6 Kesilapan Lelaki Dalam Rumah Tangga

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Sebenarnya, kadang-kadang lelaki tidak sedar kesalahan yang mereka lakukan sehingga isteri atau seseorang mengingatkannya. Dan malangnya, lelaki melakukan kesilapan dalam rumah tangga bukan hanya sekali.

Jika anda mengalami masalah dalam hubungan anda, sebaiknya anda ubah tabiat buruk ini untuk membuat perubahan besar kepada pasangan anda, yang bukan sahaja baik untuk perkahwinan anda tetapi juga kesihatan anda dan juga isteri.

Tekanan biasa berlaku dalam hubungan walaupun atas sebab-sebab yang berbeza. Apabila pasangan mendapatkan rawatan, tekanan ini telah menyebabkan ketakutan atau kekecewaan di kalangan kedua-duanya.

Berikut adalah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh lelaki, bagaimana anda boleh merealisasikannya, dan yang paling penting apa yang anda boleh lakukan untuk memperbaikinya.

Tidak menunjukkan empati

Empati – keupayaan untuk menyedari dan berkongsi emosi – adalah bahagian yang penting dalam setiap hubungan. Secara umumnya, wanita adalah lebih baik dari sudut ini berbanding lelaki. Wanita mahu difahami. Oleh sebab itu, mereka sangat sensitif jika lelaki tidak mengendahkan tanda-tanda pada diri mereka. Selain mendengar, lelaki cenderung untuk pergi ke mod mencari penyelesaian. Itulah masalahnya.

Contohnya, jka isteri memberitahu suami bahwa dia terasa diabaikan, apa yang isteri mahukan pada ketika itu adalah supaya suami memahami emosinya, bukannya bercakap tentang fakta.

Perbelanjaan yang tidak terkawal

Membuat pembelian besar seperti membeli kereta baru tanpa merujuk kepada pendapat isteri anda adalah perkara yang tidak boleh diterima. Lebih malang lagi ialah lelaki melakukannya lebih daripada sekali.

Mengapa? Sengaja atau tidak sengaja, lelaki kerap menyifatkan diri mereka pada kedudukan ketua dalam rumah tangga. Walau bagaimanapun, hubungan jangka masa panjang terletak pada berkongsi dalam memimpin.

Mementingkan diri sendiri dari sudut seksual – atau tidak sedar

Di atas katil, sesetengah lelaki tidak ingat atau tidak sedar bahawa isteri mereka kerap memerlukan lebih daripada yang mereka lakukan untuk terangsang. Kasih sayang, membuat dia rasa disayangi dan berharga – ia adalah sangat penting untuk membuat mereka terangsang. Lelaki yang berpengalaman boleh melihat, tetapi orang-orang muda gagal melihatnya. Lelaki menganggap bahawa hubungan seks sudah mencukupi untuk menjadi rapat dan membina hubungan. Satu perkara yang lelaki perlu tahu adalah wanita inginkan hubungan sebelum mengadakan hubungan seks.

Mendengar dengan cara yang salah

Mendengar – tidak bermakna mengangguk-angguk apabila isteri anda cuba untuk mentafsir apa yang menyebabkan kedua-dua pasangan berkelahi – adalah memikirkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini. Lelaki cenderung untuk menganalisis keadaan dan memberikan pilihan. Itulah yang boleh menyebabkan isteri anda menjadi marah.

“Apa yang isteri anda paling inginkan adalah untuk membincangkan sesuatu dengan terus-terang, dan dia mahu anda untuk terlibat secara aktif dalam perbualan, bukan dengan cuba untuk menjadi wira dan menyelesaikan masalah tetapi dengan menunjukkan minat dalam apa yang dikatakannya dan mengambil berat tentang apa yang dia sedang alami,” kata Vanderhorst.

“Ia bukan sesuatu yang pasif,” kata beliau. “Mendengar untuk membina hubungan adalah proses yang aktif.”

Menyimpan perasaan anda

Mendengar luahan isteri anda mengenai perasaan beliau adalah penting. Begitu juga bercakap tentang diri anda sendiri.

Ramai lelaki, walau bagaimanapun, berpendapat bahawa mereka perlu menyembunyikan perasaan agar tidak dilihat sebagai lemah. Itu adalah cara fikir yang salah.

Menyimpan perasaan anda boleh menjadi tekanan bagi isteri anda. Maslow berkata. “Wanita merasakan seperti kehilangan hubungan rapat yang dia mahu dengan suaminya. Apabila suaminya menyendiri, isteri berasa seperti ditinggalkan.”

Maslow mengakui bahawa bukan mudah untuk membuatkan lelaki berkongsi perasaannya tetapi beliau juga mengatakan ia menunjukkan kekuatan seorang lelaki “Semakin membesar, seorang lelaki merasakan bahawa dia tidak boleh membiarkan orang lain tahu apabila dia sedang takut. Tetapi berkongsi adalah berisiko, dan memerlukan keberanian.”

Mengambil alih kuasa

Lelaki mempunyai kecenderungan untuk berkuasa. Mereka cuba mendapatkan apa yang mereka mahu dengan mempengaruhi orang lain. Tetapi ia bukan tentang cuba untuk menguasai wanita. Wanita akan pergi jika dia terperangkap dalam keadaan itu.

Dia mengatakan bahawa “kedudukan berkuasa” yang lelaki sering meletakkan diri mereka di dalamnya menafikan sebuah hubungan, yang seharusnya menjadi saling memberi, menyokong, dan menyanyangi. “Diri kita yang terbaik muncul dalam konteks hubungan kita dengan orang lain dan bukan sebagai entiti bebas,”kata beliau.

Wanita juga berkongsi pandangan beliau kepada pasangannya untuk mendapatkan perkahwinan yang terbaik seperti yang diharapkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita, Jangan Stres Stres! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!

    Kaum Hawa, adakah anda tertanya-tanya tencang cara mengatasi stres yang terbaik? Jangan runsing lagi, kami jawab semuanya sempena Hari Wanita Sedunia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

    Makanan tidak berkhasiat sememangnya boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi teruk. Oleh sebab itu kita perlu peka terhadap khasiat makanan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Pemakanan Sihat Lain 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Adakah Penggunaan Ginseng Boleh Bantu Pesakit Diabetes Kawal Paras Gula Dalam Darah?

    Ramai yang sedar akan khasiat ginseng. Ia adalah salah satu tumbuhan herba yang popular di seluruh dunia. Namun, adakah ia baik untuk diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diabetes Jenis 2 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Alah Terhadap Vaksin COVID-19? Itu Tidak Bermaksud Anda Tak Perlu Ambil Suntikan Dos Kedua!

    Tidak mustahil jika ada yang mengalami reaksi alergi terhadap vaksin COVID-19. Namun, apa yang berlaku jika anda tidak boleh mengambil vaksin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 05/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kaki panjang sebelah

    Kaki Pendek Sebelah Punca Anda Tempang? Ada Juga Gejala Lain Yang Boleh Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    kes bunuh

    Lelaki Berisiko 3 Kali Ganda Bunuh Diri Sepanjang Wabak COVID-19, Ini Tip Nak Cegah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    hari wanita sedunia

    4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
    jenis sakit mata

    10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan