#2. Sarang burung walit rendah kandungan karbohidrat
Dalam kajian yang sama, analisa sampel EBN daripada sumber yang berbeza ini mendapati bahawa ia mengandungi serendah 8.5% sahaja kandungan karbohidrat.
Karbohidrat merupakan polimer bagi nutrisi asas glukosa. Apabila lebih daripada satu glukosa bergabung dan membentuk rantaian yang panjang dan bercabang, ia membentuk struktur yang kita kenali sebagai karbohidrat.
#3. Kandungan lemak yang rendah

Berdasarkan kajian yang sama, hidangan sarang burung walit juga mempunyai kandungan lemak yang sangat rendah iaitu serendah 0.01% dan setinggi 0.07% sahaja daripada keseluruhan kandungan EBN.
Lemak merupakan salah satu daripada makronutrien penting dalam keperluan harian kita selain daripada karbohidrat dan juga protein.
Lemak penting kerana ia terlibat dalam pembentukanstruktur sel saraf dalam badan manusia dan juga struktur lain dalam sistem saraf tunjang. Lemak juga merupakan salah satu sumber tenaga dalam badan selain glukosa.
Namun yang demikian, ianya bukanlah pilihan tenaga utama badan. Situasi semasa menunjukkan ramai rakyat Malaysia mengambil terlalu banyak lemak dalam makanan.
Pengambilan lemak yang berlebihan boleh membawa kepada peningkatan risiko untuk menghidap penyakit jantung dan juga strok.
#4. Berupaya merangsang sistem imun badan

Terdapat satu kajian in vivo dan juga in vitro yang mengkaji kaitan dan keupayaan EBN dalam meningkatkan sistem imun dalam tikus.
Para pengkaji membuat pemerhatian beberapa parameter seperti kesan EBN kepada aktiviti dan penambahan sel-sel limfa (lymphocytes) daripada organ limpa, isotaip dan indikator antibodi, dan juga kandungan IgA daripada rembesan cecair usus (sIgA).
Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan EBN mampu meningkatkan penambahan dan pengaktifan sel-sel B (B cells) dan juga meningkatkan antibodi IgE, IgA, IgM dan IgG3.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen