Ketidakpastian Sosial: Bagaimana Kita Mengurangkannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Satu kertas kajian perspektif baharu daripada para saintis di Brown University menetapkan suatu kerangka kerja (framework) untuk menerapkan model matematik yang ketat berkenaan ketidakpastian sosial (social uncertainty) yang pada asalnya dibangunkan untuk tujuan situasi bukan sosial, seperti keputusan sama ada ingin membeli tiket loteri ataupun tidak, kepada senario sosial seperti menentukan pendapat penemuduga berkenaan individu yang ditemuduga.

Menurut Oriel FeldmanHall, pensyarah sains kognitif, linguistik dan psikologi di Brown University, manusia adalah ibarat sebuah mesin yang boleh meramal – seluruh kehidupan kita digunakan untuk mencari apakah langkah terbaik untuk dilakukan seterusnya. Beliau menambah, secara umumnya, motivasi, keinginan atau kepercayaan orang lain adalah tersembunyi, jadi kita harus memikirkan cara menavigasi dunia ketika kita berinteraksi dengan orang lain tanpa pengetahuan itu. Apa tindakan kita yang seterusnya akan bergantung kepada bagaimana orang lain bertindak balas.

Rangka kerja itu adalah kerjasama antara FeldmanHall dan Amitai Shenhav, yang juga pensyarah sains kognitif, linguistik dan psikologi di universiti yang sama. Dalam kertas kajian itu, mereka meneroka sumber ketidakpastian sosial dan bagaimana individu bertindak balas kepada ketidakpastian sosial, dan mereka mencadangkan satu model dengan tiga kaedah yang saling berkaitan yang digunakan individu untuk tujuan mengurangkan ketidakpastian sosial. Kertas kajian tersebut bertajuk ‘Resolving Uncertainty in A Social World’, diterbitkan pada 22 April 2019 dalam jurnal Nature Human Behaviour.

Kaedah-kaedah model ketidakpastian sosial

Tiga cara yang digunakan individu untuk mengurangkan jurang ketidakpastian sosial daripada proses bersifat automatik yang hampir dengan naluri, kepada proses yang lebih memerlukan kepada kognitif.

Penyelidik mendefinisikan kaedah-kaedah model kepada tiga:

  • Kaedah pertama, iaitu kesimpulan secara automatik (automatic inference), sebagai proses meramalkan tingkah laku orang lain berdasarkan penampilan mereka dan persekitaran norma sosial.
  • Kaedah kedua iaitu kesimpulan terkawal (controlled inference), adalah proses mengemaskini tanggapan awal dengan menggunakan maklumat baharu seperti meletakkan diri anda dalam situasi dan keadaan orang lain dan bayangkan bagaimana anda akan berkelakuan dalam situasi itu.
  • Kaedah ketiga iaitu pembelajaran sosial (social learning), melibatkan pengemaskinian kepercayaan dan tindakan anda menggunakan pengalaman masa lalu atau maklumat langsung tentang tingkah laku masa lalu seseorang.

Individu menggunakan ketiga-tiga proses ini untuk pelbagai tujuan untuk mengurangkan ketidakpastian sosial mereka.

Contoh analisis kaedah ketidakpastian sosial

Satu contoh yang dibentangkan di dalam kertas kajian tersebut untuk menggambarkan tiga cara yang digunakan individu bagi menyelesaikan ketidakpastian sosial adalah dengan cara meminjamkan wang kepada orang yang tidak dikenali. Untuk kesimpulan secara automatik, seseorang mungkin sanggup memberi pinjaman lebih banyak kepada orang lain yang kelihatan boleh dipercayai atau baik. Walau bagaimanapun, membuat keputusan untuk memberi lebih banyak wang kepada seseorang berdasarkan perkongsian sambungan emosional atau bukti nilai yang dikongsi bersama adalah contoh kesimpulan yang terkawal. Pembelajaran sosial kemudiannya muncul jika pemberi pinjaman mendengar daripada rakan bahawa penerima itu boleh dipercayai.

Para pengkaji turut membincangkan akibat negatif dari pintasan mental yang digunakan oleh individu untuk mengurangkan ketidakpastian sosial. FeldmanHall berkata, tanggapan pertama dan stereotaip berfungsi sebagai tujuan memandangkan kita hidup di dunia yang mana kita perlu membuat pertimbangan yang cepat mengenai orang lain sepanjang masa. Beliau turut menambah bahawa kita tidak boleh mendapatkan gambaran keseluruhan setiap individu yang kita jumpa di jalanan, tetapi pergantungan pada tanggapan pertama boleh menjadi salah apabila seseorang individu tidak bersedia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan mendapatkan gambaran yang lebih besar tentang siapakah individu tersebut, dan sebaliknya memberi tumpuan secara sempit kepada tanggapan pertama mereka.

FeldmanHall meneruskan penyelidikannya tentang ketidakpastian sosial sambil menggabungkan kerangka kuantitatif kajian tersebut untuk model kajian tentang bagaimana individu belajar untuk mempercayai antara satu sama lain dalam senario peminjaman wang yang berulang. Beliau juga akan mengkaji bagaimana individu memahami rangkaian sosial mereka dengan cara menjejaki pelajar kolej yang akan mendaftar masuk kerana mereka membentuk rangkaian sosial mereka dan memandangkan rangkaian ini berkembang selama beberapa tahun.

Shenhav akan meneruskan penyelidikannya memodelkan laluan saraf yang digunakan individu untuk membuat keputusan atau menyelesaikan ketidakpastian dalam situasi bukan sosial, dan bagaimana mereka memotivasi diri untuk mengatasi tugas-tugas yang memerlukan kognitif. Untuk masa hadapan, Shenhav ingin melihat bagaimana motivasi dan usaha berkembang dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami tekanan hidup di peringkat awal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Tambah Kawan? Ikuti 10 Trick Psikologi Ini

    Terfikir untuk tambahkan kawan dalam lingkungan sosial anda? Cuba 10 trick psikologi yang kami sediakan ini, ia pasti membuatkan anda dikejar ramai orang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/01/2020 . 4 minit bacaan

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang baik. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    Ehem! Ini 7 Tanda Anda Tertarik Secara Seksual Dengan Seseorang, Tak Payah Sorok Memang Nampak!

    Setiap orang pasti pernah mengalami tekanan seksual terhadap seseorang. Ingin tahu lebih lanjut mengenai perkara ini? Jom baca artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/11/2019 . 4 minit bacaan

    Kenapa Kami Kata Introvert Lebih Baik Dari Extrovert? Ini Jawapan Anda Takkan Sangka!

    Sekiranya anda pernah berfikir secara kurang realistik mengenai individu introvert, kami ingin kongsikan ciri-ciri terbaik atau kelebihan introvert

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    senaman kardio

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
    pakar psikiatri

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    detoks media sosial

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks MedSoc, Banyak Keburukan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/03/2020 . 4 minit bacaan