Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penyakit Peyronie memang jarang didengari, namun ia masih merupakan salah satu penyakit berkaitan alat sulit lelaki yang sangat membimbangkan.

Persoalannya, apakah penyakit Peyronie berbahaya? Selain itu, apa yang boleh dilakukan untuk merawatnya?

Untuk mengetahui jawapan sebenarnya, marilah kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Penyakit Peyronie, masalah ereksi zakar lelaki

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan penyakit berkaitan alat kemaluan lelaki ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis penyakit yang berlaku akibat kerosakan pada tisu zakar lantas menyebabkan ia bengkok dan sakit ketika mengalami ereksi.

Sebenarnya, ketegangan zakar yang membengkok sama ada ke kiri, kanan, atas atau bawah tidak menjadi masalah. Namun rasa sakit inilah yang perlu diberi perhatian.

Bukan sahaja ia akan mengakibatkan seks sukar untuk dilakukan malahan juga kaum Adam mungkin akan mengalami masalah memulakan dan mengekalkan ereksi zakar (mati pucuk).

Kesannya adalah terhadap institusi rumah tangga penderita dan pasangan yang pasti akan terjejas dengan teruk.

Apakah penyakit Peyronie berbahaya?

Jawapan kepada persoalan ini adalah ya, penyakit Peyronie ini sudah tentu berbahaya jika dialami oleh mana-mana kaum Adam.

zakar bengkok

Seperti yang kami telah nyatakan di atas, komplikasi penyakit ini bukan sahaja akan membuat hubungan seks jadi lebih sukar malah sakit.

Dalam pada itu, ada satu lagi komplikasi yang perlu diberi perhatian oleh penderita iaitu zakar boleh menjadi lebih pendek berbanding saiz biasa.

Ini berlaku ekoran daripada kerosakan tisu pada zakar yang membuat saiz zakar menurun secara tiba-tiba sahaja.

Selain membuat kamar tidur menjadi hambar, tahap keyakinan dan kebanggaan diri penderita juga akan merudum.

Simptom penyakit ini yang wajar diperhatikan

Baiklah, sekarang kita sudah tahu apakah penyakit Peyronie ini adalah berbahaya, dan jawapannya adalah ya.

Persoalan seterusnya pula adalah bagaimana untuk mengetahui jika kalian menghidapi penyakit ini? Sila perhatikan simptom-simptom berikut:

Sekiranya salah satu daripada tanda ini wujud pada alat sulit anda sebagai lelaki, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi ya!

Benarkah urutan boleh membantu merawatnya?

Ya, urutan batin mungkin boleh membantu merawat penyakit Peyronie ini sekiranya ia dilakukan serentak dan bersama dengan kaedah rawatan yang lain.

Seperti mana yang kita tahu, penyakit ini terjadi akibat kerosakan pada tisu zakar yang membuat ereksi menjadi bengkok dengan begitu ketara sekali.

cara besarkan zakar

Kerosakan ini akan menjadikan alat sulit lelaki tidak lagi bersifat elastik seperti keadaan yang normal.

Disebabkan itu, urutan batin bersama tukang urut profesional mungkin boleh membantu merawatnya.

Pun begitu, adalah wajar untuk kalian tahu bahawa Penyakit Peyronie terbahagi kepada 2 kategori menurut National Institutes of Health (NIH) iaitu:

Akut

Ini adalah tahap awal penyakit ini dan boleh berlangsung selama lebih dari 18 minggu.

Kebiasaannya, para doktor tidak akan mengesyorkan anda untuk melakukan pembedahan kerana masih terdapat kaedah rawatan alternatif yang boleh dicuba.

Kronik

Ini adalah tahap bahaya penyakit ini dan boleh berlangsung selama lebih dari 1 tahun.

Kebiasaannya, para doktor mungkin akan mengesyorkan anda untuk melakukan pembedahan kerana kaedah rawatan alternatif yang lain mungkin tidak akan berkesan lagi.

Rawat penyakit Peyronie sebelum terlambat!

Berdasarkan 2 jenis kategori penyakit ini, adalah wajar untuk kalian tahu bahawa segala rawatan alternatif boleh dicuba ketika ia berada pada tahap akut dan bukan kronik.

Ini bermakna penderita mungkin boleh cuba kaedah urutan batin ketika penyakit ini berada pada tahap akut.

Ketika ini, segala rawatan alternatif masih boleh dicuba namun sila berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Sekiranya doktor memberi kebenaran untuk anda melakukannya, sila pastikan anda kekal berwaspada, dengan cara:

  • Pergi berurut dengan tukang urut profesional (jika mendapatkan khidmat individu ketiga)
  • Urut dengan perlahan dan tidak terlalu kasar
  • Urut dengan tatacara yang diajar oleh doktor
  • Guna pelincir ketika urutan dijalankan
  • Segera berhenti jika kesakitan atau ketidakselesaan mulai timbul

kulit zakar kering dan mengelupas

Adakah terdapat kaedah rawatan yang lain selain urutan?

Ya, ada dan ia bukannya berupa prosedur pembedahan sahaja.

Untuk pengetahuan anda, penyakit ini sebenarnya mungkin boleh dirawat dengan menggunakan terapi gelombang kejutan (shockwave).

Ia adalah sejenis rawatan yang tidak akan mengambil masa yang lama serta mungkin tidak mendatangkan rasa sakit untuk dicuba.

Ini kerana kaedah ini tidak memerlukan pembedahan, jarum atau ubatan untuk dilakukan, sebaliknya hanya menggunakan gelombang kejutan untuk memecahkan parut pada zakar.

Pun begitu, adalah wajar untuk kalian bertanya pendapat doktor terlebih dahulu sebelum mencubanya.

Jika sudah terlambat, maka tiada pilihan lain dan kaedah pembedahan perlu dilakukan dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Terdapat banyak masalah zakar yang boleh terjadi kepada lelaki. Ada kes di mana seorang warga emas ada tulang pada zakarnya? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/09/2020 . 3 minit bacaan

Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

Sekiranya muncul benjolan pada testis, ia mungkin petanda penyakit sista epididimis. Ingin tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/09/2020 . 3 minit bacaan

Nak Bagi Senjata Lebih Padu, Amalkan Urutan Jelqing! Tapi Boleh Ke Guna Aloe Vera?

Pernah dengar tentang urutan jelqing zakar? Ada yang kata ia boleh dan perlu dilakukan dengan aloe vera! Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah ereksi zakar

Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
ejakulasi lelaki

Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
mati pucuk

Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
balanitis adalah

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan