kecil hati yang dirasakan oleh mereka hanya akan membuatkan mereka bertindak menjauhi kita.

  • “Cuba lebih kuat lagi”

Bagaimana anda tahu sama ada seseorang itu telah berusaha bersungguh-sungguh atau tidak menguruskan masalah yang dialami? Ia tidak mudah untuk diukur. Jika pada anda usaha tersebut tidak cukup kuat, namun mungkin pada individu lain, ianya telah berada pada tahap tertinggi had kemampuan mereka. Perlu diingat bahawa kemampuan setiap individu adalah berbeza, dan ia sangat tidak adil untuk membandingkan kemampuan anda dengan orang lain. Ungkapan kata-kata seperti ini hanya akan membuatkan individu yang mengalami kemurungan berasa lebih mudah untuk berputus asa dan tidak meletakkan sebarang harapan yang positif.

  • “Cerialah sikit”

Ini mungkin dianggap sebagai cara yang selamat untuk menggembirakan mereka yang sedang mengalami kemurungan. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh memaksa otak mereka untuk menghasilkan lebih banyak serotonin untuk menjadikan mereka kembali gembira. Jika kata-kata ini benar-benar berkesan, sudah tentu ramai individu yang mengalami kemurungan akan kembali ceria dengan mudah.

Kesimpulannya, cara kita melihat dunia adalah berbeza bagi setiap individu. Ramai yang meraikan perbezaan pendapat jika terdapat pertelagahan dalam sesuatu situasi, tetapi tidak ramai yang mampu memberikan sokongan kepada mereka yang sedang mengalami kemurungan. Kita dengan mudah cenderung untuk menyatakan kesimpulan awal kepada mereka yang bermasalah bahawa mereka tidak cukup kuat, lemah atau tidak bersifat positif. Sikap ini jelas menunjukkan bahawa kita kurang memiliki sifat empati dalam memahami apatah lagi membantu mereka yang memerlukan sokongan mental ini. Oleh itu, jangan sesekali menggunakan kata-kata yang memerli atau merendahkan individu lain kerana setiap daripada kita mempunyai kemampuan dan keunikan yang berbeza. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

    Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Walaupun ketika kehidupan harian seperti tiada maknanya, percayalah masih ada cara untuk menyelesaikan masalah melanda dan mengatasi keinginan bunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Emosi menimang cahaya mata baru memang bercampur-baur. Hati-hati para ibu, kesan kemurungan boleh memudaratkan perkembangan bayi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pokok dalam rumah

    Stres Kena WFH? Apa Kata Letakkan Indoor Plant, Ada Kebaikan Untuk Kesihatan Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    tidur berlebihan

    AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    selepas kelahiran bayi

    Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan