Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Bagi seorang lelaki, kesihatan kelenjar prostat adalah sangat penting untuk memastikan mereka terus mampu menjalani hidup yang sihat dan kuat.

Pun begitu, terdapat beberapa masalah yang boleh terjadi terhadap kelenjar ini contohnya, kanser prostat, bengkak prostat dan prostatitis.

Disebabkan itu, anda sebagai lelaki perlu sentiasa lebih peka dan ambil berat mengenai kesihatan kelenjar prostat. Bagaimana? Jom ikuti artikel ini!

Kelenjar prostat, penting bagi lelaki

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua belajar serba sedikit mengenai kelenjar ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis kelenjar bersaiz sebiji kacang walnut yang terletak di antara zakar dan pundi kencing seorang lelaki.

Lebih tepat lagi, kelenjar ini terletak betul-betul di hadapan rektum dan berfungsi mengeluarkan cecair untuk melindungi dan menyuburkan sperma.

Sekiranya ia terjejas, maka fungsi perkumuhan dan pembiakan lelaki juga turut akan terganggu dek kerana 3 kondisi utama berkaitan; kanser prostat, bengkak prostat dan prostatitis.

Bagi mengelakkan kondisi ini berlaku, maka kesihatan prostat perlu dijaga dengan baik.

apa itu prostat

Bagaimana memastikan kelenjar prostat kekal sihat & kuat?

Tenang, tiada apa yang mustahil untuk memastikan kelenjar prostat anda sentiasa kekal sihat dan kuat! Bagaimana?

#1. Lakukan senaman dengan kerap

Aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan ternyata memang mampu menyihatkan serta menurunkan berat badan yang berlebihan.

Ia sangat penting kerana terdapat banyak kajian yang kata senaman mampu mengurangkan risiko kondisi utama berkaitan kelenjar ini.

Selain itu, kajian Journal of Urology telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko mengalami masalah prostat.

Dalam erti kata yang lebih mudah, bersenam dan bersukan adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan sekali gus mengurangkan risiko masalah berkaitannya.

#2. Amalkan diet yang seimbang

Selain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat secara umum, amalan diet yang seimbang mampu membantu kesihatan prostat.

Antara contoh makanan yang bagus untuk prostat adalah minyak ikan yang tinggi kandungan omega 3, kekacang, sayuran dan sebagainya.

Apa yang penting adalah anda mesti elakkan mengambil gula dan banyakkan mengambil protein bagi mengurangkan risiko kanser prostat.

Amalkan pemakanan yang baik, contohnya anda mungkin boleh cuba diet Mediterraean yang bagus untuk prostat dan tubuh badan.

#3. Kurangkan stres untuk kelenjar prostat yang sihat & kuat

Stres bukan sahaja akan menyebabkan aspek mental anda terjejas malahan juga fizikal khususnya pada kesihatan kelenjar ini.

Apabila sedang stres, tubuh badan akan mengalami ketegangan dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan otot pelvis juga terkesan.

Akibatnya, ia akan menyebabkan otot ini mengalami masalah sekali gus menjadi pencetus kepada masalah prostatitis yang serius.

Stres juga akan melemahkan sistem imun semula jadi tubuh badan untuk melawan penyakit, maka sila elak stres untuk kesihatan prostat anda.

#4. Ambil suplemen

Kadangkala, diet pemakanan sahaja mungkin tidak mencukupi dan sesuatu perlu ditambah ke dalamnya yakni suplemen.

Buat anda yang mungkin belum tahu, terdapat banyak suplemen untuk prostat yang boleh diambil oleh lelaki, dijual di pasaran.

Pun begitu, adalah wajar untuk kalian berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mula mengambilnya ya?

prostat bengkak

#5. Minum teh

Kelihatan agak aneh bukan? Bagaimana teh boleh membantu kesihatan prostat?

Untuk pengetahuan anda, ada kajian yang mengatakan teh hijau mampu menghalang pembentukan sel kanser pada prostat sekali gus merencatkan pertumbuhannya.

Namun kalian perlu pastikan agar tidak mengambil teh yang penuh dengan kandungan kafein kerana ia memburukkan lagi simptom prostatitis yang mungkin sedia ada.

Jadi, teh hijau atau teh yang tidak mengandungi sebarang kafein adalah pilihan yang terbaik.

Jangan tidak endah masalah kelenjar prostat!

Sekiranya anda sudahpun mengalami masalah berkaitan prostat seperti kanser prostat, bengkak prostat atau prostatitis, ia bukan pengakhirannya.

Anda masih boleh cuba untuk mengamalkan 5 cara yang kami telah nyatakan di atas tadi untuk membantu prostat anda menjadi lebih kuat dan sihat.

Pun begitu, ia bukanlah cara untuk merawatnya secara total ya? Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi masalah prostat anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selain Lemah Orgasme, Lelaki Kurang Hormon Seks Juga Selalu Murung! Check Tanda Ini Cepat

Kekurangan androgen adalah ketika tubuh mempunyai tahap hormon seks lelaki yang lebih rendah berbanding yang diperlukan, terutamanya testosteron.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Ambil Steroid Sebab Ingin Tampil Sasa, Kesannya Mungkin Akan Jejaskan Kesuburan Lelaki!

Tahukah anda bahawa terdapat banyak kesan steroid terhadap kesuburan dan kesihatan lelaki? Jom klik dan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 04/01/2021 . 3 minit bacaan

Lelaki Yang Ada Masalah Prostat & Pundi Kencing Boleh Cuba Senaman Ini!

Anda kerap membuang air kecil tapi tidak tahu sebab kerap kencing bagi lelaki? Jom klik artikel ini untuk tahu punca dan cara selesaikannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Orang Lelaki Elok Makan Daun Saderi? Katanya Bagus Untuk Naikkan Hormon Ini!

Mungkin ramai yang percaya bahawa daun saderi bagus untuk kesihatan dan kesuburan lelaki. Jom klik artikel ini untuk tahu kesahihannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
lelaki macho

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
tahap stres

Ini 7 Kesan Stres Terhadap Tahap Kesihatan Kaum Adam, Salah Satunya Lelaki Stres TAK TAMPAN

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
mati pucuk bagi lelaki

Hubungan Di Ranjang Terjejas, Ini 5 Penyakit Kronik Yang Boleh Buat Suami Mati Pucuk

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan