Tidak dapat dinafikan, memiliki haiwan peliharaan boleh membangkitkan banyak faedah baik dari segi fizikal mahupun emosi kepada seisi keluarga. Membela haiwan peliharaan dapat membantu anak anda untuk belajar ilmu berharga mengenai bagaimana untuk menjaga makhluk hidup. Selain itu, melalui sikap mengambil berat terhadap haiwan juga, anak anda akan belajar tentang tanggungjawab dan kebergantungan. Sesetengah haiwan peliharaan juga amat membantu dalam mengelakkan kesunyian dan memperbaiki masalah emosi seperti masalah autisme yang dialami oleh kanak-kanak. Jadi, mari kita lihat haiwan peliharaan yang mana selamat dipilih untuk anak anda dan seisi keluarga.
1. Ikan
Jika anda baru ingin bermula memberikan anak membela haiwan peliharaan, ikan adalah pilihan yang baik untuk seorang kanak-kanak. Dengan melihat ikan berenang di sekeliling akuarium atau kolam dapat membantu mengurangkan stres dan memberikan anak anda pengajaran mengenai jenis-jenis ikan. Walau bagaimanapun, anda perlu mencari ikan yang mudah untuk dibela seperti ikan Betta, supaya anak kecil anda boleh bersama-sama membantu anda menjaga ikan tersebut tanpa membuat kacau-bilau. Ikan Betta juga dianggap sebagai spesies ikan yang mudah membiak kerana ia seekor ikan yang suka memencil dan hanya memerlukan sedikit air bertakung. Anda juga tidak perlu menyediakan aerator, penapis, pemanas, atau bahan kimia untuk menjaga mereka.