Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Walaupun ketika kehidupan harian seperti tiada maknanya, percayalah masih ada cara untuk menyelesaikan masalah melanda dan mengatasi keinginan bunuh diri. 

Usah mengambil keputusan terburu-buru.

Terfikir mahu bunuh diri?

Walau berapa banyak pun kesakitan yang anda alami sekarang, anda tidak sendirian. 

Hakikatnya, sebahagian besar daripada kita sememangnya akan mempunyai pemikiran atau keinginan untuk mencabut nyawa sendiri pada waktu-waktu tertentu dalam kehidupan harian ini. 

Perasaan yang dirasai itu bukan bermakna anda mempunyai masalah dengan keperibadian atau perwatakan diri

Ia tidak bererti anda gila, lemah mahupun cacat. Tetapi ia bermaksud bahawa anda sedang melalui pelbagai kesakitan dalam kehidupan. 

Pun begitu, dengan sokongan dan masa yang sesuai perasaan itu pasti akan dapat diatasi dan keinginan untuk bunuh diri hilang daripada fikiran. 

Kehidupan harian yang menyakitkan

Masalah tekanan dan gangguan kemurungan yang dialami serta berasa putus harapan sering kali menjadi faktor pendorong kepada wujudnya rasa ingin membunuh diri. 

Seperkara perlu anda ketahui, tekanan dan kemurungan yang melanda boleh diubati dan harapan dalam kehidupan seharian boleh dicari.

membunuh diri

Tidak kira apa pun situasi yang anda alami sekarang, masih ada individu yang mengharapkan kehadiran anda dan wujud tempat untuk anda lakukan perubahan.

Malahan, ada pengalaman hidup yang harus dikenang agar anda sedar betapa bernilainya kehidupan ini. 

Untuk mencabut nyawa sendiri pun memerlukan keberanian, kan?

Jadi mengapa tidak digunakan keberanian itu untuk berdepan dengan cabaran kehidupan harian dan belajar mengatasi tekanan dan kemurungan.

Mengapa wujud keinginan untuk bunuh diri?

Pelbagai keadaan berkaitan kesakitan emosi boleh menyebabkan pemikiran sebegini. 

Sebab-sebab kesakitan ini adalah unik dan berbeza bagi setiap individu. Malahan, kemampuan untuk mengatasi keadaan tersebut juga berlainan bagi kita semua. 

Pun begitu, terdapat beberapa penyebab umum yang dapat menyebabkan seseorang individu untuk mempunyai pemikiran dan kemahuan untuk mati.

  • Hanya 1 pilihan yang ada

Keadaan ini umumnya berlaku kerana minda seperti dihalang untuk melihat penyelesaian lain yang lebih baik. 

Ini sekali gus menyebabkan anda hanya melihat membunuh diri sebagai jalan terbaik.

  • Krisis tidak berkesudahan

Anda mungkin berasakan seakan tiada lagi peluang untuk sinar kebahagiaan dalam kehidupan harian anda. Tetapi percayalah, apa yang berlaku itu hanya sementara. 

Penyelesaian akan dapat ditemui, perasaan akan berubah dan perkara positif yang tidak dijangka pasti akan berlaku. 

Ingatlah bahawa bunuh diri bukanlah 1 keputusan terbaik untuk apa jua masalah.

kehidupan harian

  • Tiada penyelesaian

Mungkin anda sudah putus harapan dengan segala masalah yang bertalu-talu menghantui hidup dan terfikir untuk menamatkan nyawa sendiri. 

Bertenang dan yakinlah bahawa ada penyelesaian bagi setiap masalah yang menimpa. Kuncinya, jangan berputus asa. 

Bertenang! Dan lakukan 5 langkah ini

Jika anda masih mempunyai rasa dan keinginan untuk mati, cuba tenangkan diri anda. 

Bersempena Hari Pencegahan Membunuh Diri Sedunia yang disambut pada setiap 10 September setiap tahun, kami sarankan anda untuk mencuba 5 langkah di bawah. 

#1: Berjanji untuk tidak melakukan sebarang tindakan melulu

Walaupun anda berdepan pelbagai masalah dan kesakitan emosi, berikan jarak antara pemikiran dan tindakan. 

Janji pada diri sendiri, “Saya akan menunggu 24 jam dan tidak akan melakukan sesuatu yang drastik selama masa itu.” Atau, mungkin boleh menunggu sehingga tempoh seminggu.

Fikiran dan tindakan adalah 2 perkara berbeza – pemikiran tidak semestinya harus menjadi kenyataan. 

Tiada tarikh akhir dan tidak ada individu yang akan mendorong anda untuk segera bertindak berdasarkan pemikiran ini. 

Tunggu dan letakkan jarak antara pemikiran tersebut dengan sebarang tindakan yang mungkin akan anda lakukan.

#2: Hindari dadah dan alkohol

Pemikiran untuk membunuh diri boleh menjadi lebih kuat jika anda telah mengambil dadah atau alkohol

Maka, adalah penting untuk tidak menggunakan ubat-ubatan tanpa preskripsi atau alkohol pada saat anda merasa putus asa atau terfikir untuk bunuh diri.

#3: Jadikan kediaman sebagai tempat selamat

Alihkan barangan atau benda yang boleh digunakan untuk mencederakan diri sendiri, seperti pil, pisau, pisau cukur atau senjata api. 

Sekiranya anda tidak dapat melakukannya, pergi ke tempat di mana anda boleh berasa selamat. 

pemikiran membunuh diri

 4: Jangan pendam perasaan dan keinginan untuk bunuh diri ini

Sesetengah individu mendapati bahawa langkah pertama untuk mengatasi pemikiran dan perasaan ini adalah dengan berkongsikannya kepada seseorang yang dipercayai. 

Mungkin ahli keluarga, pasangan, teman baik, ahli terapi, ahli agama, guru, doktor keluarga, jurulatih, atau kaunselor berpengalaman atas talian.

Carilah seseorang yang dipercayai dan berkongsilah tentang keadaan yang anda lalui ini. Jangan berasa malu mahupun segan.

Sekiranya individu pertama yang anda kongsikan tidak dapat memahami, dapatkan bantuan pihak lain. 

Dengan berkongsi dan meluahkan apa yang terbuku di hati boleh melepaskan banyak tekanan dan membantu mencari jalan penyelesaian lebih baik.

#5: Gapai harapan baharu 

Ada individu yang melalui pengalaman seperti anda berjaya mengatasinya. Teruskan untuk berharap. 

Masih ada peluang untuk anda berjaya menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian ini – tidak kira betapa berputus asanya diri anda. 

Berikan diri anda masa dan jangan laluinya sendirian.

Anda mungkin berasa tiada individu yang sudi membantu anda, percayalah, masih ada yang dapat memberikan sokongan untuk anda menempuhi saat-saat sukar ini. 

Tidak kira siapa pun individu tersebut, selagi anda mempercayai dan mereka boleh meminjamkan bahu dan telinga untuk mendengar luahan anda, keinginan dan pemikiran untuk bunuh diri pasti dapat disingkirkan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

Selain bersiar-siar, bagaimana pula jika anda gunakan strategi makanan penghilang stres? Adakah makanan hilangkan stres ini betul-betul berkesan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 21/01/2021 . 3 minit bacaan

Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Penyakit asma adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma juga akan berdepan simptom lain.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Asma, Kesihatan Pernafasan 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kemurungan selepas bersalin

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit saraf multiple sclerosis

Sukar Orgasme & Selalu Rasa Penat? Ini Tanda Awal Wanita Muda Alami Sakit Saraf MS!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
rasa gelisah

Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 4 minit bacaan
kesan tabiat buruk pada wajah

Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan