Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sepanjang wabak virus korona baharu (COVID-19), ramai individu yang mengalami tekanan perasaan dan tidak kurang juga, ramai yang disahkan murung,

Implikasinya terhadap tahap kesihatan seseorang sering menjadi tumpuan pakar di seluruh dunia.

Malah, Menteri Kewangan di sebuah negeri di Jerman, Thomas Schaefer yang berusia 54 tahun, turut membunuh diri ekoran kerisauannya terhadap tahap ekonomi sepanjang wabak pandemik.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa tindakan seseorang yang stres sehingga membawa kepada bunuh diri boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran.

Bahkan, jika kita boleh mengubahsuai pemboleh ubah tertentu, jumlah kes bunuh diri boleh menurun berikutan penurunan pada faktor yang mempengaruhi peningkatan risiko pesakit.

Di Jepun sebagai contoh, menurut laporan berita, kadar bunuh diri di negara tersebut telah mengalami penurunan sebanyak 20% pada bulan April.

Namun, tidak banyak kajian yang pernah dijalankan bagi menerangkan apa yang sebenarnya berlaku sepanjang wabak melanda.

Kes positif COVID-19 kini sudah menjangkiti lebih daripada 5 juta individu di seluruh dunia.

Di Malaysia, catatan kes adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

293,698

Disahkan

9,196

Sembuh

1,100

Kes Kematian
Peta sebaran

Percanggahan pendapat mengenai stres bunuh diri di seluruh dunia

Gambaran penuh berkenaan dengan kes bunuh diri dan wabak pandemik sukar untuk dibuat memandangkan tindakan membunuh diri boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Masih tiada lagi bukti yang jelas menunjukkan peningkatan kes ini sepanjang wabak pandemik melanda adalah disebabkan oleh wabak itu sendiri.

Pelbagai jenis punca perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum membuat konklusi berkenaan dengan mengapa ia berlaku.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pernah membuat andaian bahawa perintah berkurung boleh menyebabkan individu stres dan meningkatkan kadar bunuh diri.

Malah, beliau beranggapan bahawa perintah berkurung yang merupakan alternatif bagi menghalang penularan virus COVID-19 boleh memberikan implikasi teruk berbanding dengan jangkitan virus itu sendiri.

stres bunuh diri

Anda mungkin berminat:

Melalui kesimpulan tersebut, beliau menganggar, kematian akibat bunuh diri akan melebihi jumlah mereka yang mati disebabkan COVID-19.

Walau bagaimanapun, situasi berbeza dengan apa yang berlaku di Jepun. Di Asia, Jepun merupakan salah sebuah negara dengan kadar bunuh diri tertinggi.

Namun, melihat kepada statistik kes pada April tahun ini dengan tahun lepas, penurunan sebanyak 19.8% merupakan dapatan positif daripada perintah berkurung yang dilaksanakan.

Oleh sebab tidak banyak kajian yang dilakukan bagi menyiasat fenomena ini, pelbagai jenis spekulasi timbul bagi mengadili penurunan kes tersebut.

Jenayah buli di sekolah dan di tempat kerja menurun, begitu juga kes stres bunuh diri

Jenayah buli lazim berlaku di sekolah dan di tempat kerja di seluruh dunia.

Di Jepun, kaji selidik nasional yang dibuat di antara tahun 2013 hingga 2015 telah menunjukkan 32 hingga 51% murid sekolah (lelaki dan perempuan) telah dibuli.

Perkara ini boleh menyebabkan kesan psikologi negatif jangka masa panjang dan masalah mental seperti keresahan dan kemurungan.

Sepanjang wabak pandemik berlaku, perintah berkurung telah menyebabkan penutupan sekolah, universiti dan sektor pekerjaan bukan kritikal.

Perkara ini menyebabkan kadar buli dan kes bunuh diri menurun.

Anda mungkin berminat:

PKP Buat Kemurungan: Rawat Ia Bukan HANYA Dengan Ubat, Tapi Cuba 6 Cara Ini Juga!

Yasuyuki Shimizu, pengasas kepada organisasi penghindaran bunuh diri tidak berkeuntungan, Lifelink, turut bersetuju dengan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, faktor lain seperti semangat kekitaan dan solidariti semasa wabak berlaku turut boleh menjadi punca kepada penurunan kes tersebut.

Pelbagai jenis kempen atas talian seperti #stayathome dan sebagainya menggambarkan kerjasama di antara setiap pihak dalam membendung wabak.

Namun begitu, jika ikatan tersebut tidak berpanjangan, kes bunuh diri boleh melonjak tinggi kembali.

Sebagai contoh, ketika fenomena gempa bumi, tsunami dan nuklear pada tahun 2011 di Tohoku, Jepun, jumlah kes bunuh diri menurun.

Namun 2 bulan selepas itu, kadar kematian akibat stres bunuh diri meningkat.

Perkara ini jelas menunjukkan kepentingan aspek sosial dalam memastikan kesihatan mental berada pada tahap optimum.

Tekanan jiwa, keluarga dan wabak pandemik virus korona baharu

stres bunuh diri

Tidak dapat dinafikan, anda akan berasa selamat jika bersama dengan keluarga.

Di Jepun, bagi sesetengah individu, sekolah merupakan tempat yang boleh memberikan tekanan.

Oleh sebab sekolah telah ditutup pada bulan April, maka tekanan perasaan tersebut kurang berbanding dengan bulan sebelumnya.

Namun begitu, lambat-laun, kerajaan Jepun perlu mencari jalan untuk membuka kembali sektor ekonomi bukan kritikal dan sistem pendidikan negara.

Jadi, adakah kes bunuh diri akan melonjak naik setelah perkara tersebut berlaku?

Spekulasi berkaitan dengan penurunan dan pengurangan kes bunuh diri masih spekulasi tanpa kajian.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa ikatan sosial antara manusia boleh mempengaruhi kesihatan mental individu terlibat.

Masih terlalu awal untuk kita membuat andaian berkenaan dengan apa yang berlaku di Jepun.

Namun, faktor kehilangan pekerjaan dan sumber kewangan boleh menyebabkan peningkatan pada jumlah kes ini secara global.

Perkara tersebut tidak seharusnya dipandang ringan!

Konklusi berkaitan penurunan kes sepanjang wabak COVID-19

virus korona baharu

Masih tiada lagi bukti saintifik melalui kajian berkenaan dengan hubungan di antara kes bunuh diri dan wabak pandemik virus korona baharu.

Sama ada ia menjurus ke arah kesan negatif atau positif hanyalah berdasarkan spekulasi setakat ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Masih Lagi Berkisar Vaksin COVID-19, Mana Satu Keluaran Yang Lebih Baik; Moderna Atau Pfizer?

Bukan dua sahaja, lebih daripada 10 vaksin virus korona baharu (COVID-19) keluaran syarikat terkemuka di seluruh dunia telah dihasilkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 02/02/2021 . 3 minit bacaan

Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

Selain bersiar-siar, bagaimana pula jika anda gunakan strategi makanan penghilang stres? Adakah makanan hilangkan stres ini betul-betul berkesan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 21/01/2021 . 3 minit bacaan

Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

Kita semua sudah sedia maklum kerajaan Malaysia masih sedang menunggu vaksin virus korona baharu COVID-19 yang bakal dihantar oleh syarikat...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baru cina

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
fungsi hand sanitizer

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan