Hati-Hati, Anda Mungkin Alami Depresi Dalam Diam Jika SELALU Sebut 9 Perkataan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semua orang sering berasa tertekan, tetapi kemurungan adalah penyakit serius yang melibatkan seseorang berasa rendah diri atau kosong sepanjang masa, tahap tenaga yang menurun, hilang minat dalam aktiviti atau hobi, sukar tidur, hilang selera makanan, bahkan boleh mendorong seseorang untuk melakukan perkara yang berbahaya terhadap diri sendiri termasuk bunuh diri.

Berdasarkan laporan terkini daripada World Economic Forum, dianggarkan 275 juta orang mengalami gangguan kegelisahan.

Jumlah ini merangkumi 4% populasi global dengan penyebarannya sebanyak 2.5% dan 6.5% penduduk setiap negara. Sekitar 62% atau 170 juta daripada mereka yang mengalani kegelisahan adalah perempuan berbanding dengan 105 juta pesakit lelaki.

Bagaimana mengesan depresi melalui pertuturan?

Menurut msn, satu kajian yang diterbitkan oleh Clinical Psychological Science telah mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya salah satu cara anda boleh mengesan kemurungan pada orang kesayangan anda adalah dengan memerhatikan jenis perkataan yang mereka gunakan.

Para penyelidik menjalankan analisis teks 63 forum internet yang melibatkan lebih daripada 6,4000 ahli dan mendapati bahawa orang yang mengalami kemurungan cenderung bercakap secara mutlak, sering menggunakan kata-kata seperti “tiada apa-apa (nothing),” “tidak pernah (never),” “semua orang (everyone),” dan “segala-galanya (everything). ”

Manakala, penemuan lain pula menunjukkan bahawa mereka yang mengalami kemurungan cenderung menggunakan banyak perkataan dan kata-kata negatif seperti “kesepian (lonely),” “sedih (sad),” atau “sengsara (miserable),” yang mana ini tidak mengejutkan.

Apa yang lebih menarik adalah bahawa mereka yang mengalami kemurungan cenderung menggunakan kata ganti tunggal yang pertama, seperti “saya (I atau me),” dan “diri saya (myself)“, yang mungkin mencerminkan perasaan mereka.

Menurut calon PhD dalam Psikologi di Universiti of Reading,UK, Mohammed Al-Mosaiwi, corak penggunaan kata ganti diri ini menunjukkan mereka yang mengalami kemurungan lebih tertumpu kepada diri mereka sendiri, dan kurang berkait dengan orang lain.

Selain itu, penyelidik juga melaporkan bahawa kata ganti ini sebenarnya lebih dipercayai dalam mengenal pasti kemurungan daripada kata-kata emosi yang negatif.

Tambah Al-Mosaiwi, adalah mungkin untuk menggunakan bahasa yang berkaitan dengan kemurungan tanpa benar-benar tertekan.

Tetapi ia adalah perkara yang baik untuk diperhatikan dan menjadi perbincangan yang lebih luas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Ada yang menganggap, penyakit bipolar itu sama sahaja dengan episod kemurungan. Namun, gangguan bipolar sebenarnya amat berbeza daripada yang disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kanak-kanak Gemuk Lebih Mudah Alami Depresi? Ini 7 Tanda Kemurungan Pada Si Kecil Obes

    Obesiti mungkin menjadi antara faktor utama kemurungan kanak-kanak. Bagaimana cara untuk atasi masalah kesihatan mental kanak-kanak ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Selamatkan Kehidupan Seks Anda & Pasangan Meski Diserang Depresi, Ini 4 Caranya!

    Mesti ramai sudah tahu apa itu depresi namun kurang pasti sama ada ia akan jejaskan kehidupan seks. Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 17/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    emosi ibu mengandung

    BAHAYA! Jangan Bagi Ibu Hamil Kemurungan, Jika Tidak Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
    senaman kardio

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    cuti hujung minggu

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan