PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehidupan seks di kamar tidur yang indah, puas dan yang paling penting adalah tahan lama.

Pun begitu, ini merupakan satu masalah besar terutamanya bagi lelaki yang mempunyai masalah pancut awal atau ejakulasi pramatang.

Persoalannya, berapa lama tempoh yang dianggap sebagai ejakulasi pramatang? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Masalah pancut awal dalam kalangan lelaki

Ia bukan satu masalah yang boleh dipandang ringan lagi kerana Kajian Kejadian Ejakulasi Pramatang Asia Pasifik dan Kajian Sikap (AP PEPA) menunjukkan, 29% daripada lelaki di Malaysia mungkin menghidapi kondisi ejakulasi pramatang.

Buat anda yang mungkin belum tahu, ia merupakan satu keadaan kesihatan di mana lelaki terlalu mudah atau cepat memancutkan air mani semasa berasmara.

Akibatnya, ia sudah pasti akan membuatkan pasangan anda terabai ekoran belum puas dengan persetubuhan dan umpama bertepuk sebelah tangan sahaja.

Terdapat dua jenis masalah pancut awal iaitu:

  • Ejakulasi pramatang primer – anda mengalaminya sejak dahulu lagi
  • Ejakulasi pramatang sekunder – anda baru sahaja mengalaminya

Kedua-dua jenis masalah pancut awal ini tetap akan mendatangkan kesan negatif yang sama iaitu tewas awal kepada pasangan ketika hubungan seks dijalankan.

ejakulasi pramatang

Apa punca sebenar masalah ini terjadi?

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua faktor umum masalah pancut awal ini berlaku dan ia terbahagi kepada fisiologi dan psikologi.

Faktor fisiologi

Faktor psikologi

Disebabkan itu, kesihatan fizikal dan mental perlu berada pada tahap terbaik agar mampu mewujudkan suasana kamar tidur yang lebih sejahtera.

Berapa lama tempoh ejakulasi pramatang?

Hakikatnya, ramai individu yang sekadar berkata perlu tahan lebih lama di ranjang bagi kepuasan nafsu syahwat masing-masing.

Namun ada satu lagi perkara yang mungkin ramai belum tahu iaitu berapa lama tempoh yang dianggap sebagai masalah pancut awal.

kesalahan seks

Menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang National Health Service (NHS), tempoh yang dianggap sebagai ejakulasi pramatang adalah 1 minit selepas bermula penetrasi zakar ke dalam faraj.

Dalam erti kata yang lebih mudah, individu lelaki yang terpancut air mani selepas 1 minit sahaja kemasukan zakar ke dalam faraj pasangan boleh dianggap mempunyai masalah pancut awal ini.

Sekiranya anda khuatir diri juga mengalaminya, segera berjumpa dengan doktor pakar untuk berkonsultasi tentang permasalahan ini.

Anda tidak keseorangan, jangan malu dapatkan rawatan!

Masalah ini sebenarnya telah menjadi semakin meruncing ekoran sifat lelaki yang mungkin ego, takut atau malu untuk dapatkan rawatan.

Hakikatnya, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan dan sifat berdiam diri hanya akan memusnahkan institusi perhubungan kalian berdua.

Oleh itu, sila dapatkan rawatan masalah pancut awal dengan kadar segera ya?

Antara rawatan yang akan diberi adalah sangat bergantung kepada faktor penyebab masalah ini berlaku kepada seseorang penderita itu.

Sama ada ia berpunca daripada masalah fisiologi atau psikologi, ia perlu diselesaikan terlebih dahulu sebagai langkah yang paling utama.

Kemudian, doktor mungkin akan menyarankan anda mengambil suntikan hormon atau ubatan viagra agar mampu bertahan lebih lama di ranjang.

seks ketika haid

Selesaikan masalah pancut awal secara sendiri!

Sebenarnya, masalah ejakulasi pramatang ini mungkin boleh diselesaikan secara sendiri sahaja dengan mengamalkan beberapa tip.

Antara teknik yang boleh diamalkan ketika beraksi untuk mengelakkan tewas awal adalah seperti berikut:

  • Melancap sebelum bersetubuh
  • Berhenti seketika ketika hendak terpancut
  • Mengemutkan faraj apabila orgasma
  • Menggunakan kondom zakar atau faraj
  • Menggunakan cecair pelincir
  • Mengamalkan teknik pernafasan yang betul

Dalam masa yang sama, anda juga boleh berbincang dengan pasangan tentang posisi seks yang mungkin boleh melambatkan pengeluaran air mani.

Sekiranya masalah ini masih terjadi setelah kesemua tip ini dilakukan, adalah disarankan untuk anda dan pasangan mendapatkan bantuan profesional.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

Ada dalam kalangan pembaca yang menggunakan cincin zakar? Bukan tidak boleh guna, cuma kena berwaspada tempoh penggunaan alat ini okay!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Seks Selamat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

"IUD boleh terkeluar kalau 'main' ganas sangat? Takutnya!" Sejauh mana kebenaran kenyataan berkaitan alat pencegah kehamilan ini? Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Seksual, Kontraseptif 11/01/2021 . 3 minit bacaan

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Pernah tak anda lakukan benda bodoh hanya sebab anda ingin ‘beraksi’ dengan pasangan? Usaha untuk menangani nafsu seks sememangnya sukar...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Seksual 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Tahukah anda di negara maju sudah wujud patung seks atau robot seks yang dicipta bagi tujuan memuaskan nafsu syahwat? Jom klik untuk tahu mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Petua Seks 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

berapa hari selepas bersama boleh mengandung

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
pelincir faraj

Faraj Sakit Semasa Seks? Cuba Guna Pelincir Faraj, Tapi Sebelum Beli, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
jilat lubang dubur

Meskipun Aneh, Tapi Ada Pasangan Gemar Jilat Lubang Dubur! Nak Tahu Tak Apa Akibatnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan