Strategi Menjadi! Ini 3 Rahsia Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Korea Selatan merupakan salah satu negara yang sangat terkesan dengan wabak virus korona baharu (COVID-19). Pada penghujung bulan Februari sehingga awal bulan Mac, jumlah mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut mencecah ribuan individu.

Namun begitu, negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 50 juta itu berjaya mengurangkan jumlah kes positif dengan berkesan. 

Terdahulu, mereka pernah mendiagnosis kira-kira 900 kes sehari namun pada hari Ahad lepas (22 Mac 2020), jumlah kes baharu hanyalah 64 individu.

Wabak COVID di Korea Selatan sememangnya teruk, namun dalam masa kurang daripada sebulan, mereka berjaya mengawal jumlah kes baharu.

Malaysia masih lagi bergelut dengan peningkatan kes baharu. Jumlah keseluruhan kes positif adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

58,847

Disahkan

9,196

Sembuh

341

Kes Kematian
Peta sebaran

Apakah rahsia di sebaliknya? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Strategi atasi wabak COVID di Korea Selatan

coronavirus

Di saat jumlah kes positif virus korona sudah melebihi 500,000, Korea Selatan telah diangkat sebagai negara yang berjaya membuat kawalan wabak walaupun dianggap sukar.

Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, Korea Selatan telah membuktikan bahawa pengawalan wabak adalah tidak mustahil

Negara tersebut seharusnya dijadikan contoh dan strategi yang digunakan oleh mereka harus difahami bagi memastikan setiap negara mempunyai potensi kesembuhan yang sama.

Berikut merupakan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan kepada kejayaan negara Korea Selatan dalam menghadapi serangan wabak COVID.

1. Tidak menunggu sehingga wabak COVID di Korea Selatan menjadi krisis

Setiap kes positif COVID perlu diuruskan dengan berhati-hati.

Walaupun Korea Selatan hanya mempunyai jumlah pesakit yang sedikit pada awal bulan Februari, tapi penghasilan kit untuk menguji status jangkitan telahpun bermula sejak negara itu mengenal pasti kes positif pertama pada hujung Januari.

Negara tersebut mempunyai kapasiti untuk menghasilkan kit saringan sebanyak 100,000 unit sehari. 

Daegu yang mempunyai kepadatan penduduk berjumlah 2.5 juta pernah mengalami penularan wabak COVID dengan cepat. Ia disebabkan oleh aktiviti di sebuah gereja dan mereka telah mengisytiharkan keadaan kecemasan dengan kadar yang segera.

Mereka tidak menunggu walau sedetik pun. Pihak berkuasa di Korea Selatan sedar bahawa jika wabak COVID tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan peningkatan pada jumlah kematian.

Perintah Kawalan Pergerakan, Langkah Efektif Bendung Korona Virus Di Malaysia

Perkara tersebut pernah berlaku pada tahun 2012, apabila negara itu dilanda wabak sindrom pernafasan timur tengah (MERS) yang turut disebabkan oleh virus korona. Jangkitan tersebut telah meragut 38 nyawa.

Kajian lepas menunjukkan nilai median bagi tempoh pengeraman virus korona berada di antara 5 hingga 11 hari. Ini bermakna terdapat tempoh yang membuatkan anda berisiko untuk menyebarkannya kepada individu lain meskipun tiada simptom.

Walaupun sesebuah negara itu mempunyai ratusan kes positif, hakikatnya, jumlah itu mungkin sudah mencecah ribuan. Perkara ini membuatkan cara pembasmian tradisional seperti isolasi dan perintah lockdown tidak begitu berkesan.

virus korona

2. Ujian saringan awal dan canggih atasi COVID di Korea Selatan

Jika dibandingkan dengan negara lain, penduduk Korea Selatan merupakan populasi yang paling ramai menjalani ujian saringan. Ini bermakna, setiap kes positif dapat dikesan dan diisolasikan pada peringkat awal.

Kadar ujian yang dilakukan adalah 40 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Amerika Syarikat. Keupayaan mereka untuk menghasilkan jumlah kit saringan COVID yang banyak membolehkan mereka menjalankan ujian saringan kepada setiap individu.

Malahan, mereka mengeksport sebilangan kit COVID mereka ke negara lain. Negara pertama yang menerima bantuan tersebut adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sebanyak 51,000 kit ujian COVID telah dihulurkan.

12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!

Syarikat penghasilan kit ujian itu sendiri menerima banyak permintaan dari negara lain.

Bukan semua permintaan itu melalui kerajaan Korea Selatan. Ini menunjukkan ia salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia dalam membendung penularan virus korona.

Pihak berkuasa negara tersebut juga telah membuka kira-kira 600 pusat ujian saringan bagi mengelakkan operasi hospital dan klinik terganggu. Setiap individu diarahkan untuk mengamalkan konsep jarak sosial.

Apa yang lebih mengagumkan, terdapat juga pusat saringan pandu lalu.

Mereka yang hadir tidak perlu turun daripada kenderaan. Ujian suhu dan sampel tekak akan dilakukan dalam masa beberapa minit. Keputusannya keluar dalam masa beberapa jam selepas itu.

Bangunan yang menempatkan pejabat, kemudahan awam yang lain dan bangunan hotel menggunakan kamera termal bagi mengesan kenaikan suhu badan individu.  

3. Proses pengesanan kontak yang lebih agresif untuk basmi wabak COVID di Korea

covid di korea

Protokol yang biasa kita dengar apabila seseorang itu dijangkiti oleh wabak COVID adalah pengesanan kontak. 

Ia merupakan satu usaha yang dilakukan oleh kakitangan kesihatan untuk mengesan kembali pergerakan individu yang positif bagi mengetahui kontak rapat mereka sepanjang tempoh mereka disuspek positif.

Tindakan ini berupaya mengasingkan individu yang berpotensi untuk dijangkiti supaya penularan wabak COVID dapat dielakkan. Rakyat Korea juga perlu patuh kepada langkah pencegahan yang telah disarankan oleh pihak berkuasa. 

Selain amalan jarak sosial, kekerapan cuci tangan dan pemakaian topeng ketika sakit juga ditekankan.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Di Korea Selatan, sistem pengesanan kontak yang dijalankan agak agresif. Protokol yang digunakan telah direka khas untuk membasmi wabak MERS suatu ketika dahulu dan terbukti ia merupakan satu langkah yang berkesan.

Mereka akan mengesan pergerakan pesakit melalui rakaman kamera, rekod kad kredit dan data daripada aplikasi sistem kedudukan sejagat (GPS) melalui pemeriksaan kereta dan telefon pintar mereka.

Perkara ini mungkin kelihatan tidak beretika memandangkan individu yang sakit tidak mempunyai hak privasi. Namun dalam situasi wabak, kerajaan Korea Selatan lebih mementingkan aspek keselamatan sosial berbanding privasi.

Setiap penyiasatan epidemiologi akan dilakukan seperti polis sedang melakukan soal siasat. Mereka yang diisolasi akan diwajibkan untuk memuat turun satu aplikasi khas. Aplikasi tersebut akan mengeluarkan signal amaran sekiranya pesakit keluar dari kawasan isolasi.

Individu yang melanggar perintah isolasi akan dikenakan denda bernilai USD2,500. Pesakit yang mengalami simptom ringan akan dirawat di pusat khas dan hospital, dikhususkan kepada mereka yang mengalami simptom teruk.

Sistem kesihatan yang efisien ini membuatkan kadar kematian di Korea Selatan berada di bawah 1%. Ia merupakan antara negara yang mempunyai kadar kematian terendah dunia.

Konklusi

wabak covid di korea

3 rahsia yang disebutkan dalam artikel ini merupakan kunci kepada kejayaan mengawal wabak COVID di Korea Selatan. Namun, perkara yang lebih penting adalah kerjasama rakyat terhadap pelan tindakan yang dibentangkan oleh kerajaan.

Rakyat Korea Selatan telah memberikan kerjasama yang sangat baik menyebabkan sistem tindakan yang diambil berkesan. Jika Malaysia ingin mencontohi negara Korea, faktor utama yang perlu berubah adalah sikap rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan dan jarak sosial.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Wabak koronavirus masih membelenggu seluruh dunia. Malah kes-kes mental dilihat semakin mencanak naik, tidak terkecuali gangguan stres pasca trauma (PTSD).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/11/2020 . 3 minit bacaan

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Kita semua tahu bahawa suhu badan manusia perlu diperiksa sebelum masuk sesuatu tempat angkara COVID-19. Selain di dahi, bolehkah scan di tangan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 08/10/2020 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    penutup mulut dan hidung

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    wabak penyakit dan pelajar

    Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan