backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Takut Tinggi? Takut Air? Ini Merupakan Jenis Fobia Yang Mungkin Anda Alami

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/10/2023

    Takut Tinggi? Takut Air? Ini Merupakan Jenis Fobia Yang Mungkin Anda Alami

    Semasa kecil, penulis amat takutkan dua perkara: tempat yang tinggi dan air. Air? Ya, penulis juga ada jenis ketakutan yang juga digelar hidrofobia.

    Ketakutan melampau akan menyinggah dalam diri jika datang ke pantai dan mandi di laut atau mandi di kawasan air terjun.

    Air pancuran di bilik mandi juga adalah salah satu ketakutan yang perlu penulis hadapi setiap hari ketika masih kecil.

    Justeru itu, teruskan membaca artikel ini sehingga habis untuk ketahui mengenai jenis fobia yang wujud.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.

    Apakah sebenarnya ketakutan?

    Bercakap soal fobia ini, adakah anda memiliki jenis fobia tertentu yang anda sedang alami?

    Bagi mereka yang tidak tahu, fobia bermaksud sejenis ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan sebarang mudarat.

    Apabila seseorang mengalami fobia, mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan melampau terhadap sesuatu objek atau situasi.

    Ia berbeza dengan ketakutan biasa kerana fobia boleh menyebabkan kesukaran yang boleh mengganggu kehidupan individu tersebut. 

    Apakah jenis ketakutan yang ada?

    ketakutan budak Berdasarkan Diagnistic and Statistical Manual of Mental Disorders, Edisi Kelima (DSM-5), fobia tertentu boleh dikategorikan kepada 5 bahagian umum iaitu:

  • Ketakutan berkaitan haiwan seperti labah-labah, ular dan serangga
  • Ketakutan berkaitan persekitaran semula jadi seperti ketinggian, guruh, kilat dan kegelapan
  • Ketakutan berkaitan darah, kecederaan, dan keadaan kesihatan seperti suntikan, dan kepatahan tulang
  • Ketakutan berkaitan situasi tertentu seperti menaiki kapal terbang, menunggang motosikal atau menaiki lif
  • Ketakutan lain seperti tercekik, bunyi bising dan lemas
  • Berapa banyakkah jenis ketakutan yang ada?

    ketakutan tinggi

    Sebenarnya, tidak terdapat jumlah sebenar berkenaan jenis-jenis anxiety yang ada.

    Oleh itu, penyelidik akan mewujudkan nama khas bagi jenis fobia yang berlaku apabila ia terjadi.

    Kajian mengenai fobia juga adalah satu proses yang sedikit rumit memandangkan ramai individu yang mengalami fobia tidak mendapatkan rawatan dan kes fobia tidak dilaporkan.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis fobia yang sering berlaku berpandukan kajian yang telah dijalankan pada tahun 1998 dan diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry. Antaranya ialah:

  • Acrophobia: Ketakutan terhadap ketinggian
  • Aerophobia: Ketakutan menaiki kapal terbang
  • Arachnophobia: Ketakutan terhadap labah-labah
  • Astraphobia: Ketakutan terhadap kilat dan guruh
  • Autophobia: Ketakutan jika keseorangan
  • Claustrophobia: Ketakutan terhadap kawasan yang sesak dan sempit
  • Hemophobia: Ketakutan terhadap darah
  • Hydrophobia: Ketakutan terhadap air
  • Ophidiophobia: Ketakutan terhadap ular
  • Zoophobia: Ketakutan terhadap haiwan
  • Terdapat juga beberapa jenis fobia yang dianggap sebagai sesuatu yang unik, seperti:

    • Alektorophobia: Ketakutan terhadap ayam
    • Onomatophobia: Ketakutan terhadap nama
    • Pogonophobia: Ketakutan terhadap janggut
    • Nephophobia: Ketakutan terhadap awan
    • Cryophobia: Ketakutan terhadap sejuk atau ais

    jenis ketakutan

    Tempoh masa fobia juga tidak terhad. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan fobia yang dialami.

    Percaya tak kalau penulis kata bahawa penulis masih lagi mempunyai fobia terhadap air? Sebab itulah penulis masih lagi tidak pandai berenang.

    Penulis akan mula rasa takut apabila air sudah mula memasuki lubang telinga dan akan mula menggelabah.

    Kalau mandi di pantai, penulis akan berada jauh sedikit daripada orang lain kerana ada yang cuba menyelamkan kepala penulis kedalam air. Tak cool okay! 

    Jika anda mengalami masalah yang dinyatakan, sila berjumpa doktor untuk nasihat selanjutnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan