Jika Anda Ada Masalah Sel Darah Putih Rendah, Atasinya Dengan 8 Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sel darah putih mempunyai peranan yang sangat penting dalam sistem imun manusia.

Ia membantu badan untuk melawan penyakit dan jangkitan kuman sekali gus mempengaruhi tahap kesihatan individu secara menyeluruh.

Jika jumlah sel darah putih tinggi, ia bermakna terdapat mikroorganisme (virus, bakteria atau parasit) yang cuba untuk menjangkiti badan.

Jika keadaan ini terjadi, seseorang itu boleh didiagnosis dengan masalah leukemia.

Sebaliknya, jika paras sel darah tersebut terlalu rendah, ia dikenali sebagai leukopenia.

Ketahui punca di sebalik leukopenia dalam artikel ini.

Jenis sel darah putih di dalam sistem imun manusia

sel darah putih

Leukopenia merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada sel darah putih sebagai satu entiti.

Hakikatnya, terdapat beberapa jenis sel darah yang mempunyai peranan spesifik terhadap sistem imun manusia.

  1. Neutrofil – Merangkumi hampir separuh daripada populasi sel darah putih manusia. Sel ini merupakan agen pertama (kebiasaannya) yang bertindak balas terhadap virus atau bakteria yang cuba menceroboh masuk. 
  2. Basofil – Merangkumi sekitar 1% daripada jumlah sel darah putih. Basofil merupakan sel yang cukup terkenal dalam proses patologi penyakit asma. Ia boleh merembeskan histamin sehingga menyebabkan proses keradangan.
  3. Eosinofil – Boleh melawan bakteria, namun peranan penting eosinofil adalah melawan jangkitan parasit. Jenis sel darah ini terkenal dengan peranannya dalam menyebabkan simptom alergi.
  4. Monosit – Digelar lori sampah bagi sistem imun. Ia merangkumi 5 hingga 12 peratus sel darah putih. Sel ini mempunyai peranan membersihkan sel mati dan menetap di dalam tisu sihat manusia.
  5. Limfosit – Sel darah ini bertanggungjawab menghasilkan antibodi bagi memperkuatkan integriti sistem pertahanan badan manusia. Ia merupakan bahan utama yang menjadi fokus kajian sains dalam menghasilkan vaksin bagi menghindarkan jangkitan virus.

Apabila berbicara mengenai punca leukopenia, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dikenal pasti.

Biasanya, istilah bagi leukopenia berbeza mengikut jenis darah putih yang mana mengalami penurunan sehingga ke paras tidak normal.

Sebagai contoh, jika ujian darah menunjukkan anda kekurangan neutrofil, istilah bagi keadaan tersebut adalah neutropenia.

Begitu juga dengan sel darah putih yang lain. Jika anda kekurangan limfosit, anda dikatakan mengalami limfositopenia. 

Penurunan paras pada jenis darah putih yang berbeza memberikan implikasi yang berlainan.

Namun, secara umumnya, mereka yang mengalami masalah leukopenia akan menunjukkan simptom yang sama seperti jangkitan:

Bukan senang nak kenal pasti punca berlakunya leukopenia

sistem imun

Leukopenia bukanlah satu tanda spesifik yang merujuk kepada penyakit tertentu.

Banyak keadaan kesihatan yang boleh dimanifestasikan sebagai leukopenia.

Antaranya adalah:

  1. Keadaan yang mempengaruhi keupayaan badan untuk menghasilkan sel darah seperti anemia aplastik, hipersplenisme dan sebagainya.
  2. Simptom bagi kanser tertentu. Rawatan kanser seperti terapi kemo, terapi radio dan pemindahan sumsum tulang juga boleh menyebabkan leukopenia.
  3. Masalah kongenital yang mempengaruhi kebolehan sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah. Antaranya adalah sindrom Kostmann dan myelokathexis.
  4. Jangkitan kronik yang mempengaruhi integriti sel darah putih seperti HIV/AIDS dan tuberkulosis (batuk kering) atau yang menyerang sumsum tulang sehingga mengganggu penghasilannya.
  5. Masalah berkaitan dengan autoimun (sel imun yang menyerang sel sendiri) seperti lupus dan artritis reumatoid.
  6. Masalah kekurangan vitamin dan mineral penting seperti vitamin B12, folat dan zink.
  7. Kesan sampingan ubat seperti steroid, penicillin, interferon dan sebagainya.

Leukopenia bukanlah istilah diagnosis. Ia hanyalah tanda yang berlaku akibat daripada proses patologi penyakit itu sendiri.

Memang sukar untuk kita kenal pasti punca di sebalik masalah kesihatan tersebut tanpa siasatan lanjut.

Walau bagaimanapun, corak pemeriksaan yang sistematik oleh doktor perubatan bertauliah dapat mengecilkan skop penyakit sehingga diagnosis sebenar dapat dikenal pasti dan rawatan dapat diberikan.

Rawatan bagi masalah kurang sel darah putih

sel darah putih

Seperti yang telah penulis nyatakan di atas, rawatan bergantung kepada diagnosis yang berkait dengan masalah leukopenia yang dialami pesakit.

Sebagai contoh:

  1. Pemberian ubat bagi merawat penyakit yang menyebabkan leukopenia seperti jangkitan dan sebagainya.
  2. Sekiranya ubat merupakan faktor pencetus kepada leukopenia, doktor mungkin akan menyuruh anda berhenti daripada mengambil ubat tersebut dan mempreskripsikan ubat lain.
  3. Beri masa rehat di antara sesi terapi kemo atau kaedah rawatan berkaitan bagi membolehkan badan untuk membuat lebih banyak sel darah. 
  4. Jika masalah leukopenia anda berpunca daripada masalah genetik atau terapi kemo, pemberian faktor tumbesaran seperti faktor perangsang kolong granulosit boleh membantu meningkatkan jumlah penghasilan sel darah putih.
  5. Diet neutropenik mungkin akan disarankan kepada mereka yang mempunyai paras sel darah putih rendah. Ia bagi merendahkan kadar jangkitan yang boleh berlaku kesan daripada pencemaran makanan (sumber atau cara penyediaan makanan).
  6. Pengambilan vitamin dan nutrien penting sekiranya disahkan menghidap masalah malnutrisi. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian.
  7. Rehat secukupnya bagi mengoptimumkan proses penghasilan sel darah putih oleh badan.
  8. Berhati-hati dengan apa-apa punca yang boleh meningkatkan risiko jangkitan seperti kecederaan, keracunan makanan dan sebagainya. Cuci tangan anda sekerap mungkin dan gunakan sanitizer sekiranya tidak terdapat air atau sabun di lokasi anda berada.

Konklusi

Jika anda mengalami masalah leukopenia, dapatkan nasihat daripada pakar berkenaan dengan apa yang anda perlu lakukan seterusnya.

Dalam kebanyakan kes, masalah tersebut akan reda setelah punca utamanya berjaya dikenal pasti dan dirawat.

Kalau anda mengalami masalah leukopenia kronik seperti jangkitan HIV, masalah genetik dan sebagainya, amalkan gaya hidup sihat dan ambil perhatian terhadap setiap perkara yang boleh meningkatkan risiko jangkitan pada tubuh badan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

Risau terbuang air besar ketika proses bersalin normal nanti? Jangan begitu. Ia perkara normal untuk terjadi. Ikuti penjelasan ini terlebih dahulu, okay?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Proses Bersalin 01/10/2020 . 3 minit bacaan

Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

Jika anda merupakan pesakit diabtes, anda perlu ambil vaksin flu dalam masa terdekat ini. Tanpa suntikan flu ini, akan berlaku komplikasi yang lebih buruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

Susah tidur malam, isu sering dialami oleh individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 04/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jangkitan bakteria

Payudara Kemerahan & Sakit? Mungkin Sebab Jangkitan Bakteria! AWAS, Boleh Ancam Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun lemah

FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
penggunaan probiotik masalah kulit ekzema

Boleh Ke Probiotik Merawat Masalah Kulit Ekzema? Ini Jawapan Menurut Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun psoriasis

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan