Cara-cara Menghilangkan Kesakitan Otot Selepas Larian Jauh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sebagaimana peribahasa menyebutkan, kita akan berasa sakit dalam apa jua yang kita lakukan, sama ada mental atau fizikal. Bersenam atau latihan fizikal menjaminkan kesakitan pada tubuh badan anda. Walau bagaimanapun, apabila bercakap tentang otot, sakit boleh menjadi suatu yang berfaedah, terutama sekali kepada golongan yang baru atau kembali bersenam selepas jangka masa panjang, dalam erti kata di sini, berlari.

Penagguhan Permulaan Rasa Nyeri pada Otot

Kita semua tahu bagaimana otot berfungsi ketika kita bersenam. Otot meregang dan mengecut merupakan dua fungsi yang biasa. Walau bagaimanapun, sekiranya otot anda dibiarkan dan tidak digunakan selamanya beberapa bulan atau tahun, ia akan ‘berkarat’. Tiada bezanya apabila kita bercakap tentang otot. Selepas satu larian, terutamanya untuk kali pertama, anda akan mengalami keadaan yang dipanggil Delayed Onset Muscle Soreness ataupun DOMS.

Nama ini amnya telah menjelaskan apa yang terjadi. Selepas 24 ke 48 jam berlari, rasa sakit atau nyeri akan mula merayap ke dalam otot anda; perlahan-lahan ia akan menjadikan anda susah untuk bangun tidur. Ini berlaku disebabkan oleh otot digunakan melebihi kebiasaannya. Sebagai contoh, anda lazimnya berjalan kira-kira 500 meter ke sekolah tetapi sekarang anda mula berlari sejauh dua batu. Sudah pasti pagi yang berikutnya akan memberikan anda rasa tidak selesa pada otot yang terlebih guna.

Namun begitu, ini merupakan tanda biasa yang menunjukkan otot anda berfungsi dengan baik. Ia menunjukkan otot anda sedang menyesuaikan diri terhadap latihan yang baru anda jalani untuk menjadi lebih kuat dan mampu melaksanakan tugas dengan baik. Walaupun begitu, sekiranya kesakitan yang anda rasa menjejaskan aktiviti harian anda, maka anda perlu berehat untuk pulih semula kerana anda mungkin telah bersenam melebihi had anda. Meskipun begitu, ia adalah normal untuk berasa sakit pada pagi berikutnya, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan gangguan ini.

Tidak terlalu memaksa

Amat penting untuk mempelajari cara-cara mudah melatih otot anda daripada terburu-buru melakukannya. Ini termasuklah mengambil masa untuk badan menyesuaikan diri, lakukan senaman ringan. Di antara cara-cara melatih otot yang terlepas pandang adalah dengan melakukan senaman renggangan. Renggangan merupakan asas kepada senaman tetapi ramai yang memandang remeh terhadap senaman ini. Berlari kemudiannya diikuti dengan renggangan membantu mengurangkan rasa nyeri pada otot selepas larian yang jauh. Ia membantu menghilangkan rasa sakit selepas melakukan pecutan di dalam taman.

Cuba “repeated bout effect”

Anehnya, melakukan perkara sebaliknya boleh mengelokkan keadaan. “The repeated bout effect” bermaksud apabila otot mengalami kecederaan yang teruk, ia akan sembuh dengan lebih cepat untuk menghalang kecederaan yang lebih teruk dengan mengelakkan senaman yang sama. DOMS mungkin terlibat, tetapi hanya untuk jangka masa pendek. Anda boleh melakukannya dengan memaksimumkan usaha terhadap otot yang digunakan semasa beberapa sesi awal senaman anda. Sebagai contoh, cuba lakukan beberapa pecutan pendek semasa anda berlari. Anda akan menjadi letih. Tetapi selepas beberapa sesi latihan, anda akan berlari dengan mudah.

Rasa nyeri mungkin agak mengganggu, tetapi ia menunjukkan bahawa otot anda sedang berfungsi, kecuali kesakitan ini mencapai tahap yang melampau. Sekiranya ini berlaku, anda harus berhubung dengan doktor anda atau anda perlu mendapatkan rehat secukupnya. Samada yang baik dan yang buruk, sentiasa perhatikan kepada apa yang luar biasa,atau yang biasa dan juga apa yang terbaik untuk badan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

    Pernahkah kalian terfikir atau tertanya mengapa warna zakar & alat sulit faraj kita akan berbeza dengan warna kulit sendiri? Jom klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Urologi, Masalah Urologi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

    Anda sakit tekak berpanjangan? Adakah tekak anda rasa gatal-gatal dan sakit? Hati-hati, anda mungkin sebenarnya sedang mengalami tindak balas alergi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    period tidak teratur

    Bayi Menyusu Badan Sebab Itu Period Tidak Teratur? TAK SEMESTINYA! Ia Mungkin Kerana Hormon Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesan duduk terlalu lama

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    pil diet

    Wow! Makan Pil Diet Berkesan Rawat Masalah Obesiti, Tapi Ada Syarat Kena Patuhi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    terapi insulin

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan