Bagaimana Sepatutnya Saya Melembapkan Kaki Saya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kulit yang kering dan retak di bahagian kaki adalah masalah biasa dan ia termasuklah ‘athlete’s foot’ (tinea pedis), komplikasi urat kaki, psoriasis dan ruam kaki. Terdapat 6 isu yang sering menyumbang kepada keadaan kekeringan dan keretakan kulit:

  • Faktor fizikal:

Keadaan didalam kasut boleh menjadi sangat panas dan suhunya boleh meningkat sehingga lebih daripada 48 darjah Celsius. Keadaan seperti ini akan menyebabkan kehilangan air daripada kulit dan menjadikan tumit anda terdedah kepada sebarang keretakan atau luka kecil.

  • Pencuci kulit:

Kulit anda mempunyai lapisan minyak pelindung yang dipanggil sebum, dan sebarang kandungan pencuci yang tidak seimbang atau yang tidak bersesuaian terhadap kulit akan menanggalkan lapisan sebum tersebut dan mendedahkan kulit terhadap kehilangan kelembapan.

  • Keadaan perubatan:

Terdapat beberapa keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan kekeringan kulit seperti malnutrisi, hypothyroidism, atopic dermatitis dan diabetes. Penyakit Chron’s dan celiac akan menyebabkan kekurangan vitamin dan asid lemak.

  • Penuaan:

Sepertimana umur semakin meningkat, begitu juga dengan tubuh badan. Perubahan metabolisme dan hormon berlaku semasa proses penuaan dan salah satunya adalah penebalan lapisan epidermis atau stratum corneum. Keadaan ini akan membawa kepada keretakan kulit kerana tekanan keatas kulit semakin meningkat.

  • Cuaca dingin:

Musim sejuk atau keadaan yang dingin boleh memburukkan keadaan kulit disebabkan oleh tahap kelembapan yang rendah kerana kelembapan kulit menyejat dengan lebih cepat.

Apa yang perlu anda lakukan untuk menghalang masalah tersebut dan mengekalkan kelembapan kulit? Berikut adalah beberapa tip bagaimana untuk anda mengekalkan kelembapan kulit anda terutamanya dibahagian kaki anda:

Cucian setiap hari

Kunci untuk mengelakkan kekeringan kulit adalah mengekalkan kelembapan, dan cara termudah adalah dengan mencuci kaki dengan kerap setiap hari. Gunakan sabun yang bersifat lembut dan air suam, dan elakkan daripada menggunakan air panas kerana air panas akan menanggalkan lapisan pelindung kulit. Jauhi penggunaan sabun atau pencuci dengan kandungan pewangi, alkohol, retinoid atau asid alfa hidroksi; ianya memberi kesan buruk terhadap individu yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif.

Gunakan pelembap

Gunakan pelembap sejurus selepas anda mengeringkan kaki setelah membasuhnya atau mandi. Pelembap biasa berkesan untuk kulit yang mempunyai masalah kekeringan peringkat sederhana, dan anda memerlukan pelembap yang diperkaya sekiranya anda mempunyai masalah kekeringan kulit yang melampau. Untuk tumit yang retak, anda disarankan untuk menggunakan salap tumit. Salap tumit mengandungi urea, asid salisilik, asid alfa hidroksi dan isomerate sakarida yang membantu melembutkan kulit yang tebal, melembapkan dan menanggalkan kulit kering.

Jangan berus kaki anda

Jangan berus kaki anda dengan kasar untuk membersihkannya kerana kulit kaki akan menjadi lebih kering. Lapkan kaki anda dengan lembut untuk mengeringkan kelembapan. Mengelap kaki secara kasar hanya akan menanggalkan lapisan sebum dan tanpa sebum, akan membuatkan kulit lebih terdedah kepada kekeringan.

Gunakan jeli petroleum

Juga dikenali sebagai petrolatum, ianya adalah ramuan lilin dan minyak mineral dan ditemui oleh Robert Augustus Chesebrough pada tahun 1859. Ianya adalah salah satu cara untuk mengekalkan kelembapan kulit dan kaki dan memperbaiki keretakan kulit. Gunakan jeli sebelum anda tidur dan biarkan kaki anda diselaputinya semalaman.

Pakai stokin kapas

Stokin kapas memudahkan kaki anda untuk ‘bernafas’ selain membantu melembapkannya. Tukar stokin dengan kerap dan jangan pakai stokin yang sama berulang kali; memakai stokin yang tidak ditukar akan menjadikan kaki anda dijangkiti bakteria dan memburukkan keadaan kulit sekiranya anda mempunyai tumit yang retak. Anda tidak mungkin akan menyukai kaki yang berbau untuk hari-hari mendatang.

Sentiasa luangkan sedikit masa untuk melakukan rutin kelembapan kulit. Ia bukan semata-mata berkaitan kecantikan, tetapi juga kesihatan kaki anda. Sekiranya anda mempunyai tumit yang retak, buat temujanji bersama doktor atau ahli dermatologi bertauliah untuk memeriksa keretakan tersebut, untuk memastikan sekiranya kaki anda dijangkiti ataupun tidak. Langkah pencegahan adalah lebih baik berbanding pengubatan yang tertangguh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apakah Maksud Kulit Cantik & Sihat? Ini Rahsia Mendapatkannya!

    Kulit yang sihat berseri mencerminkan kesihatan yang baik. Untuk memilikinya, fahami asas pengetahuan kulit supaya penjagaan bersesuaian boleh diamalkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/12/2020 . 5 minit bacaan

    Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

    Ramai yang gemar mandi laut namun tidak tahu bahawa mungkin akan ada kesannya terhadap kulit dan rambut bukan? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 29/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

    Tidur malam sememangnya penting untuk kesihatan manusia. Tetapi, sejauh manakah anda mengetahui akan kepentingan tidur terhadap kesihatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 29/12/2020 . 4 minit bacaan

    Badan Ada Banyak Tompok Putih? Ini Cara Berkesan Nak Hilangkan Panau!

    Malu sebab badan anda penuh peta dunia? Tenang, kami ada cara hilangkan panau secara saintifik yang anda boleh buat sendiri di rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sabun untuk ekzema

    Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit vitiligo

    Boleh Cuba Rawatan Untuk Penyakit Kulit Sopak, Caranya Jaga Makan & Ambil Vitamin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    punca tumit merekah

    Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Cara Mudah Merawatnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
    diet kulit cantik

    Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan