backup og meta

Perlukah Lelaki Makan Asid Folik? Benarkah Ia Bagus Untuk Kesuburan Si Suami?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/08/2023

    Perlukah Lelaki Makan Asid Folik? Benarkah Ia Bagus Untuk Kesuburan Si Suami?

    Mesti ramai tertanya-tanya, perlu ke lelaki mengambil asid folik dan zink dalam persiapan untuk mendapatkan cahaya mata? Benarkah suplemen itu boleh meningkatkan kadar kesuburan lelaki?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

    Asid folik dan kadar kesuburan lelaki

    Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kuantiti dan kualiti sperma bagi lelaki tua.

    Keadaan ini bersesuaian dengan dapatan kajian pada tahun 2012 oleh Thomas et al yang menunjukkan pemberian nutrisi mikro tambahan kepada golongan berusia 44 tahun ke bawah tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dari sudut kesuburan kaum Adam.

    Dalam kajian tersebut, lelaki yang diberikan nutrisi mikro tambahan mempunyai penurunan kadar kerosakan DNA pada sperma sebanyak 20%.

    Dapatan ini selari dengan hasil kajian pada tahun 2012 yang melibatkan 108 lelaki subur dan 103 lelaki yang kurang subur.

    kadar kesuburan lelaki

    Dalam kajian tersebut, peningkatan pada prestasi sperma merupakan kesan positif yang dialami oleh subjek setelah mengambil suplemen asid folik 5mg dan/atau zink 66 mg sehari selama 26 minggu.

    Jumlah sperma meningkat setinggi 74% dan ia mempunyai trend kenaikan yang sama pada subjek yang subur. 

    Pemberian asid folik pada kadar 700mcg sehari dapat memelihara kuantiti dan kualiti sperma bagi menghindari masalah berkaitan kromosom yang boleh menyebabkan kecacatan kongenital seperti sindrom Down.

    Asid folik merupakan komponen vitamin B yang bertanggungjawab dalam menghasilkan dan memelihara integriti sel baru terutamanya pada saat pembahagian sel.

    Ia adalah komponen penting dalam penghasilan DNA dan sel darah merah.

    Pengambilannya oleh lelaki dianggap mempunyai kebaikan kumulatif bersama dengan pengambilan asid folik oleh wanita bagi menghindarkan kecacatan tiub saraf.

    Sumber makanan yang mempunyai nutrisi mikro ini termasuklah sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan, makanan bijirin diperkuat dan roti.

    Nutrisi mikro ini bukan sahaja penting bagi kadar kesuburan lelaki malah untuk kesihatan secara menyeluruh.

    Zat zink dan kadar kesuburan lelaki

    Nutrisi mikro zink merupakan elemen mikro yang banyak terdapat dalam tubuh badan manusia.

    Ia boleh didapati daripada sumber makanan seperti kekacang, makanan laut, makanan bijirin diperkuat, daging, ikan dan bahan tenusu. 

    Ia merupakan salah satu daripada elemen nutrisi mikro yang penting memandangkan tanpanya, golongan lelaki berisiko untuk mempunyai sperma berkemampuan rendah dan masalah kadar kesuburan lelaki.

    kadar kesuburan lelaki

    Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira ⅓ lelaki di seluruh dunia mengalami masalah kekurangan zink.

    Ini merupakan satu masalah yang perlu dititikberatkan berikutan ia bukan sahaja penting untuk tahap kesuburan malah bagi memastikan fungsi fisiologikal badan berada pada tahap yang optimum.

    Penghasilan DNA, proses tumbesaran, pembahagian sel dan ekspresi gen. Itu antara contoh proses biologikal yang memerlukan zink bagi memastikan kualiti penghasilan sel berada pada tahap optimum.

    Ia juga bertanggungjawab dalam memperkuatkan sistem pertahanan badan, mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu proses penulangan (ossification).

    Sebenarnya…

    Pelbagai jenis kajian telah membuktikan bahawa gabungan nutrisi mikro zink dan asid folik dapat memberikan kesan positif terhadap kadar kesuburan lelaki.

    Namun, kajian yang telah diterbitkan di laman Jurnal Rangkaian JAMA pada awal Januari 2020 telah menunjukkan dapatan yang sebaliknya.

    Kajian tersebut telah dijalankan oleh pengkaji dari Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat melibatkan 2,380 lelaki yang mempunyai masalah ketidaksuburan. Subjek berusia di antara 18 hingga 45 tahun.

    kadar kesuburan lelaki

    Sebahagian daripada mereka diberikan suplemen asid folik 5mg dan zink 30mg. Selebihnya menerima pil yang tidak memberikan apa-apa kebaikan fisiologi digelar plasebo.

    Sampel air mani mereka dianalisis sebanyak 4 kali, pada permulaan kajian dan dalam tempoh 2,4 dan 6 bulan kajian.

    Antara perkara yang diperiksa adalah jumlah sperma, pergerakannya, kualiti dan pemecahan DNA.

    Secara amnya, mereka yang mempunyai jumlah kerosakan DNA yang tinggi cenderung untuk mengalami masalah ketidaksuburan dan mungkin perlu mendapatkan rawatan kesuburan.

    Dapatan kajian direkodkan melalui kadar kehamilan yang berlaku dalam kalangan pasangan subjek selama tempoh 18 bulan. Secara keseluruhannya, 820 orang subjek mempunyai pasangan yang hamil dalam tempoh tersebut.

    Namun, apa yang menghairankan adalah tiada perbezaan di antara kedua kumpulan tersebut malahan terdapat peningkatan (lebih tinggi daripada plasebo) pemecahan DNA pada kumpulan yang mengambil suplemen tersebut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan