Teh serai boleh menyebabkan alahan kepada orang yang alah kepada tumbuhan ini. Jangan minum teh ini jika anda alah kepada serai atau citronella. Hentikan penggunaan segera jika anda mengalami simptom termasuk pembengkakan tekak, kesukaran bernafas, dan ruam kulit.
Wanita hamil
Wanita yang hamil atau menyusukan tidak perlu mengambil teh ini. Tidak ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan ia selamat untuk kehamilan. Sentiasa bercakap dengan doktor anda sebelum menggunakan produk herba semasa kehamilan atau semasa menyusu.
Selain itu, anda tidak digalakkan untuk mengambil minuman ini jika mengambil preskripsi diuretiks, mempunyai kadar degupan jantung yang rendah dan mempunyai tahap potasium yang rendah.
Oleh itu, jangan mengubati apa-apa keadaan diri anda dengan teh serai atau menggunakannya sebagai pengganti ubat-ubatan yang ditetapkan tanpa kebenaran doktor anda.
Minyak Pati Serai

Minyak pati serai seringkali digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan, masalah perut, antioksidan, antiradang, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, minyak pati ini tidak boleh disapu pada kulit, mata, mulut atau telinga. Minyak ini boleh didapati dalam kepekatan 0.5% hingga 10%.
Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) di Amerika Syarikat telah meluluskan minyak pati serai sebagai selamat apabila orang menggunakannya dengan betul. Penyahgunaan minyak pati adalah berbahaya dan boleh mengakibatkan keracunan, luka bakar kulit, loya, dan penyakit pada haiwan peliharaan.
Apa yang anda perlu tahu sebelum menggunakannya?
Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:
- Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
- Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
- Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam minyak serai atau ubatan lain atau herba lain.
- Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
- Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.
Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
4 cara mudah menggunakan minyak serai
Menggunakan penyebar (diffuser)
Jika anda bercadang untuk menggunakan minyak pati serai sebagai aromaterapi? Aroma serai yang menenangkan dapat bantu menghilangkan stress, keletihan, sehingga meringankan sakit kepala. Gunakan diffuser untuk mendapatkan manfaatnya.
Sebagai aromaterapi, anda dapat mencampurkan minyak serai dengan minyak pati lainnya seperti geranium, peppermint, lavender, atau lemon. Caranya mudah, anda hanya perlu meneteskan 2 hingga 3 tetes minyak serai ke diffuser.
Menggunakan bekas berisi air
Sekiranya anda tidak mempunyai diffuser, alternatif yang murah dan mudah untuk menghirup minyak pati ini adalah menggunakan bekas air panas. Isi bekas dengan air suam kemudian letakkan 3 titis minyak ke dalamnya.
Anda boleh menghirup wap yang dihasilkan dari bekas berkenaan secara langsung. Selain itu, campuran ini juga boleh digunakan untuk merendam kaki selama 10 hingga 15 minit bagi mengurangkan kesakitan dan keletihan.
Sebagai minyak urut
Untuk menjadikannya sebagai minyak urut anda tidak boleh menyapunya terus pada kulit. Minyak pati adalah jenis minyak yang perlu dicairkan sebelum ia digunakan. Anda boleh campurkan minyak lemon dengan minyak lain seperti minyak badam manis, jojoba, atau avokado. Setelah mencampurkannya, anda boleh menyapunya pada kulit.
Campurkannya ke dalam tab mandi
Anda juga boleh mencampurkan minyak pati ini ke dalam tab mandi. Letakkan 6 hingga 12 titis minyak ini ke dalam tab mandi yang berisi air. Nikmati rasa kesegaran aroma serai semasa mandi.
Langkah berjaga-jaga & amaran khusus
- Kanak-kanak: Minyak serai tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak melalui mulut. Terdapat laporan keracunan bagi kanak-kanak dan seorang budak yang baru bertatih mati selepas menelan penghalang serangga yang mengandungi minyak serai.
- Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup yang diketahui tentang penggunaan minyak serai semasa mengandung dan menyusu badan. Ambil pendapat yang lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya.
Kesan Sampingan
Minyak pati boleh menyebabkan alergi atau kerengsaan jika digunakan secara terus pada kulit. Oleh itu, adalah wajib bagi anda mencairkannya terlebih dahulu sebelum digunakan.
Untuk meminimumkan risiko kerengsaan kulit, seseorang harus mengelakkan menggunakan minyak pati serai pada kulit jika:
- mempunyai alahan atau keadaan kulit, seperti ekzema
- tidak mencairkan minyak terlebih dahulu
- telah rosak atau merosakkan kulit
Minyak pati ini juga boleh menyebabkan kekeringan dan menyengat mata, telinga, mulut, dan membran mukus lain, seperti kawasan alat kelamin. Atas sebab ini, adalah lebih baik untuk tidak menggunakannya di muka atau meletakkan minyak ke dalam air mandian.
Perlu diingatkan juga bahawa, jangan mengambil minyak pati serai secara oral dan adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum menggunakannya.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen