Tabiat Harian Yang Mengakibatkan Masalah Ereksi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Terdapat banyak perkara yang boleh menggangu keupayaan anda untuk mendapatkan ereksi yang memuaskan. Jadi, apakah yang patut anda elak sekiranya anda tidak mahu kebolehan untuk mendapatkan ereksi terganggu? Artikel ini akan memberi anda maklumat lanjut berkaitan persoalan ini.

Makanan manis atau pencuci mulut

Walaupun aneh bunyinya, tetapi pengambilan pencuci mulut yang manis dengan kerap, boleh mengganggu keupayaan anda untuk mengekalkan ereksi. Ini kerana peningkatan paras gula dalam darah akibat daripada pengambilan makanan manis seperti pencuci mulut akan merangsang rembesan hormon insulin yang akan menekan penghasilan hormon testosteron. Hubung kait gula-insulin-testosteron ini juga menjelaskan kenapa selepas kita bangun dari tidur (tempoh panjang tanpa makanan), kita akan mengalami ereksi awal pagi secara semula jadi.

Tidak cukup tidur

Tidur yang nyenyak dan mencukupi adalah sangat penting bagi tubuh badan dan juga minda. Menurut kajian yang melibatkan pelajar lelaki dari University of Chicago, jika seseorang itu tidur sekitar 5 jam atau kurang, paras testosteron mereka akan turun sebanyak 10%. Tidur yang mencukupi adalah penting dalam penghasilan hormon testosteron. Justeru, dapatkan sekitar 8 jam waktu tidur sehari bagi meningkatkan keupayaan anda untuk mendapatkan ereksi yang memuaskan.

Soya

Soya adalah sumber protein yang baik khususnya untuk mereka yang mengamalkan diet vegan. Walau bagaimanapun, pengambilan soya yang terlalu banyak, sebagai contoh, hidangan minuman dan juga makanan berteraskan soya yang banyak dalam hidangan harian, boleh mengakibatkan masalah ereksi.

Merokok

Merokok adalah perkara yang jelas dan nyatanya berbahaya untuk kesihatan. Khususnya, merokok merosakkan dinding salur darah – salur darah badan, termasuklah salur darah yang membekalkan darah kepada zakar. Apabila berlaku kerosakan salur darah yang mengakibatkan sekatan salur darah, bekalan darah akan disalurkan ke organ-organ penting badan manakala zakar adalah antara bahagian yang terakhir mendapat bekalan darah yang mencukupi, walaupun dengan rangsangan seks. Tambahan lagi, merokok turut mempengaruhi wanita juga dengan mengurangkan rasa nikmat mereka ketika bersetubuh.

Ubat Anti-murung

Antara perkara yang mengganggu keupayaan untuk mendapatkan ereksi, ubat anti-murung adalah salah satu daripada perkara yang mengungguli senarai tersebut. Sesetengah ubat anti-murung seperti Lexapro, Prozac dan juga Paxil berupaya untuk menurunkan nafsu syahwat dan juga melambatkan ejakulasi.

Dadah rekreasi

Menurut Dr, Mohit Khera, Professor Madya dalam bidang Urologi dan pengarah Andrologi di Baylor College of Medicine, bahan-bahan yang membawa kepada rasa khayal seperti kokaina (cocaine), methadone atau marijuana berupaya untuk mengganggu kebolehan seseorang untuk mengekalkan ereksi.

Sekiranya anda mengalami masalah berkaitan ereksi, semak semula diet dan juga tabiat anda kerana mungkin ada perkara yang anda lakukan tanpa anda sedari, mengganggu keupayaan untuk mengekalkan ereksi. Sekiranya anda masih mengalami masalah berkaitan ereksi, disarankan agar anda berjumpa dengan doktor. Lebih lama masalah ini dibiarkan tanpa bantuan pakar, lebih teruk dan bahaya jadinya.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

    Kesukaran untuk mendapat anak ada kalanya berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur. Disebabkan itu pentingnya untuk menjalani ujian air mani.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Lelaki Nak Rawat Masalah Mati Pucuk? Buat Senaman Kegel Saja, Boleh Lakukan Bersama Isteri

    Bagi abang-abang yang sering tewas awal di ranjang, mungkin anda boleh cuba rawatan mati pucuk yang satu ini. Senaman ini boleh rawat mati pucuk lelaki!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Perlu Malu, Rawat Saja Masalah Mati Pucuk Di Rumah, Hanya 5 Minit Sehari!

    Mati pucuk (disfungsi erektil) merupakan satu keadaan kesihatan seksual yang lazim dialami oleh golongan lelaki. Ia boleh diatasi dengan senaman ringkas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 20/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    apakah penyakit peyronie berbahaya

    Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    urutan jelqing

    Nak Bagi Senjata Lebih Padu, Amalkan Urutan Jelqing! Tapi Boleh Ke Guna Aloe Vera?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    perokok pasif

    Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    suami mati pucuk

    Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan