Bukan Suami Isteri Saja, Pelukan Bawa Manfaat Pada Semua- Ini Sebabnya, #4 Paling Mengujakan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sebagai manusia yang normal, kita semua pasti mahukan perhubungan yang baik dengan individu lain bukan? Antara cara kita untuk merasai keterjalinan sesama manusia ini adalah dengan berpelukan antara satu sama lain.

Tapi, bukankah ia hanya penting untuk suami isteri sahaja? Tidak, semua individu tidak kira ahli keluarga, saudara atau sahabat perlu melakukannya untuk memastikan kita mampu kekal hidup bermasyarakat.

Selain itu, berpelukan juga bukan sahaja perlu dilakukan ketika sedih atau gembira, malahan ketika kita bersapa ketika bertemu atau berpisah dengan seseorang. Kenapa? Mari kita ketahuinya melalui artikel ini!

Manfaat berpeluk sesama manusia mengikut sains

berpelukan

Menurut saintis, berpelukan bukan setakat mampu menenangkan perasaan seseorang sahaja, malahan ia lebih daripada itu. Ini adalah antara manfaat berpeluk sesama manusia yang kalian perlu tahu:

#1. Mampu mengurangkan tekanan seseorang

Sekiranya ada individu yang anda kenali kelihatan stres, cuba berikan mereka pelukan. Ini kerana berpelukan mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang itu.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan terhadap 20 pasangan bercinta, berpelukan akan membuat lelaki seakan merasai satu ‘renjatan elektrik’ yang menyenangkan.

Bagi wanita pula, berpelukan akan membuat sebahagian otak mereka bergerak balas seterusnya menghantar isyarat kepada tubuh badan untuk lebih relaks.

Ini bukan sahaja akan berlaku sekiranya anda memeluk, malahan juga ketika anda dipeluk oleh seseorang.

#2. Mampu mengurangkan risiko penyakit

Walaupun seperti agak sukar untuk dipercayai, ketahuilah berpelukan sebenarnya mampu mengurangkan risiko penyakit.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan terhadap 400 individu dewasa, didapati berpelukan mampu mengurangkan risiko seseorang itu mendapat penyakit.

Alasannya adalah kerana individu yang mempunyai banyak sistem sokongan, lebih kurang risiko mendapat penyakit jika hendak dibandingkan dengan individu yang kurang sistem sokongan.

Dalam pada itu, dijelaskan juga individu dengan sistem sokongan yang kuat tidak menunjukkan simptom yang begitu teruk sekiranya jatuh sakit.

#3. Berpelukan penting untuk berkomunikasi

Mungkin ramai yang mengatakan komunikasi hanya memerlukan aspek lisan dan tulisan sahaja. Tidak, komunikasi sebenarnya adalah lebih besar daripada itu.

Danielle Forshee yang merupakan seorang pakar psikologi berkata, lisan dan tulisan tidak cukup untuk berkomunikasi secara lengkap sebaliknya sentuhan juga sangat diperlukan.

Ini kerana semasa berada dalam kandungan si ibu, deria pertama yang tercipta adalah deria sentuhan. Maka, ia adalah satu cara untuk berkomunikasi dengan si ibu ketika 9 bulan di dalam rahim.

Disebabkan itu, sentuhan adalah cara berkomunikasi yang paling utama dan penting. Ketika sudah dewasa, berpelukan adalah satu cara paling mudah untuk dilakukan sesama manusia untuk berkomunikasi.

berpelukan

#4. Mampu membuat anda menjadi lebih gembira

Oksitoksin adalah sejenis hormon dalam tubuh badan kita yang dapat ditingkatkan sekiranya kita memeluk, menyentuh atau berada berdekatan dengan seseorang, lebih-lebih lagi jika kita menyukai mereka.

Ia adalah sejenis hormon yang berfungsi menyebarkan perasaan gembira, suka dan seronok di dalam tubuh badan. Ia juga mampu mengurangkan tekanan darah dan stres.

Menurut sebuah kajian, hormon oksitoksin ini mempunyai manfaat yang sangat besar buat kaum wanita. Disebabkan itu, mereka sangat gemar berpelukan dengan suami, anak atau individu yang rapat dengannya. Ia seakan satu terapi mudah yang mampu membuat mereka berasa gembira!

#5. Mampu mengurangkan ketakutan atau fobia

Adakah anda mempunyai sebarang ketakutan atau fobia yang menghalang anda untuk melakukan sesuatu? Penyelesaiannya adalah mudah sahaja iaitu dengan berpelukan!

Tidak percaya? Cuba anda bayangkan diri anda sedang bersedia untuk melakukan bungee jumping dan anda mempunyai fobia terhadap ketinggian. Tiada apa yang mampu membantu anda mengurangkannya kecuali berpelukan dengan individu yang anda percaya.

Selain itu, perhatikan juga individu yang takut dengan haiwan seperti lipas atau cicak. Jika ia muncul tiba-tiba, perkara pertama yang akan dilakukan pasti mencari dan berpaut kepada anda bukan?

#6. Berpelukan penting untuk menyelesaikan konflik

Anda dan pasangan sering sahaja bergaduh tentang perkara rumah tangga yang kecil? Jangan risau. Anda boleh cuba praktikkan cara berikut.

Setiap kali anda dimarahi atau memarahi pasangan, cuba untuk alihkan rasa amarah anda itu dengan memeluk pasangan anda? Ini pasti akan membuat pergaduhan itu terhenti secara tiba-tiba sahaja.

Untuk apa anda membuang tenaga bergaduh jika terdapat penyelesaian yang lebih baik dan mudah? Jadi, berpeluklah. Terdapat banyak manfaat berpeluk yang kita sendiri kurang sedar sebelum membaca artikel ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

    Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

    Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan