Contohi Jepun, Ini Sebab Mengapa Perlu Kerja 4 Hari Seminggu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/03/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Negara Jepun sememangnya terkenal dengan budaya bekerja mereka yang sangat komited sehinggakan ramai yang mempunyai gangguan mental seperti kemurungan. Walau bagaimanapun, Microsoft Jepun baru-baru ini telah melakukan sesuatu yang berlainan berbanding syarikat-syarikat lain. Apakah ia?

Microsoft Jepun telah membuat satu pembaharuan dengan memperkenalkan 4 hari bekerja dalam seminggu untuk pekerja mereka. Hasilnya, para pekerja mereka bukan sahaja menjadi lebih bahagia malah bertambah produktif.

Kesan kerja 4 hari seminggu terhadap produktiviti pekerja

Pada bulan Ogos 2019, Microsoft Jepun telah melakukan eksperimen dengan memberikan 2,300 pekerja mereka cuti pada hari Jumaat setiap minggu tanpa dipotong gaji. Eksperimen ini merupakan sebahagian daripada projek yang dikenali sebagai Work-Life Challenge Summer 2019.

CEO yang juga merupakan Presiden Microsoft Jepun, Takuya Hirano menyatakan dalam laman web syarikat bahawa projek ini bertujuan menggalakkan pekerja untuk bekerja dengan lebih cepat dan berkesan.

Dengan cara ini, pekerja-pekerja di Microsoft Jepun boleh berehat dengan baik dan belajar dengan lebih banyak. Beliau berharap agar pekerja Microsoft Jepun mampu memikirkan cara untuk mencapai target yang sama dengan waktu kerja yang telah berkurang sebanyak 20%.

Tujuan projek musim panas ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti pekerja semasa mereka bekerja. Hasilnya, waktu kerja 4 hari dalam seminggu sememangnya mampu meningkatkan produktiviti pekerja sehingga 40%.

Sebanyak 92% pekerja turut mengakui bahawa mereka lebih gembira dengan waktu kerja baharu ini. Pejabat yang kosong pada setiap hari Jumaat juga telah menurunkan kos penggunaan elektrik sebanyak 23% dan penggunaan kertas sebanyak 59%.

Secara keseluruhannya, tahap stres pekerja telah menurun sebanyak 7% dan menunjukkan bahawa cara ini berkesan dalam menyeimbangkan kehidupan dan pekerjaan seseorang individu. 

Mengapa pengurangan hari bekerja boleh meningkatkan produktiviti?

bekerja

Pelaksanaan waktu bekerja selama 4 hari seminggu bukanlah pertama kali dilakukan. Pada tahun 2018, sebuah syarikat di New Zealand pernah mencuba melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Microsoft Jepun. Eksperimen lain yang direkodkan dalam Harvard Business Review turut menunjukkan bahawa waktu kerja 6 jam sehari mampu menggalakkan produktiviti pekerja. 

Ini disebabkan oleh waktu kerja panjang dan juga tugas kerja yang mampu membuatkan anda berasa letih, stres dan terbelenggu. Stres yang berlarutan akan memberikan kesan buruk terhadap keadaan fizikal dan psikologi sehingga anda tidak mampu untuk bekerja secara optimum. 

Waktu kerja 4 hari seminggu mampu meningkatkan produktiviti kerana perubahan ini membantu mengurangkan tahap stres pekerja. Pekerja juga boleh beristirahat dan melakukan aktiviti yang digemari memandangkan mereka memiliki waktu hujung minggu yang lebih panjang.

Apabila kembali ke tempat kerja, tubuh anda kembali diisi dengan tenaga sehingga anda mampu bekerja dengan lebih produktif. Berbanding menikmati cuti panjang setiap tahun, cuti hujung minggu selama tiga hari dinilai mampu memberikan manfaat yang lebih besar kepada pekerja dan juga syarikat.

Waktu kerja yang panjang boleh meningkatkan tahap stres seseorang individu dan sememangnya akan turut memberi kesan terhadap produktiviti. Dengan mengamalkan hari bekerja yang lebih pendek, syarikat secara tidak langsung telah menggalakkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan pekerja mereka. 

Banyak perkara yang perlu diambil kira

Walau bagaimanapun, bukan semua syarikat mampu melakukan perkara seperti ini, memandangkan banyak perkara yang akan berubah jika hari bekerja berkurangan.

Selain itu, pekerja di bahagian atau jabatan lain juga akan turut terjejas memandangkan mereka perlu memadatkan tugas kerja dalam tempoh empat hari. Pun begitu, langkah yang dilakukan oleh Microsoft Jepun ini sememangnya satu usaha awal yang perlu dipuji memandangkan ia berkaitan dengan kesejahteraan para pekerja. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lupakan Mentalist Joker, Ini BAHAYA Jika Anda Guna Khidmat Konsultasi Berbayar Online Tak Diiktiraf

    Baru-baru ini, tular servis berkaitan pakar psikiatri yang ditawarkan secara online oleh Mentalist Joker. Adakah beliau benar-benar seorang ahli psikiatri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sekadar Senaman, Ada 7 Sebab Kita PATUT Buat Yoga – Jom Tukar Mindset!

    Apa itu yoga? Ia adalah sejenis senaman dengan meditasi sebagai tunjangnya. Kenapa patut buat? Klik artikel ini untuk tahu 7 sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kecergasan, Yoga 18/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Main Terjah Saja Kalau Nak Bersama Si Dia, Ini Sebabnya- Ada Kaitan Dengan Mental!

    Mengapa hubungan seksual yang diinginkan perlu mendapatkan persetujuan bersama pasangan anda? Apakah kesan aktiviti seks paksa jika ia diteruskan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri di jepun

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan seks mengecewakan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    cuti hujung minggu

    Jangan Guna Masa Cuti Hujung Minggu Untuk Bekerja, Kalau Tak Boleh Jadi MENTAL!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit bipolar

    Bipolar TIDAK SAMA Dengan Kemurungan! Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Beza Kedua-duanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan