Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sekiranya anda adalah seorang peminat tegar drama Jepun, nama Yuko Takeychi pasti sering didengar dan dilihat di kaca televisyen.

Malangnya, pelakon yang popular menerusi drama ‘Asuka’ pada sekitar tahun 2000 ini telah meninggal dunia di pangsapuri miliknya.

Setelah disiasat, dipercayai bahawa mendiang telah membunuh diri atas sebab yang masih belum dapat disimpulkan pihak berkuasa.

Hakikatnya, kes bunuh diri di Jepun memang agak tinggi jika dinilai daripada statistiknya. Kenapa?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih lanjut!

Jepun & kes bunuh diri

Jepun adalah salah sebuah negara yang paling maju di dunia dengan teknologi dan maklumat setanding dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China.

Mereka juga dikenali sebagai antara negara yang sangat bersih, tekun serta kreatif dan sebab itulah pernah wujud Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun tersembunyi satu hakikat menakutkan di sebalik kegemilangan negara ini iaitu statistik kes bunuh diri adalah sangat tinggi!

Pada tahun 2014, kira-kira 25,000 penduduk negara itu telah bertindak mengambil nyawa sendiri.

Angka ini adalah bersamaan dengan 70 orang setiap hari dan majoriti daripada mereka adalah lelaki.

Ini menjadikan negara matahari terbit ini berada di tempat kedua kadar kes bunuh diri di belakang Korea Selatan.

Meskipun mereka bukanlah merupakan negara yang berada di kedudukan utama, namun kes bunuh diri di Jepun adalah 3 kali ganda dari negara-negara di United Kingdom.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat satu hutan di Jepun yang dikenali sebagai hutan bunuh diri!

Hutan bunuh diri di Jepun

hutan bunuh diri

Tahukah anda bahawa di negara itu wujud satu hutan bernama Hutan Aokigahara yang turut dikenali dengan nama Hutan Bunuh Diri?

Ia adalah satu kawasan hutan berukuran 32 kilometer persegi dan terletak di sekitar kawasan kaki Gunung Fuji.

Pada awalnya, hutan yang mempunyai banyak gua ais dan batu indah ini adalah satu kawasan pelancongan popular.

Pun begitu, populariti hutan ini semakin meningkat dalam cara yang tidak patut kerana semakin banyak kes bunuh diri telah dilakukan di sini.

Pada tahun 2003, pihak berkuasa di negara itu telah menemukan 100 mayat dipercayai membunuh diri dengan menggantung leher sendiri.

“Ramai orang yang datang ke Hutan Aokigahara dipercayai dengan niat untuk membunuh diri sendiri akibat tertekan dengan kehidupan dalam kemiskinan,” jelas pegawai kerajaan Yamanashi, Imasa Watanabe.

Apa punca kes bunuh diri di Jepun tinggi?

Dalam budaya tradisi negara matahari terbit ini, wujud satu istilah purba iaitu ‘Harakiri’ atau ‘Seppuku’ yang merupakan satu prinsip untuk mereka mencabut nyawa diri sendiri.

Pada zaman dahulu, ia dilakukan oleh para Samurai demi maruah diri dan keluarga namun telah diikuti oleh orang biasa sehingga sekarang!

Dalam pada itu, mari kita lihat apa punca kes bunuh diri di negara ini adalah tinggi menurut Pakar Psikologi Wataru Nishida dari Tokyo’s Temple University.

#1. Isolasi

Isoloasi atau pengasingan sosial adalah penyebab utama stres dan depresi yang seterusnya akan membawa kepada perbuatan membunuh diri.

Dalam kebanyakan kes yang melibatkan warga emas, ia adalah disebabkan oleh anak-anak mereka yang tidak menjaga dan mengabaikan orang tua mereka.

#2. Tiada kepercayaan agama

Kebanyakan individu di negara ini bukan penganut agama yang kuat dan disebabkan itu mereka percaya bahawa membunuh diri bukanlah satu dosa.

Sebaliknya, mereka mungkin beranggapan bahawa ia adalah satu cara untuk menebus maruah atau bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan.

bunuh diri

#3. Tiada tempat untuk mengadu

Dalam budaya masyarakat negara ini, mereka diajar untuk tidak langsung mengadu sebarang masalah kepada individu lain baik ahli keluarga atau sahabat handai.

Disebabkan itu, mereka tiada tempat untuk mengadu lantas membuat mereka tiada jalan lain untuk keluar dari belenggu hidup kecuali dengan membunuh diri sendiri.

#4. Masalah kewangan kritikal

Menurut Ken Joseph dari Japan Helpline, warga emas yang mempunyai masalah kewangan kritikal cenderung membunuh diri bagi mengelak daripad dibelenggu masalah ini.

Ini kerana mereka beranggapan bahawa ia akan menyelesaikan masalah hanya dengan wang insurans yang diterima oleh ahli kelurga mangsa kelak.

Bunuh diri akibat hikikomori

Buat anda yang terfikir dan tertanya-tanya, hikikomori ini adalah satu kondisi di mana seseorang itu mengasingkan diri daripada masyarakat berbulan atau bertahun lamanya.

Mereka hanya duduk diam di dalam sebuah rumah atau bilik dan tidak mahu berjumpa serta bertegur dengan orang luar akibat beberapa faktor tertentu.

Pada tahun 2010, dianggarkan kira-kira 700,000 individu berusia lingkungan 30-an menjalani hidup dengan kondisi hikikomori ini!

Akibatnya, mereka tiada interaksi sosial dan akan menyebabkan mereka memasuki fasa isolasi sosial yang merupakan antara faktor bunuh diri yang utama.

Konklusinya, kes bunuh diri di Jepun adalah tinggi dan ia wajar dijadikan panduan serta pedoman agar kita semua tidak mencontohi perkara ini.

Ketahuilah bahawa masih ada jalan keluar daripada sebarang masalah selain membunuh diri sendiri. Dapatkan bantuan dan rawatan pakar sebelum terlambat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

Walaupun ketika kehidupan harian seperti tiada maknanya, percayalah masih ada cara untuk menyelesaikan masalah melanda dan mengatasi keinginan bunuh diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

Demensia adalah satu penyakit gangguan mental. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga penghidap penyakit demensia, cuba ajak mereka lakukan 5 perkara ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
gangguan personaliti

Gangguan Sakit Jiwa Ini Adalah Antara Yang PALING SUKAR Dikesan & Dirawat, Cuba Periksa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
bahaya stress ketika mengandung

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan mental

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan