Salah satunya adalah kajian oleh Gonzalez pada tahun 2013 yang menunjukkan bahawa senaman sebelum sarapan dapat membakar 20% lebih banyak lemak tubuh.
Jika anda ingin membakar lemak, maka tubuh anda harus menggunakan simpanan makanan dalam bentuk lemak di dalam tubuh, bukan daripada makanan yang baru dimakan.
Kerana pada dasarnya, tubuh menyimpan bekalan tenaga dalam bentuk lemak, bahkan sewaktu kita belum makan.
Dengan bersenam sebelum bersarapan, tenaga yang dibakar juga akan lebih banyak kerana diperoleh daripada bekalan makanan yang sudah ada di dalam tubuh.
Selain itu, kajian juga menjelaskan, senaman pagi sebelum sarapan tidak akan membuatkan anda ingin makan lebih banyak atau kelaparan sepanjang hari. Oleh itu, hal ini akan membuatkan sesi senaman pagi lebih ideal.
Sewaktu anda bersenam sebelum makan, terjadi perubahan aktiviti hormon insulin dan hormon tumbesaran.
Dengan bersenam sebelum sarapan, anda akan membantu tubuh untuk menyesuaikan penghasilan hormon insulin, sehingga hormon insulin akan bekerja lebih sensitif dan membantu menyerap nutrien daripada makanan dengan lebih baik dan menyalurkannya ke otot dan hati sewaktu bersarapan.
Aktiviti hormon tumbesaran juga menjadi lebih baik sewaktu kita bersenam pada pagi hari dan sebelum sarapan.
Hormon tumbesaran membantu pembentukan jaringan otot, membakar lemak, dan meningkatkan kesihatan tulang serta ketahanan fizikal. Namun ini hanya akan berkesan jika anda sudah tidur dengan mencukupi pada waktu malam.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen