backup og meta

Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/06/2020

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Jumaat, 31 Januari 2020 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mengisytiharkan amaran darurat untuk wabak novel coronavirus yang melanda dunia kini. 

    Wabak yang bermula di China ini diisytiharkan sebagai satu kecemasan global memandangkan ia terus merebak ke lebih daripada 20 buah negara sehingga kini!

    Ini adalah hasil daripada mesyuarat yang diadakan sekali lagi oleh Jawatankuasa Darurat (EC) WHO bagi membincangkan keperluan pengisytiharan Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa (PHEIC).

    Minggu lalu, WHO telah menangguhkan pengisytiharan tersebut sebelum kembali membuat keputusan untuk mengisytiharkannya, hari ini. 

    [covid_19]

    COVID-19 semakin merebak ke negara-negara lain punca isytihar darurat

    Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, sebab utama pengisytiharan adalah kerana wabak ini semakin merebak di negara-negara lain, selain peningkatan kes yang telah melebihi 8,000 di China. 

    Sehingga kini, angka kematian telah mencatatkan bilangan seramai 171 orang di negara China sahaja.

    “Novel coronavirus juga berpotensi untuk merebak ke negara-negara lain yang memiliki sistem penjagaan kesihatan yang lebih lemah atau tidak bersedia dengan penularan wabak ini,’ ujar Dr Tedros. 

    Mengapakah WHO isytihar darurat virus korona? 

    WHO akan mengisytiharkan Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa (PHEIC) apabila terdapatnya ‘satu peristiwa luar biasa tertentu yang menyebabkan risiko kesihatan awam kepada negara-negara lain melalui penyebaran penyakit di peringkat antarabangsa.’ 

    Sejak tahun 2009, WHO telah isytihar darurat pada 5 situasi kesihatan awam:

    • 2009: Selesema babi (swine flu)

    Selesema babi atau virus H1N1 ini telah merebak ke seluruh dunia, yang menyebabkan kematian lebih 200,000 orang. Amaran darurat dikeluarkan bagi memastikan dunia dapat mengawal penyebarannya selain bertindak melalui penggunaan vaksin.

  • 2014: Polio

  • Walaupun kes polio hampir berjaya dibasmi pada 2012, kes ini kembali meningkat pada 2013. Amaran darurat diisytihar pada ketika itu disebabkan kebimbangan global jika pembasmiannya menjadi tidak berhasil.

    • 2016: Zika 

    Wabak Zika diisytiharkan sebagai darurat kesihatan awam pada 2016 selepas penyakit ini merebak dengan pantas di benua Amerika. Wabak ini amat berisiko dan berbahaya kepada wanita hamil!

    • 2014 dan 2019: Ebola 

    Penyakit ini telah diisytiharkan sebanyak dua kali sebagai amaran darurat kesihatan global. Gelombang pertama berlaku pada Ogos 2014 hingga Mac 2016 sehingga menyebabkan 11,000 orang menemui maut. 

    Gelombang kedua pula berlaku pada 2019 memandangkan wabak tersebut merebak di Republik Demokratik Kongo.

    Bagaimanakah China mengendalikan wabak korona ini setelah WHO isytihar darurat?

    isytihar darurat

    Setakat ini, kesemua penerbangan keluar masuk ke bandar Wuhan telah dibatalkan. Pihak berkuasa di sana juga telah menggantung semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas, kereta api dan feri. 

    Lapangan terbang Wuhan, stesen kereta api Wuhan dan metro Wuhan juga telah ditutup. Kesemua penduduk di bandar Wuhan dilarang meninggalkan bandar tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa. 

    WHO menyebut Wuhan Lockdown ini sebagai ‘sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini’. WHO juga menyatakan, Wuhan Lockdown telah menunjukkan bahawa pihak berkuasa Wuhan amat komited dalam menghalang penyebaran virus ini.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat satu kes yang telah dikenalpastikan berlaku di wilayah Tibet, dan ini bermakna virus tersebut telah sampai ke setiap wilayah di China!

    Bagaimana dunia bertindak balas dengan wabak ini?

    Kebanyakan negara telah menasihatkan rakyat mereka agar membatalkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke China bagi mengelak penyebaran virus. 

    https://wp.hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/elak-wabak-virus-korona/

    Selain itu, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa juga telah menghentikan laluan mereka ke China buat sementara waktu.

    Syarikat-syarikat lain seperti Google, IKEA, Starbucks dan Tesla juga telah menutup kedai-kedai mereka dan menghentikan operasi mereka di sana.

    United Kingdom, Australia, Korea Selatan, Singapura dan New Zealand pula melakukan kuarantin terhadap warga mereka yang mahu pulang dari Wuhan selama dua minggu bagi melihat sebarang simptom dan mengelak penyebaran virus

    covid

    Rusia menutup sempadan timur negara mereka yang bersempadan dengan negara China bagi mengelak penularan virus. 

    Sekitar 200 warganegara Amerika Syarikat yang keluar dari bandar Wuhan pula dikuarantinkan di kem tentera California untuk tempoh masa sekurang-kurangnya selama 72 jam.

    Saranan lain WHO berkenaan pencegahan penyebaran virus Wuhan sepanjang tempoh pengisytiharan darurat

    Selain tindakan WHO mengisytiharkan amaran darurat, WHO juga menyarankan beberapa langkah lain yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat. 

    Ini termasuklah:

    Apa tindakan yang wajib anda ambil selepas WHO isytihar darurat COVID-19?

    covid

    Sebagai langkah berjaga-jaga, sentiasalah menjaga kebersihan diri dan memakai topeng muka bagi mengurangkan risiko. Selain itu, pastikan segala maklumat yang diperoleh daripada media sosial atau WhatsApp adalah maklumat yang tepat dan benar.

    Selidikilah terlebih dahulu segala sebaran maklumat yang diterima. 

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

    Rujuk kepada akaun media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia dan mana-mana media sosial berkaitan kesihatan lain yang boleh dipercayai bagi mengesahkan maklumat yang diterima. Jadilah warganegara yang bijak dalam bertindak dan menilai!

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan